Archive for the ‘Isu semasa’ Category

Download Nota Isu Semasa PrePAC

Friday, December 4th, 2009

Anda boleh download Nota tersebut di sini;

Download di sini: Nota Isu Semasa PrePAC 2009

Oleh sebab kesuntukan masa untuk calon-calon yang bakal menduduki prePAC pada 5 Disember ini, pihak tipsptd awalkan urusan compilation nota-nota isu semasa hasil sumbangan para pembaca tipsptd. Ianya tidak lah sesempurna mana kerana urusan editing tak sempat dilakukan dengan sempurna, tapi kami yakin ianya sarat dengan nota yang anda perlukan!

Ribuan terima kasih untuk yang menyumbang nota ini melalui email dan inisiatif entry di blog ini. Mereka yang menyumbang adalah pembaca etia blog tipsptd dan adalah calon-calon yang bakal menduduki PrePAC sesi Disember 2009. Mudah-mudahan kalian semua lulus dengan jayanya.

  • Azlinna
  • Linn
  • Uvarajan (Yuvan)
  • Annandhan
  • Alifah Abidin
  • Muarrif
  • Mohd Dzulraini Immeran
  • Hasniza Hashim
  • Nurul Huda
  • Lizzy Boo
  • Latifah Ramlee
  • Teh Guan Hong

Pihak tipsptd tidak sempat untuk melakukan semakan dan ‘editing’ sepenuhnya kerana kesuntukan masa dan mungkin tak sempat untuk calon yang bakal menduduki prePAC 5/12/2009, jadi ianya dilakukan dengan segera untuk tindakan calon-calon yang bakal mendudukinya lebih awal. Maaf atas ketidakkemasan nota ini, tetapi rasanya ianya cukup membantu persediaan anda.

Terima kasih sekali lagi untuk semua yang telah menyumbang dan kami iringi dengan doa selamat maju jaya untuk anda semua. Dan ketahuilah kami di team tipsptd amat berbangga dengan penghasilan nota 100% atas sumbangan para pembaca sekalian! Sesuatu yang hebat telah dihasilkan dan yang paling membanggakan, sumbangan adalah dari semua kaun Melayu, Cina dan India. Inilah semangat 1Malaysia yang kita kehendaki dan anda semua telah buktikan di sini!

Untuk Nota Isu 1Malaysia dan H1N1, boleh rujuk di;

http://tipsptd.com/blog/persediaan-pac-julai-2009-isu-semasa-1malaysia/

http://tipsptd.com/blog/persediaan-pac-julai-2009-isu-semasa-h1n1/

p/s sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat bersama. Jangan lupa tinggalkan komen dan ucapan terima kasih untuk para penyumbang di ruangan komen entri ini. Selamat berjaya untuk anda semua!

Share This Post

Pengeboman di Indonesia

Sunday, July 19th, 2009

Isu pengeboman di Indonesia menjadi isu hangat dalam minggu ini dengan perkaitan semula nama Nordin Mat Top. Kalau anda masih ingat semasa pengeboman dahulu yang melibatkan Imam Samudera, Dr.Azahari dan lain-lain, nama Nordin Mat Top juga tersenarai. Sudah lama tidak mengikuti perkembangan, rupanya beliau masih belum berjaya di tangkap oleh kerajaan Indonesia. Tak ada komen yang mahu saya lontarkan, cukuplah sekadar mengatakan Islam tidak menyeru kita berbuat demikian, bahkan melarang sama sekali perbuatan itu secara asasnya.

Lupakah kita dalam etika peperangan dalam Islam juga digariskan beberapa perkara penting antara lainnya termasuk larangan membunuh warga tua dan kanak-kanak. Juga mereka yang tidak bersalah atau orang awam. Saya bukan sarjana tapi sedikt sebanyak perkara-perkara asas ada dalam tafsiran akal waras ini. Kalau mahu diikutkan hati, mahu ditulis lagi, tapi saya bukanlah blogger ulung yang mahu berlagak lancang, tapi hanya dibelakang tabir. Serahkan pada yang pakar. huhuu

Sedikit update, ebook percuma pasal Pengurusan Gaji sudah pun siap dan sedia untuk di muatturun. Cumanya beberapa tools ‘kalkulator’ penting masih belum sedia untuk diedarkan. Anda boleh dapatkan naskah anda di Pengurusan Kewangan hari ini!

Share This Post

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – H1N1

Wednesday, June 24th, 2009

Entri ini diawalkan atas permintaan calon-calon Program Assessment Center (ujian PAC) yang bakal mendudukinya hujung minggu ini (26-28 Jun). Ini adalah nota ringkas tentang Isu Semasa selepas posting mengenai 1Malaysia sebelum ini. selamat berjaya untuk anda.

Sekilas Pandang:
‘H’ bermaksud Hemagglutinin protein dan ‘N’ bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis atau subtypes H dan N, tapi hanya H1, H2, H3 dan N1, N2 sahaja yang biasanya ditemui di tubuh manusia. Jadinya yang heboh sekarang ialah H1N1.

Tindakan pencegahan;

  • Menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Wabak ini.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza (ini termasuk demam, sakit tekak, batuk, hidung berair).
  • Elakkan tempat-tempat yang sesak.
  • Pastikan persekitaran dan diri dalam keadaan bersih. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau tangan ketika bersin atau batuk.
  • Sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas, sebelum makan dan ketika dicemari oleh cairan pernafasan seperti selepas bersin.
  • Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.
  • Mematuhi peraturan dan waktu melawat di hospital-hospital, terutama sekali untuk tidak membawa ke hospital kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah.

H1N1 2009
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Status Pandemic Fasa 6
Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan H1N1 sebagai ‘pendemic phase 6’. Apa itu ‘pendamic phase 6”? Menurut WHO;

Human-to-human spread of the virus in two or more countries in one WHO region. In addition to that, the same virus spreads from human-to-human in at least one other country in another WHO region

Dalam kata lain, penyebaran virus ini melibatkan lebih dari satu Negara dan dikira sebaran global yang pertama sejak tahun 1968.

Status Terkini H1N1 di Malaysia
Sehingga entri ini ditulis,

  • jumlah keseluruhan kes sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan
  • jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 1,619 kes
  • Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasnya

Rujukan Tambahan

Download Press Release dari Menteri Kesihatan (penting)

Update H1N1 Seluruh Dunia

Pandemic Alert Response dari WHO

Tajuk-tajuk yang perlud diberi perhatian untuk PAC 2009;

  • isu Pendidikan – PPSMI, SPM 10 subjek shj, kadar bayar balik ptptn, kekurangan guru lelaki
  • isu Kesihatan – related to H1N1, denggi, selsema burung, cikungunya
  • isu Ekonomi – rancangan pemulihan eko, keadaan eko skrg, blr – semak balik info rasmi gvment pasal ekonomi + bank negara
  • isu Sukan – Prestasi Sukan Malaysia, emas olimpik, prestasi bola sepak
  • isu Buruh Asing – dera, indonesia sekat panghantaran pembantu rumah, US kuar statement pasal M’sia
  • isu sosial & politik – rasuah, demokrasi, US dibawah Barack Obama

Selamat berjaya untuk semua calon pac 2009!

Share This Post

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – 1Malaysia

Monday, June 22nd, 2009

1Malaysia-Pengenalan:

Entri ini merupakan nota ringkas melalui maklumat rasmi yang selari dengan hasrat kerajaan. Tiada pandangan peribadi disini, bahkan ianya adalah adaptasi maklumat rasmi sebaran sumber sebaran rasmi kerajaan. Maklumat ini kami rasakan perlu difahami oleh semua calon yang bakal menduduki ujian PAC 2009. Pastikan maklumat anda dari sumber yang betul dan bukan sumber pandangan peribadi yang membawa kepada ‘salah tafsir’ konsep ini kerana ianya turut dimainkan sebagai isu politik dan kita tiada tujuan politik di sini. Diharapkan agar entri ini bermanfaat dalam menjelaskan keseluruhan idea tentang konsep 1 Malaysia.

Slogan:
1Malaysia,
Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
People First, Performance Now

Selayang pandang:
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Matlamat:
‘1Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Sedikit huraian:
Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Najib membawa satu harapan untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

8 nilai murni (dalam rujukan di bawah) yang dihubungkaitkan dengan konsep ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Secara kolektifnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Perbezaan Konsep “1Malaysia” dengan “Malaysian Malaysia”
Ada sedikit sentimen yang dimainkan yang mengatakan konsep 1Malaysia sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP. Ketahuilah dalam kacamata kami dan berdasarkan ‘affirmative statement ‘ oleh Dato’ Najib, ianya jauh berbeza kerana konsep 1Malaysia berpayung di bawah perlembagaan yang sedia ada dan dasar “Malaysian Malaysia” membelakangkan perlembagaan. Secara dasarnya;

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
  • Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

Atau secara ringkasnya, konsep 1Malaysia masih berpaksikan perlembagaan Malaysia yang mengekalkan 7 wasiat raja-raja melayu termasuk hak bumiputera dan lain-lain. Anda boleh rujuk semula 7 Wasiat Raja-Raja melayu dan interpretasi adaptasi dengan perlembagaan kita.

Penutup
Seharusnya juga difahami oleh semua calon Program PTD Assessment Center, pendapat anda harus selari dengan kehendak kerajaan dalam isu ini semasa sesi ujian PAC. Anda boleh mengambil titik kontra dalam isu ini tetapi dalam nilaian satu perbincangan terbuka. Itu sekadar pandangan dari kami di tipsptd.

Rujukan Tambahan:

Download Nota Tambahan:

Share This Post
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia