Nak Jadi PTD perlu TUAH?
Monday, February 15th, 2010Ada yang dah 4 kali menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik, tapi masih belum berjaya lulus. Entah kenapa, tapi itulah hakikatnya. Itu belum dikira berapa yang berjaya ke sesi temuduga PTD, dan mereka yang berjaya ke sesi temuduga adalah mereka yang terpilih dan ‘bertuah’. Benarkah begitu? Adakah faktor ‘TUAH’ menjadi sebab ramai calon gagal?
Mengikut statistik akhir tahun 2008, hanya 3,579 calon sahaja yang berjaya lulus ke prePAC daripada 48,514 yang dipanggil menduduki peperiksaan bertulis PTD. Nyata sekali peperiksaan bertulis PTD adalah satu stage yang ‘vital’ dalam menentukan sama ada anda boleh jadi PTD atau tidak.
Sebab GAGAL yang utama ialah, calon tak tahu langsung bagaimana soalan yang akan ditanya, apakah formatnya dan bagaimana persediaan yang sewajarnya. Ianya bukan persoalan ‘TUAH’ semata-mata, tapi persediaan menduduki peperiksaan tersebut beserta strategi khusus untuk bersedia dan berjaya. Sekali lagi perlu ditegaskan, faktor utama ialah persediaan dan bukannya TUAH. Mungkin ianya sedikit menyumbang tetapi TUAH bukanlah sesuatu yang perlu dittitikberatkan..








