Keputusan PAC M41 2010

August 13th, 2010

Keputusan Assessment Center untuk Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sudah dikeluarkan. Kepada yang belum semak keputusan, anda boleh terus semak melalui link pautan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui link di bawah;

>>>SEMAK KEPUTUSAN PAC 2010<<<

Tahniah untuk yang lulus dan yang gagal jangan berputus asa, jangan lupa kisah Puan Haslinda yang pernah dikongsikan dulu yang tak pernah berputus asa dan mengambil ujian berkali-kali dan akhirnya berjaya. Itulah semangat yang kita mahu… never give up!

Bagaimana dengan keputusan anda? Lulus atau Gagal? Kongsikan keputusan anda dan apa sebenarnya anda rasa sebab anda gagal dan yang lulus kongsikan tips anda untuk manfaat pembaca-pembaca yang lain!

Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Gred 41

July 27th, 2010

Ramai yang bertanya tentang ‘Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Sebenarnya bukan semua jawatan memerlukan pemeriksaan ini. Ianya hanya melibatkan jawatan-jawatan yang memerlukan aktiviti fizikal yang banyak seperti penguasa dan lain-lain.

Untuk tahun ini, jawatan Gred 41 yang memerlukan pemeriksaan ini hanya melibatkan jawatan ini sahaja;

KX41 Penguasa Penjara
KB41 Penguasa Bomba
KP41 Pegawai Keselamatan
N41 Pegawai Penguatkuasa
S41 Pegawai Kesatria
KP41 Pegawai Pertahanan Awam

Untuk Gred 27 dan 17, ianya masih skop yang sama dengan jawatan diatas. Tapi anda tak perlu risau, tunggu sahaja panggilan jika jawatan yang anda pohon memerlukan pemeriksaan ini. Kemungkinan besar juga untuk ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ dan memasuki skim Gred 41 melalui Skim KPSL akan dipanggil untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Untuk Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera, yang diuji merangkumi

  • pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, BMI, ukuran dada-calon wanita dikecualikan)
  • pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan, pemeriksaan buta warna)
  • pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik, berkawad)

Bagi pemeriksaan kecergasan pula bagi saya agak mencabar dan memerlukan persediaan rapi. Ianya merangkumi;

  • Larian 2.4KM dalam masa 12 minit untuk lelaki dan 15 minit untuk wanita
  • ‘pumping’ dalam masa 2 minit (30 kali untuk lelaki, 28 kali untuk wanita)
  • Lari ulang alik sejauh 10 meter (lelaki 10 saat, perempuan 12 saat)
  • Lompat (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)

Ketinggian minima bagi lelaki ditetapkan 162 sentimeter dan wanita 157 sentimeter. Berat pula minima 48 untuk lelaki dan 46 untuk perempuan.

Penilaian ini diperlukan untuk lantikan jawatan-jawatan di atas yang dikategorikan ‘jawatan fizikal’. Sudah pasti bila memohon anda sudah tahu syarat pengambilan dan bagi saya ianya sedikit mencabar berbanding jawatan-jawatan yang lain.

buaian cukur jambul

PAC Julai 2010 – Larian atau Ujian Fizikal?

July 4th, 2010

Dah ada beberapa kumpulan yang melalui PAC 2-3 hari yang lepas dan masih ada beberapa kumpulan lagi untuk minggu depan. Macam mana persediaan untuk kumpulan minggu kedua? Selalunya PAC hanya pada 1 sesi (minggu 1) tetapi kali ini mengambil masa sehingga 2 sesi.

Untuk yang masih belum ke PAC, teruskan persediaan anda dengan isu-isu semasa. Baca akhbar setiap hari dan 2-3 minggu yang lepas. Isu peperiksaan dan pendidikan dijadikan sebagai isu perbincangan yang lepas memberi isyarat yang isu terkini juga akan ditanya dalam sesi PAC kali ini berbanding peperiksaan bertulis yang mengabaikan isu-isu terkini. Ini satu perkembangan yang bagus :)

Mengenai ujian fizikal untuk calon baru-baru ini, larian 2.4KM dimasukkan semula dan tiada lagi ujian fizikal. Tetapi hal ini tak boleh dijadikan panduan tetap, mungkin variasi juga akan diadakan bergantung kepada keadaan. Cuma yang perting ialah persediaan fizikal anda. Mulakan larian setiap petang bermula hari ini dan lakukan aktiviti fizikal untuk memantapkan fizikal anda.

Salam kejayaan untuk anda semua! Jika ada perkongsian boleh ditinggalkan di ruangan komen :)

PAC Julai 2010: Pertukaran Tempat

June 28th, 2010

Sedikit maklumat tentang lokasi PAC Julai ini kepada calon-calon Sabah dan Sarawak, lokasi bertukar dan telah diumumkan minggu lalu oleh pihak SPA. Bagi yang belum maklum tentang perubahan ini, berikut adalah maklumat tersebut. Pastikan anda ke tempat yang betul =)

Pusat terdahulu :
INTAN Kampus Sabah,
Tingkat 17, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat,Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat Terkini:
INTAN Kampus Sabah,
Jalan Sulaman Tuaran,
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088-483500

Pusat terdahulu :
INTAN Kampus Sarawak,
31, Jalan Badruddin,
93000 Kuching,
Sarawak.

Pusat Terkini:
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching, Sarawak,
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak,
Lot 221 (KM 22) Batu 13 1/2,
Jalan Puncak Borneo,
93250 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082-420024

Untuk tips persediaan PAC anda boleh rujuk entri-entri terdahulu melalui link di bawah;

http://tipsptd.com/blog/category/ptd-assessment-centre-pac/

PAC Julai 2010: Apa perlu takut?

June 18th, 2010

Bagi yang lulus gred M41 dalam Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 yang lepas anda sudah pasti sudah menerima surat panggilan memasuki Programme Assessment Center Julai ini di lokasi-lokasi seluruh negara sama ada INTAN, INTIM, INTURA, IKWAS, INTENGAH dan kampus Intan di Sabah dan Sarawak. Jika belum menerima surat, anda boleh semak status anda secara online di;

>>>Semakan Status PAC M41 Julai 2010<<<

Format kali ini mungkin sama atau mungkin berbeza dengan format yang sebelum ini tetapi anda harus buat persediaan sewajarnya kerana walaupun format mungkin berubah tetapi komponen penilaian tidak akan lari jauh dari ketetapan biasa yang merangkumi;

  • Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana rata-rata calon yang melalui PAC ini menganggap ianya antara kenangan indah dan ‘enjoyable’. Hanya buat persediaan sewajarnya mencakupi semua komponen di atas. Ramai yang gusar tentang isu semasa. Sebenarnya tajuk yang diketengahkan dalam semua sesi PAC yang lepas adalah begitu terbuka untuk membolehkan semua calon memberi pendapat dan tajuk-tajuknya adalah umum dan bukan spesifik.

Sebagai contoh PAC sebelum ini lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Ianya sememangnya mudah kerana  hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul. Perbincangan biasanya berlaku dalam keadaan yang santai. Satu lagi tajuk ialah  ‘Sekolah 1 Aliran’, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Bagaimana? Sedikit tenang? Tak perlu risau, buat persediaan secukupnya, buat monolog sendiri untuk melancarkan percakapan dan rajin baca suratkhabar. Salam kejayaan untuk anda dari kami!

Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41 Sesi April

May 31st, 2010

Tahniah untuk calon-calon yang berjaya Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 April 2010. Keputusan telah diumumkan hari ini sedikit lewat dari jangkaan. Mungkin kerana jumlah calon yang mengambil peperiksaan agak ramai kerana ianya menggabungkan 14 jawatan Gred 41 berbanding tahun dahulu yang hanya untuk M41. Apa-apapun kami dari pihak Tipsptd mengucapkan tahniah untuk yang berjaya, dan yang tak berjaya usah berputus asa kerana kalau dah rezeki tu tak ke mana!. Anda boleh semak keputusan di;

>>>>Semakan Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, April 2010<<<<

Tahniah untuk yang berjaya. Untuk yang tak berjaya jangan berputus asa, teruskan usaha anda dan pastinya sesi yang akan datang akan lebih mudah buat anda dengan pengalaman yang anda dapat dari sesi peperiksaan kali ini. Macam mana dengan keputusan peperiksaan anda? Jangan lupa kongsikan melalui ruangan komen di bawah, mungkin boleh kenal rakan-rakan di sini untuk sesi PAC yang akan datang :)

Pandai bercakap vs Bijak bercakap

May 28th, 2010

Apa sebenarnya yang dinilai dalam percakapan, pengucapan atau sesi interaksi dalam Assessment Center, Temuduga dan penulisan esei? Adakah ianya sekadar ‘keyakinan’ atau attitud yakin diri sahaja?

Ianya seakan sesi wajib dalam pengambilan pekerja sekarang.. bagaimana anda bercakap dan melontarkan idea anda. Ramai calon yang ‘belasah’ dan ‘redah’ sahaja semua sesi ini tanpa tahu betapa ianya sangat penting dalam menonjolkan ‘kehebatan’ anda. Boleh dikatakan ianya adalah ‘determining factor’ dalam membuat keputusan memilih calon yang sesuai dengan jawatan.

Perkara pertama yang perlu dalam menyediakan diri anda dalam semua sesi yang disebutkan di atas ialah ‘pengetahuan’. Rasanya tak perlu dihuraikan tentang isu ini. Apa yang penting ialah, sediakan diri anda dengan pengetahuan yang secukupnya, peka dengan isu-isu semasa terutama isu-isu nasional. Yang kedua ialah daya mengaitkan isu-isu dengan soalan yang ditanya. Contohnya apabila bercakap tentang isu pembuangan bayi, sudah tentu anda nampak lebih berpengetahuan jika dapat kaitkan isu tersebut dengan isu masalah sosial dan penyelesaian melalui ‘Human Genome Project’. Sudah tentu anda akan berada terkedepan kerana bukan sahaja bercakap tentang isu utama (isu buang bayi) tetapi memberikan faktor penyumbang (isu masalah sosial) dan penyelesaian (isu Human Genome). Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi anda sebagai seorang yang berpengetahuan luas dan peka dengan isu.

Tetapi ianya harus disertakan dengan skil pengucapan dan perbincangan yang bagus. Anda harus berlatih untuk bercakap dengan baik, menonjolkan idea dengan penuh toleransi atau terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Hal ini bergantung kepada situasi sebagai contohnya dalam Assessment Center selalunya ada 2 sesi yang berbeza. Jika sesi yang dijalankan ialah ‘perbincangan’, isu yang harus diketengahkan haruslah terbuka untuk berbincang dan anda harus buang keadaan ’saya mahu menang’ dan tukarkan kepada ’saya seorang yang terbuka’. Tetapi jika ianya satu sesi debat, ‘attitude’ anda ialah ‘isi saya adalah yang terbaik’. Ada ketika anda perlu berteloransi bagi menonjolkan jiwa ‘keterbukaan’ dan boleh menerima pendapat orang lain, dan ada ketikanya anda perlu berkeras bagi menonjolkan ‘ketegasan’ yang menjadi tunjang pemimpin yang berkredibiliti. Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi sebagai seorang yang boleh berbincang dan sebagai seorang pemimpin yang berprinsip.

Pada situasi manapun anda berada, nilai dahulu kehendak ujian. Itu terletak kepada kebijakan anda dan ketahuilah bahawa setiap sesi yang bakal anda lalui sepanjang proses pemilihan dalam menjawat jawatan dalam kerajaan telah dirancang dan mempunyai skop nilaian yang tersendiri jadi mengapa anda hadapinya dengan sambil lewa?

Adakah anda seorang yang BIJAK BERCAKAP atau PANDAI BERCAKAP? Apa pendapat anda?

Keputusan Peperiksaan Gred 41 ditunda?

May 18th, 2010

Untuk makluman semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 pada 10 April yang lepas, pihak SPA sudah pun mengeluarkan satu pengumuman di laman web rasmi SPA mengenai tarikh jangkaan keputusan diumumkan.

Ianya Dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Mei dan bukan 17 Mei seperti yang telah di war-warkan sebelum ini. Harap bersabar semua :)

Peperiksaan Gred 41 vs Peperiksaan PTD

May 7th, 2010

Sedikit analisis dan pemerhatian yang dapat disimpulkan mengenai peperiksaan yang lepas, ianya jauh lebih mudah berbanding peperiksaan bertulis ambilan PTD yang lepas-lepas. Jadi bagi yang pernah menduduki peperiksaan PTD sebelum ini tetapi gagal dan mengambil semula peperiksaan ini dalam format Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, kami yakin anda tersenyum menjawab soalan kali ini kan?

Untuk bahagian pengetahuan am, ianya lebih kepada pengetahuan semasa dan banyak soalan seperti peperiksaan sesi 2009 yang lebih kepada ’seakan sejarah’ seperti sejarah Olimpik, Piala Dunia dan lain-lain dan boleh dikatakan soalan kali ini lebih santai untuk memuatkan pengambilan 14 jawatan yang merupakan calon dari pelbagai latar. Soalan Matematik juga lebih kepada logik dan anda boleh congak jawapannya. Cuma ada juga soalan yang ’sedikit memaksa’ anda membuat sedikit pengiraan.

Begitu juga bahagian-bahagian yang lain yang lebih ‘umum’ dan tidak spesifik. Soalan-soalan esei tidak seperti soalan esei peperiksaan khusus PTD yang memerlukan anda memahami dan mendalami beberap fakta dan isu. Kali ini ianya lebih kepada bagaimana ‘matang’ anda menyuarakan pendapat sebab isu-isu semuanya umum dan tidak sesekali menyebabkan anda ‘tersasar’ dengan kesilapan fakta sebagaimana yang berlaku dalam peperiksaan PTD.

Secara keseluruhannya, untuk calon-calon jawatan PTD, anda harus bersyukur sebab peperiksaan kali ini disekalikan sekaligus membuatkan ianya lebih mudah, tidak seperti barisan calon senior yang dahulu. Tapi harus juga berwaspada, jika soalannya mudah, mungkin gred lulus juga akan dinaikkan memenuhi kouta yang telah ditetapkan dan kapasiti pihak INTAN sendiri untuk memuatkan calon dalam sesi prePAC selepas ini.

Bagaimana pula pendapat anda selepas melalui peperiksaan yang lepas?

Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?

April 8th, 2010

Banyak persoalan dan luahan perasaan risau calon peperiksaan bertulis yang bakal dilangsungkan 10 April ini tentang soalan Matematik dan kami rasa sedikit terpanggil untuk buat satu posting pendek mengenainya. Sebenarnya ianya bukanlah sesukar yang disangka, cuma anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda tahu dan lakukan sedikit latihan tentangnya. Itu sahaja.

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Jadi apa sebenarnya soalan yang akan ditanya? Begini.. ada 2 ‘clue’ besar yang diberi oleh pihak SPA sendiri yang ramai orang terlepas pandang mengenainya dan Team Tips PTD sudah nyatakan dalam ‘Diskripsi Prima’ mengenai perkara ini. Apakah ‘clue’ tersebut?

  1. Calon tidak dibenarkan mengguna kalkulator
  2. Soalan hanya sehingga silibus SPM

2 perkara besar ini kalau diperincikan akan menjadikan persediaan matematik anda untuk peperiksaan gred 41 nantinya amat mudah dan kami terus terang yakin anda akan dapat jawab tanpa masalah besar. Jadi apa kesimpulan dari 2 perkara besar di atas;

  • soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar
  • soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

  • Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
  • Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang sukar
  • Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan

Mudah bukan? Anda seorang graduan universiti dan anda lulus subjek Matematik zaman SPM dahulu dan melayakkan diri ke Universiti dan sudah semestinya anda ada asas kalau pun tidak kukuh tetapi asas Matematik itu ada dalam diri anda. Apa yang anda perlukan ialah asah kembali kemahiran itu dan buat persediaan yang tepat dengan 2 ‘clue’ yang dibincangkan di atas. Tak susah bukan?

Salam kejayaan untuk anda!!

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Team Tipsptd

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia