Archive for the ‘Perkongsian Pengalaman’ Category

Mengejar Kerjaya Pilihan

Thursday, December 24th, 2009

p/s ini adalah perkongsian cerita oleh pembaca blog tipsptd. Jika anda mahu berkongsi cerita boleh email kepada kami di tipsptd[@]gmail.com, kami mengalu-alukan perkongsian anda

Bila sebut PTD, ramai yang tahu dan ramai yang menginginkannya. Menjawat jawatan sebagai PTD adalah idaman setiap insan. [Macam iklan produk kecantikan pula.]

Tapi, secara jujur, saya tidak tahu sedikitpun pasal kewujudan PTD ini semenjak dari Universiti. Pengetahuan dan hebahan tentang PTD tidak pernah sampai ke telinga saya. Dan bila kali pertama dengar pasal PTD, saya memang blur. Dan anggap ia tidak lebih dari jawatan kerajaan yang lain-lain juga.

Tapi, keinginan saya untuk menyertai PTD meluap-luap bila semua berkata tentang PTD. Ini tak boleh jadi. Nanti tak pasal-pasal saya jadi antara golongan yang tertinggal.

Terus terang, Dari permohonan secara online sehingga ke peperiksaan bertulis dan ujian PAC, saya tak tahu pun apa pun akan bidang tugas PTD ni. Tapi, saya selamba kodok je mengharungi semua ujian itu. Dan Alhamdulillah saya berjaya hingga ke peringgak temuduga. Dan sekarang ni sedang menunggu keputusan dari SPA. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya.

Ketika mendapat surat panggilan untuk ujian bertulis, saya tidak ada apa-apa perasaan. Sebab saya tahu. Memang akan ada ramai lagi yang akan menduduki peperiksaan ini. Tapi, itu bukan bermakna saya akan duduk diam saja. Mengulangkaji itu penting. Tapi, sebab dari sekolah memang tak minat dengan pelajaran Sejarah, maka belajar pun sekadar ala-kadar saja. Cuma, boleh saya katakan saya mempunyai kelebihan dalam Matematik dan pengetahuan logikal.

Dan kemahiran berblog itu saya gunakan di dalam esei. Tak silap tajuk yang saya buat ada kaitan dengan Jualan Langsung dan juga CCTV. Jadi, saya goreng habis-habisan.

Ujian PAC sedikit mencabar. Sebab itu adalah pertama kali INTAN merombak silibus dari 3 hari ke 1 hari. Jadi, memang kurang maklumat. Tapi, apa yang paling penting adalah, anda tonjolkan siapa diri anda. Bukan dengan cara keterlaluan hingga boleh di cop POYO atau MENCAPAP. Cukup sekadar berbicara apabila perlu dan bertindak ikut keadaan.

Dan rasanya, saya paling berusaha keras untuk peringkat temuduga. Dari mencari baju putih yang baru, blazer, polish kasut, gunting rambut, buang misai, potong kuku. Habis semua saya buat. Senang cakap, penampilan itu nombor satu. Dari mata turun ke hati.

Dan kerana temuduga ini juga, setiap hari saya membaca surat khabar dan membuat nota-nota ringkas yang berkaitan. Dari 1Malaysia ke Kapal Selam TLDM ke H1N1 ke PRK hingga ke isu Tarian Pandet, semua saya baca dan buat nota.[Tapi, satu pun tak ditanya. Kecewa.]

Pagi ketika temuduga tu pun, saya beli surat khabar. Bahkan, saya telah membelanjakan RM50 untuk membeli sebuah buku yang berkaitan dengan PTD dan sebuah E-BOOK mengenai temuduga. Dan sesungguhnya, saya tidak menyesal bahkan bersyukur kerana saya ada peluang untuk memperoleh maklumat yang tidak ternilai itu.

Keseluruhannya, apa yang penting bagi ketiga-tiga ujian ini adalah maklumat. Kumpulkan seberapa banyak maklumat dan sumber maklumat yang mampu anda perolehi. Dari surat khabar, internet mahupun rakan yang telah berjaya. Kerana, bila anda cukup maklumat, cukup persediaan, rasa gemuruh tu akan hilang dengan sendirinya.

Dan saya bertuah sebab ketika proses temuduga tu, berlaku ketika bulan puasa. Dan seharusnya, anda berpuasa agar rohani anda lebih bersedia. Berwuduk juga perlu.

Ini saja yang terbaik dapat saya kongsikan bersama anda semua. Semoga anda juga dapat menggapai kerjaya pilihan ramai ini. Dan semoga saya juga dapat bersama dengan anda kelak.

Salam Perjuangan
PakciQue
http://noorhidayat.com

Share This Post

Kenapa nak jadi PTD?

Thursday, October 22nd, 2009

Kerjaya ini sungguh menjadi satu kerjaya idaman kebanyakan graduan universiti. Tak kiralah anda jurusan apa pun, bahkan saya ada juga teman dari jurusan Kejuruteraan Bioteknologi memilih untuk bertugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Hairan juga kan, tapi itulah penangan jawatan ini.

Kalau anda membaca ruangan komen sebelum ini, ada juga calon yang sudah menjawat jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam bertahun lamanya, memilih untuk menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik dan mahu meninggalkan satu jawatan yang dianya sudah selesa dan berpengalaman, tak lain dan tidak bukan, hanya kerana minat dan impian. Terharu juga membacanya, tapi sayang bukan rezekinya di situ. Setulusnya, kami ucapkan selamat berjaya untuk anda.

Jadi anda bagaimana? Kenapa kerjaya ini menjadi pilihan anda? Adakah kerana skim gaji dan kenaikannya? Ataupun meneruskan legasi orang tua anda yang bertugas sebagai pegawai ptd? Ataupun ianya merupakan satu impian yang mahu anda kecapi? Jadi posting ini sebenarnya ialah satu survey untuk mengetahui kenapa sebenarnya anda mahu menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. Ini juga merupakan salah satu soalan yang penting dalam sesi temuduga.

Kongsi cerita anda di sini dan kita mahu lihat apakah sebenarnya pendorong anda!

Share This Post

Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik

Monday, October 12th, 2009

Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan semasa saya dalam proses pemilihan menjadi PTD (1st stage: exam, 2nd stage: PAC & 3rd stage: interview)

Tidak dinafikan, pos PTD ini memang menjadi pos kegemaran bagi setiap lepasan ijazah yang ingin berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan@awam terutama kepada mereka yang sukakan cara bekerja secara korporat dan mementingkan personaliti. Sebut sahaja PTD, orang diluar sana akan membayangkan betapa hebatnya ‘ilmu’ dia, ‘hebat’ penampilan nya serta ‘cantik’ perwatakannya. Tetapi perlu diingat sesiapa yang ingin menjadi PTD mestilah mempunyai pengetahuan tentang dasar2 kenegaraan yang cukup meluas disamping mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cukup-cukup baik. Tidak dinafikan juga, seseorang yang bakal menjadi PTD harus mempunyai kemahiran negosasi (berunding) yang baik dan juga mempunyai keterbukaan dalam semua aspek. Ini berdasarkan pengalaman saya melalui PAC apabila saya melihat ada segelintir peserta yang begitu ‘ambitious’ semata2 ingin menyerlahkan ‘kehebatan’ dalaman mereka kepada yang lain. Pada saya itu tidak perlu, buat orang lain rasa menyampah ada la. Yang penting, kekalkan sifat ketenangan dan besederhana dan yang paling penting ialah kemapuan membuat keputusan (decision making) bersama2 dengan ulasan dan ‘point’ yang ringkas tapi padat.

Yang paling utama, seseorang yang ingin menjadi PTD harus tahu perkara2 asas tentang negara kita, kerajaan kita. Jangan sampai orang mempertikaikan kredibiliti kita disebabkan pengetahuan kenegaraan kita yang amat sempit sudah la..

Meskipun saya antara kalangan bakal PTD yang ‘kecundang’, saya tetap menyanjung tinggi kerjaya ini kerana kerjaya ini merupakan satu cabaran yang belum saya kecapi lagi ketika ini dan saya amat2 mencintai kerjaya ini.

Perkongsian oleh: Syed Munir

p/s sekiranya anda ingin berkongsi pendapat dan pengalaman anda dalam peperiksaan PTD, emailkan kepada kami dan kami akan siarkan jika ianya bersesuaian. Belajar melalui pengalaman orang lain adalah sesuatu yang lebih pantas dan bagus, jadi mulakan dengan perkongsian diri sendiri dahulu! ke arah menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang unggul!

Share This Post
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia