Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 2
Untuk ujian pre-PAC tahun 2009, masih berada dalam kekeliruan. Format awal tahun ini ialah 1 hari berbanding 3 hari sebelum ini. Tapi ianya masih dalam percubaan dan mungkin ambilan kali ini kembali kepada sistem 3 hari semula. Apa-apa pun usah risau kerana semuanya akan terjawab apabila anda mendapat surat panggilan PTD Assessment Center tidak lama lagi.
Apa-apa pun kita akan sambung perbincangan untuk bagaimana nak hendak berjaya dalam prePAC. Untuk format 1 hari tahun ini seperti yang anda maklum, tiada lagi larian 2.4 KM tetapi diganti dengan ujian fizikal yang lain. Detailnya harus dirahsiakan tetapi secara kasarnya ianya dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian pertama ialah kerja berkumpulan dan anda bakal diarahkan berbuat sesuatu dengan muzik iringan. Bahagian kedua pula ialah tugasan individu yang mana stamina anda amat penting untuk lulus bahagian ini. Itu sahaja yang boleh saya gambarkan sedikit sebanyak tentang ujian fizikal dalam prePAC dengan format 1 hari yang lepas.
Apa yang penting, untuk berjaya dalam bahagian ujian fizikal ini, anda perlu melakukan persediaan bermula dari sekarang. Tingkatkan stamina anda, berlatih ’sit up’ dan ‘pumping’ sekerap yang mungkin kerana ianya sememangnya bakal membantu anda semasa ujian fizikal nanti.
p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;
Bacaan tambahan:
- Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 1
- Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 2
- Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – H1N1
- Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 1
- Format 2009 PTD Assessment Center (PAC)
Entri Berkaitan
Tags: apa yang dinilai dalam PAC, gagal PAC, kriteria PAC, lulus PAC, lulus ujian PAC, p, tips PAC, Ujian PTD Assessment Centre












May 6th, 2009 at 8:23 am
Saudara,
Mengenai aktiviti dalam kerja kumpulan, bagaimana nak menunjukkan saya seorang yg bole berkerjasama dengan semua ahli kumpulan?
Adakah setakat saya mengikut arahan ketua sahaja? Jika saya tidak mempunyai sebarang idea, apa yang harus saya lakukan jika berada dlm situasi demikian?
Terima kasih
May 6th, 2009 at 5:21 pm
1 – kunci utama ialah, ‘interaksi’ anda dengan yang lain. Respons anda, tindakan anda sentiasa diperhatikan. Buat tindakan yang dipersetujui, bukan bertindak atas kehendak anda seorang
2 – ikut arahan ketua juga sesuatu yang bagus, menunjukkan anda seorang ‘team player’. Cuba juga ketengahkan idea anda untuk kumpulan itu. Kalau boleh, jadi ketua.
3 – jangan biarkan anda kering idea. Bekalkan diri anda dengan maklumat2 melalui pembacaan seminggu atau 2 minggu sebelum ujian, inshaAllah anda tak kering idea. Amalkan doa2 pilihan yang boelh menenangkan anda. Aspek spritual juga perlu diberi perhatian dalam menghadapi situasi sebegini
p/s ini hanyalah nasihat umum. selamat berjaya untuk anda!
May 8th, 2009 at 10:27 am
Tuan,
Saya sangat bersyukur apabila berjumpa dengan blog seperti ini dan inilah yg saya cari2 selama ini..
Saya mempunya beberapa soalan dan diharap agar tuan dapat menjawab perasoalan saya.
1. Di dalam perbahasan, jika saya dikehendaki menjadi pihak pembangkang dan saya ingin membangkang apa yg diperkatakan oleh pihak pencadang tetapi apa yg dikatakan oleh pihak pencadang itu
betul dan berdasarkan fakta, apa yg mesti saya lakukan?
Bolehkan saya untuk berkata saya bersetuju dengan mereka dan mula mengemukakan hujah saya?
2. Semasa di dalam grup perbincangan dan meminta calon mengulas satu isu dan pendapat , katakan saya mempunyai idea yg positif dan negatif, adakah boleh sekiranya saya mengemukakan kedua dua idea itu sekali…ataupun hanya berpandukan pada idea yg positif ataupun negatif sahaja dan tidak boleh dikemukakan sekali..
Terima kasih…
May 8th, 2009 at 1:10 pm
trima kasih ida82. saya rasa soalan anda sudah terjawab dengan entry http://tipsptd.com/blog/bagaimana-nak-berjaya-dalam-ujian-pac-part-1 tapi saya ulas sedikit lagi
1 – set kan minda anda bahawa apa yang dikatakan oleh mereka itu adalah idea, dan apa yang bakal anda katakan ialah fakta, maknanya anda harus menegaskan isi anda betul
2 – dalam perbincangan attitude lain pula, anda harus lebih terbuka untuk berdiskusi dan bukan hanya mempertahankan idea anda. anda boleh rujuk di post yang sebelum ini untuk penjelasan lebih
July 2nd, 2009 at 2:01 pm
Dear Admin
Thanks for posting such a great site. really infomative. need to ask a question, sijil tu perlu disahkan beforehand ke?
July 4th, 2009 at 12:30 am
yup. kena sahkan dulu