Archive for the ‘Interview PTD’ Category

Keputusan Temuduga PTD Februari 2010

Tuesday, March 9th, 2010

Keputusan temuduga untuk Pegawai Tadbir Diplomatik M41 kontrak bagi yang telah mendudukinya pada 3-18 Februari 2010 yang lepas sudah diumumkan. Anda boleh buat semakan melalui link di bawah;

>>>Semakan Keputusan Temuduga PTD M41 Sesi Februari 2010<<<

peperiksaanmemasukiperkhidmatanawamgred41

Tahniah untuk yang berjaya dan yang tak berjaya jangan putus asa, teruskan usaha anda untuk menjawat jawatan ini! Untuk tahun 2010, peperiksaan bertulis PTD akan digabungkan dengan 12 skim gred 41 yang lain di bawah satu exam yang dinamakan “Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Share This Post

Pemakaian Temuduga PTD: Pilih Kemeja

Wednesday, February 3rd, 2010

Tips pemakaian temuduga ini akan dibahagikan kepada beberapa post. Untuk etika pemakaian temuduga pegawai tadbir diplomatik, anda boleh rujuk entry sebelum ini dan bagaimana pakaian cadangan yang dicadangkan oleh Saudari Noorahayu Yahya. Harap perkongsian ini bermanfaat. Ini adalah perkongsian Saudara Syukri :)

kemeja ptd

  1. Kemeja yang dipakai hendaklah berlengan panjang. Bukanlah tidak boleh memakai lengan pendek, tetapi gaya professional lebih terserlah apabila anda memakai kemeja berlengan panjang.
  2. Warna kemeja juga memainkan peranan penting. Kalau boleh elakkan kemeja yang berwarna ‘striking’ seperti merah pekat, oren, mahupun hijau pekat atau hitam. Ini akan mengganggu penemuduga anda. Sebaiknya gunakan kemeja yang berwarna lembut, seperti biru, kuning, dan ‘pink’. Seeloknya anda hadir dengan memakai warna putih, lagi selamat.
  3. Dalam memilih corak kemeja, adalah disarankan supaya anda memilih kemeja kosong tanpa corak stripes mahupun kotak. Ini dapat memudahkan anda dalam membuat pemilhan warna untuk tali leher.
  4. Untuk memakai selain dari kemeja kosong, pakailah kemeja stripes. Seeloknya pilihlah kemeja yang bersilang dari atas ke bawah. Sekali lagi, stripes serta wanar latar kemeja itu juga mestilah lembut dan tidak berlatarbelakangkan warna hitam.
  5. Elakkan kemeja yang bercorak kain pelikat, iaitu kemeja kotak-kotak, samada kecil atau besar kotaknya.  Ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kelakar dan susah untuk mencari tali leher yang sesuai.
  6. Seeloknya kemeja anda biarlah berkolar. Jangan pakai kemeja ala nasyid kumpulan Raihan. Ini menyebabkan anda tidak boleh memakai tali leher yang seterusnya mencacatkan imej anda nanti.
  7. Kesilapan utama dalam pemakain kemeja  adalah anda melipat lengan baju anda itu sewaktu ditemuduga. Maka, elakkan melipat lengan baju walaupun panas ketika itu kerana ia menjeaskan penampilan anda. Biarkan lengan kemeja anda berbutang.
  8. Kebanyakan kemeja lengan panjang ada dijahit sekali dengan butang di lengan bajunya. Namun, seandainya tiada, adalah lebih baik digantikan dengan cuffling, yang akan member markah bonus untuk anda dalam sesi temuduga itu. Tips : Cuffling membuatkan anda kelihatan mewah dan professional.
  9. Peluh akan kelihatan apabila anda memakai kemeja terutamnya kemeja yang polos tanpa corak dan ini akan menggangu penampilan anda. Seeloknya pakailah singlet atau pagoda di dalam untuk mengelakkan kesan peluh anda dilihat terutam di bahagian ketiak dan juga belakang badan anda.
  10. Dan seterusnya, yang paling penting, seandainya semua langkah di atas sudah dipenuhi, anda hendaklah pergi ke sesi temuduga dengan baju yang bergosok. Walau lawa pun corak baju anda, namun apabila ianya tidak digosok, ini akan menyebabkan ada akan dipandang negatif oleh penemuduga itu.

Perkongsian Saudara Syukri (UKM Graduate)

Share This Post

Persediaan Temuduga PTD Februari 2010

Monday, January 25th, 2010

Sesi temuduga PTD sudah pun diumumkan dan akan diadakan dalam masa terdekat iaitu 3 Februari 2010 hingga 18 Februari 2010. Untuk yang bakal menghadapi temuduga, jangan panik dan buat sehabis baik. Anda dah lalui 2 stages yang sangat mencabar yang telang menyingkirkan ribuan calon-calon lain, dan percayalah untuk sampai ke tahap ini, anda adalah daripada golongan yang terpilih!

Jadi jangan sia-siakan peluang ini. Lakukan sehabis baik dan rancang untuk berjaya! Anda boleh cari tips-tips temuduga dan saya cadangkan anda luangkan sedikit masa membaca tips temuduga dari blog http://fazlisyam.com/temuduga/

Untuk tips ringkas dari tipsptd, kami bahagikan persediaan ini dalam 3 bahagian yang anda harus titik beratkan.

Pengetahuan anda

    • Ianya mencakupi pengetahuan tentang kerajaan, struktur pentadbiran negara, KSN dan lain-lain orang penting dalam pentadbiran kerajaan
    • Menteri bertanggungjawab atau umumnya kabinet dan tugasnya
    • skop tugas PTD dan lain-lain

    Isu semasa

    • Pengetahuan tentang isu-isu semasa menunjukkan kepekaan anda terhadap isu-isu dalam dan luar negara
    • Anda boleh download nota Isu semasa di ruangan download

        Soalan pengenalan diri

        • Apa matlamat hidup?
        • Kenapa mahu jadi PTD?
        • Kenapa mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding ptd?
        • Apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

          Yang ini kami publishkan semula apa yang telah dikongsikan sebelum ini;

          SEMASA INTERVIEW

          -cara masuk ke Bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan salutasi -Assalamualaikum
          -senyum senyum senyum
          -kenal nama interviewer jika boleh
          -duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
          -tunggu duduk bila diminta oleh interviewer
          -jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas

          contohnya beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1

          -anda harus jawab “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang pertamanya…Yang keduanya,..Yang ketiganya…”

          SELEPAS INTERVIEW

          -ucap terima kasih dan senyum!!
          -berdoalah supaya berjaya

          Pakaian Semasa Temuduga KLIK SINI

          Contoh Soalan Temuduga PTD KLIK SINI

          Contoh Perbualan sebenar Temuduga PTD KLIK SINI

          temuduga ptd

          Share This Post

          Keputusan Temuduga PTD September 2009

          Friday, October 16th, 2009

          Keputusan temuduga PTD September 2009 sudah pun diumumkan. Sedikit kelewatan berlaku kerana tertulis di surat temuduga yang keputusan sepatutnya diumumkan pada 12 Oktober, tapi 16 Oktober baru keluar. Apapun tahniah untuk yang berjaya dan nantikan surat panggilan lapor diri kelak dan selamat bertugas!

          Untuk semakan, anda boleh semak melalui link di bawah:

          Semakan Keputusan Temuduga PTD (DI SINI)

          Kongsi kegembiraan anda dengan meninggalkan komen di bawah. Jika boleh, kongsikan tips anda mudah mudahan ianya memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

          pegawai tadbir diplomatik

          Share This Post

          Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik

          Monday, October 12th, 2009

          Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan semasa saya dalam proses pemilihan menjadi PTD (1st stage: exam, 2nd stage: PAC & 3rd stage: interview)

          Tidak dinafikan, pos PTD ini memang menjadi pos kegemaran bagi setiap lepasan ijazah yang ingin berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan@awam terutama kepada mereka yang sukakan cara bekerja secara korporat dan mementingkan personaliti. Sebut sahaja PTD, orang diluar sana akan membayangkan betapa hebatnya ‘ilmu’ dia, ‘hebat’ penampilan nya serta ‘cantik’ perwatakannya. Tetapi perlu diingat sesiapa yang ingin menjadi PTD mestilah mempunyai pengetahuan tentang dasar2 kenegaraan yang cukup meluas disamping mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cukup-cukup baik. Tidak dinafikan juga, seseorang yang bakal menjadi PTD harus mempunyai kemahiran negosasi (berunding) yang baik dan juga mempunyai keterbukaan dalam semua aspek. Ini berdasarkan pengalaman saya melalui PAC apabila saya melihat ada segelintir peserta yang begitu ‘ambitious’ semata2 ingin menyerlahkan ‘kehebatan’ dalaman mereka kepada yang lain. Pada saya itu tidak perlu, buat orang lain rasa menyampah ada la. Yang penting, kekalkan sifat ketenangan dan besederhana dan yang paling penting ialah kemapuan membuat keputusan (decision making) bersama2 dengan ulasan dan ‘point’ yang ringkas tapi padat.

          Yang paling utama, seseorang yang ingin menjadi PTD harus tahu perkara2 asas tentang negara kita, kerajaan kita. Jangan sampai orang mempertikaikan kredibiliti kita disebabkan pengetahuan kenegaraan kita yang amat sempit sudah la..

          Meskipun saya antara kalangan bakal PTD yang ‘kecundang’, saya tetap menyanjung tinggi kerjaya ini kerana kerjaya ini merupakan satu cabaran yang belum saya kecapi lagi ketika ini dan saya amat2 mencintai kerjaya ini.

          Perkongsian oleh: Syed Munir

          p/s sekiranya anda ingin berkongsi pendapat dan pengalaman anda dalam peperiksaan PTD, emailkan kepada kami dan kami akan siarkan jika ianya bersesuaian. Belajar melalui pengalaman orang lain adalah sesuatu yang lebih pantas dan bagus, jadi mulakan dengan perkongsian diri sendiri dahulu! ke arah menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang unggul!

          Share This Post

          Temuduga PTD: Buang gugup..nervous

          Tuesday, August 25th, 2009

          Bahang temuduga ptd semakin hampir, bagaimana dengan persediaan anda. Saya tak mahu sentuh lagi mengenai isu semasa dan soalan lazim kerana semua itu sudah banyak dibincangkan dalam post dalam kategori temuduga PTD, anda boleh semak di situ. Ada satu lagi masalah penting semasa interview iaitu gemuruh atau gugup yang membawa kepada situasi gagap dan ’speechless’. Jadi bagaimana mahu mengurangkan rasa ‘nervous’ semasa interview atau temuduga PTD nanti? Saya kongsikan tips yang di tulis oleh saudara Jamal kepada anda;

          1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

          2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

          3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

          4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

          5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

          6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

          Semoga tips ini sikit sebanyak membantu anda. Tapi bagi saya, yang terpenting ialah anda cukupkan persediaan anda dan yakin pada diri sendiri. Kenapa perlu gugup kalau anda sudah tau semuanya!!

          p/s Contoh resume akan diedarkan dalam masa terdekat hasil sumbangan rakan PTD Noorahayu Yahya

          Share This Post

          Temuduga PTD: Tahniah!

          Friday, August 21st, 2009

          Sesi temuduga PTD untuk ambilan kedua tahun ini sudah pun dijadualkan pada 2-11 September iaitu lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Pertama sekali tahniah untuk yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga kali ini. Difahamkan hanya lebih kurang 1100++ sahaja calon yang dipanggil menduduki temuduga kali ini untuk mengisi kekosongan 600 tempat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik skim kontrak. Pihak Tips PTD sudahpun membincangkan isu kontrak ini dan bagaimana ianya dilaksanakan jadi tak perlu lah dibincangkan lagi kali ini. Untuk yang belum menyemak status panggilan temuduga PTD ini anda boleh semak menggunakan link “Semakan Satus Temuduga PTD September 2009″

          Pihak Tips PTD sudah pun mengambil inisiatif dalam mengemukakan tips dan tunjuk cara bagaimana menghadapi temuduga kali ini dengan 3 posting penting dari Saudari Noorahayu Yahya iaitu teman rakan PTD yang sudi berkongsi tips. Harap ianya menjadi rujukan untuk anda lulus dalam sesi temuduga kali ini. InshaAllah, akan ada lagi post dalam masa terdekat untuk pengkhususan persediaan anda, jadi jangan lupa sentiasa lawati blog ini untuk rujukan anda.

          Sekali lagi tahniah untuk yang berjaya melepasi halangan PAC yang lalu dan dipanggil untuk temuduga kali ini. Ingat, anda adalah yang terpilih dan selangkah lagi, anda bakal bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik! Buat lah persediaan awal dari sekarang.

          Share This Post

          Persediaan Temuduga..

          Saturday, August 15th, 2009

          Bahagian 3: Perkongsian Noorahayu Yahya

          SEBELUM INTERVIEW

          a) Intelektual
          -Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam dan orang-orang penting kerajaan
          -Membaca buku Malaysia kita yang banyak memberi maklumat tentang sistem di negara Malaysia misalnya parlimen negara (dewan rakyat dan dewan negara)
          -Membaca buku “kerjaya sebagai PTD” untuk mengetahui Job skop PTD supaya sekiranya ditanya kenapa mahu menjadi PTD, anda akan tahu jawapannya
          -tau dasar kerajaan terbarunya contohnya “1 malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”

          b) Isu-isu semasa
          -kes H1N1=apakah langkah yang terbaik untuk mencegah penularan penyakit ini?
          -isu-isu terbaru di Malaysia?? baca suratkhabar dan pastikan anda familiar dengan isu-isu semasa termasuk bola sepak dll..

          c) Soalan-soalan berkaitan diri sendiri
          -apa matlamat hidup?
          -kenapa mahu jadi PTD?
          -kene mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding ptd?
          -apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

          SEMASA INTERVIEW

          -cara masuk ke Bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan salutasi -Assalamualaikum
          -senyum senyum senyum
          -kenal nama interviewer jika boleh
          -duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
          -tunggu duduk bila diminta oleh interviewer
          -jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas

          contohnya beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1

          -anda harus jawab “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang pertamanya…Yang keduanya,..Yang ketiganya…”

          SELEPAS INTERVIEW

          -ucap terima kasih dan senyum!!
          -berdoalah supaya berjaya

          p/s: ini adalah tips ringkas dari saya, harap ia membantu anda semua!

          —————————————

          Terima kasih untuk Sis Noorahayu Yahya untuk perkongsian ini dari Team Tips PTD!

          Share This Post

          Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga

          Saturday, August 15th, 2009

          Bahagian 2: Perkongsian Noorahayu Yahya

          PENAMPILAN SEMASA Temuduga PTD

          -Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai2x dan janggut, normally kene bercukur
          -Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
          -Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian
          -Blazer untuk tampil meyakinkan
          -ada orang pakai nametag tp saya tidak pakai pun

          -Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
          -Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
          -Kasut tumit tinggi -court shoes berwarna hitam
          -Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
          -makeup yang profesional dan meyakinkan
          -blazer sekiranya bersesuaian

          -File yang mengandungi maklumat peribadi hendaklah disusun dari PMR-SPM-universiti..susun biar nampak organise dan tidak celaru kerana ia mencerminkan “ketelitian rakan-rakan” dan ini penting untuk temuduga PTD

          -Sediakan copies of certificate yang cukup supaya tidak menggelabah semasa hendak menyediakan maklumat yang diminta oleh sekretariat.. Temuduga PTD

          Share This Post

          Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD

          Tuesday, August 11th, 2009

          Pihak tipsptd mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi tips temuduga kerja kerajaan terutamanya temuduga PTD selepas keluarnya keputusan PAC baru-baru ini. Tahniah untuk yang berjaya. Sesi posting Khas Temuduga ini akan mencakupi 3 posting utama iaitu;

          • Pemakaian Semasa Interview
          • Sebelum Interview & Mentaliti
          • Semasa temuduga & Selepas temuduga

          Semua maklumat ini adalah tulisan Noorahayu Yahya yang merupakan perkongsian umum darinya setelah berjaya bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

          ————————————————————————————————-

          Bahagian 1:

          Pertamanya bagi rakan-rakan yang telah berjaya melepasi PAC, tahniah diucapkan..

          Untuk perhatian rakan-rakan, bukan mudah untuk melepasi tahap ini, kerana pada tahap ini, rakan-rakan bukan sahaja dinilai dari segi kebolehan intelektual, malahan rakan2x juga telah dinilai dari semua aspek termasuk aspek ketrampilan, personaliti dan kebolehan semula jadi..untuk menjadi diplomat..

          Bukan mudah untuk melepasi stage ini, kerana terdapat pelbagai peserta yang masing-masing berebut-rebut menonjolkan personaliti..Harus diingati, PAC bukanlah ruang untuk “bertanding menonjolkan bakat atau diri” tetapi ia merupakan platform untuk memberi peluang kepada bakal diplomat untuk menyuarakan pendapat, melebarkan jaringan persahabatan dan yang utama “memahami apakah maksud tersirat di sebalik setiap ujian yang telah diberikan”

          Untuk tujuan tersebut, Tahniah kepada semua rakan yang berjaya melepasi PAC!!

          Bagi stage seterusnya, memandangkan saya mendapat beberapa pertanyaan dari rakan-rakan, dan bagi menyelaraskan keadaan supaya semuanya mendapat maklumat yang tepat dan sama rata..beberapa tips interview daripada saya secara peribadinya dan juga daripada rakan-rakan yang memegang jawatan ini..Harapan saya agar tips ini membantu walaupun bukan 100% kerana 99% daripada kami tapi selebihnya 1% adalah datang dari diri dan keperibadian calon2x interview..

          nantikan sambungannya..

          Share This Post
          Download PERCUMA
          27 Sebab Gagal Ujian PTD
          Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
          :
          :
          "NO SPAM" Policy Implemented
          Maklum Balas
          Tag Umum
          Pengunjung Setia