Archive for the ‘PTD Assessment Center (PAC)’ Category

Muhasabah PrePAC 2009

Sunday, December 13th, 2009

Ramai yang dah menarik nafas lega setelah prePAC tamat pada hari ini. Jadi macam mana dengan prestasi anda? Agak-agak anda boleh memboloskan diri ke sesi temuduga atau tidak? Apa pun prestasi anda, yang tinggal untuk anda sekarang ialah doa dan tawakal. Banyakkan berdoa dan kami dari team tipsptd mendoakan yang anda semua berjaya dalam prePAC yang lepas.

prePAC 2009

Banyak juga yang mengejutkan berlaku sepanjang sesi PrePAC baru-baru ni terutamanya kewujudan semula larian 2.4KM atau gantian larian yang lebih pendek bagi calon-calon di INTENGAH kerana lariannya sedikit mendaki. Tapi rasanya ianya bukanlah sesuatu yang sukar bagi anda yang dah melakukan persediaan fizikal.

Begitu juga tajuk-tajuk yang diperbincangkan, lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Suka sungguh bila mendengarnya kerana saya bukanlah di kalangan lelaki yang GAGAH.. hehehe. Apa-apa pun ianya seharusnya lebih mudah kerana ianya hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul dan saya percaya perbincangan itu begitu menyeronokkan bukan? Begitu juga tajuk Sekolah 1 Aliran, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Untuk penyelesaian masalah dan ujian sahsiah mungkin itu sedikit mencabar minda dan kecepatan berfikir anda. Masa yang terhad dan keserasian kumpulan, tolak ansur dan logikal menjadi teras kejayaan sesi ini. Rata-rata mengatakan masa tidak mencukupi untuk menjawab 400++ soalan ujian sahsiah, tapi ketahuilah ianya dibuat khas supaya anda tak sempat berdusta. Maknanya anda jawab berdasarkan keujujuran tanpa fikir untuk masa sebanyak itu.

Apa-apa pun bagaimana pengalaman anda semua? Adakah ianya cemerlang atau sebaliknya? Kongsikan kisah anda di ruangan komen dan mungkin anda boleh berjumpa semula rakan kumpulan anda di sini!

Share This Post

Download Nota Isu Semasa PrePAC

Friday, December 4th, 2009

Anda boleh download Nota tersebut di sini;

Download di sini: Nota Isu Semasa PrePAC 2009

Oleh sebab kesuntukan masa untuk calon-calon yang bakal menduduki prePAC pada 5 Disember ini, pihak tipsptd awalkan urusan compilation nota-nota isu semasa hasil sumbangan para pembaca tipsptd. Ianya tidak lah sesempurna mana kerana urusan editing tak sempat dilakukan dengan sempurna, tapi kami yakin ianya sarat dengan nota yang anda perlukan!

Ribuan terima kasih untuk yang menyumbang nota ini melalui email dan inisiatif entry di blog ini. Mereka yang menyumbang adalah pembaca etia blog tipsptd dan adalah calon-calon yang bakal menduduki PrePAC sesi Disember 2009. Mudah-mudahan kalian semua lulus dengan jayanya.

  • Azlinna
  • Linn
  • Uvarajan (Yuvan)
  • Annandhan
  • Alifah Abidin
  • Muarrif
  • Mohd Dzulraini Immeran
  • Hasniza Hashim
  • Nurul Huda
  • Lizzy Boo
  • Latifah Ramlee
  • Teh Guan Hong

Pihak tipsptd tidak sempat untuk melakukan semakan dan ‘editing’ sepenuhnya kerana kesuntukan masa dan mungkin tak sempat untuk calon yang bakal menduduki prePAC 5/12/2009, jadi ianya dilakukan dengan segera untuk tindakan calon-calon yang bakal mendudukinya lebih awal. Maaf atas ketidakkemasan nota ini, tetapi rasanya ianya cukup membantu persediaan anda.

Terima kasih sekali lagi untuk semua yang telah menyumbang dan kami iringi dengan doa selamat maju jaya untuk anda semua. Dan ketahuilah kami di team tipsptd amat berbangga dengan penghasilan nota 100% atas sumbangan para pembaca sekalian! Sesuatu yang hebat telah dihasilkan dan yang paling membanggakan, sumbangan adalah dari semua kaun Melayu, Cina dan India. Inilah semangat 1Malaysia yang kita kehendaki dan anda semua telah buktikan di sini!

Untuk Nota Isu 1Malaysia dan H1N1, boleh rujuk di;

http://tipsptd.com/blog/persediaan-pac-julai-2009-isu-semasa-1malaysia/

http://tipsptd.com/blog/persediaan-pac-julai-2009-isu-semasa-h1n1/

p/s sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat bersama. Jangan lupa tinggalkan komen dan ucapan terima kasih untuk para penyumbang di ruangan komen entri ini. Selamat berjaya untuk anda semua!

Share This Post

Nota Isu Semasa prePAC 2009

Tuesday, November 24th, 2009

Nampaknya semakin suntuk masa untuk semua calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan. Ramai yang risau mengenai isu-isu semasa yang bakal didebatkan dan dibincangkan semasa sesi prePAC nanti. Banyak juga isu kalau nak disenaraikan dan kalau nak dibaca semuanya agak memenatkan. Sebab itu sekiranya anda memulakan rutin membaca akhbar setiap hari, ianya adalah satu kelebihan untuk anda.

prepac2009

Walaubagaimanapun, kami di team TipsPTD memikirkan oleh sebab banyak diskusi di ruangan komen post-post yang sebelum ini, adalah menjadi satu kelebihan sekiranya anda semua saling bantu membantu dengan berkongsi nota-nota yang anda ada untuk kita kumpulkan dan compile sebagai satu nota untuk anda semua. Rasanya itu satu idea yang bagus juga. Sama juaga sepertimana team TipsPTD menyediakan nota untuk H1N1 dan 1 Malaysia, apa kata anda juga menyumbang nota pada kualiti yang sama tapi pada tajuk yang berbeza.

Rasanya ini adalah satu cadangan yang bagus untuk semua kerana kita adalah satu komuniti dan seharusnya jika dipersetujui anda semua akan mendapat satu nota perlbagai tajuk untuk isu-isu semasa. Bukankah bagus begitu? Perkara ini tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan dan ambil bahagian dari anda. Caranya mudah, anda reply di ruangan komen, nyatakan tajuk yang anda pilih untuk anda buat notanya supaya tiada pertindihan tajuk nanti. Hasilnya mudah-mudahan satu nota rujukan untuk anda semua yang bakal mengambil prePAC nanti!

Untuk permulaan kami rasa tajuk-tajuk ini harus diberi perhatian;

  • H1N1 (dah siap)
  • 1 Malaysia (dah siap)
  • Dasar Bioteknologi Negara (team TipsPTD akan buat)
  • Isu Banjir
  • Isu Pembantu Rumah (gaji dan penderaan)
  • Isu Tanah Runtuh
  • Isu Harga Minyak
  • Isu Pendatang Asing

Bagaimana pendapat anda? Jika anda semua setuju, mulakan langkah anda, dan kita tetapkan 3/12/2009 sebagai tarikh submission semua nota, dan kami akan compile dalam format PDF, 5/12/2009 anda semua boleh download untuk rujukan masing-masing!

p/s Emailkan nota anda ke email tipsptd di tipsptd[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @) untuk memudahkan urusan compile nota

Share This Post

Pre-PAC Disember 2009

Monday, November 16th, 2009

Sebagimana yang diketahui, pre-PAC sesi Disember ini masih mengekalkan format 1 hari dan rasanya format tersebut akan kekal buat masa ini. sedikit bagi mereka yang tidak mengetahui, format 1 hari ini diperkenalkan pada hujung tahun 2008 menggantikan format 3 hari yang sebelum ini. Aktiviti tak banyak berubah bahkan ianya menjadi lebih mudah berdasarkan feedback dari peserta yang mengambilnya berulang kali. Aktiviti utama masih dikekalkan yang mencakupi penilaian;

  • Kemahiran berbahasa (English/MElayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Itu lima benda yang biasa dinilai dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Janagn lupa kemahiran melontarkan idea dan menerima idea dan bagaimana attitude anda di sana. Anda tak perlu jadi hipokrit dengan berlakon yang anda bagus, cumanya simpan atau sembunyikan sahaja sikap-sikap panas baran, nak selalu betul, tak boleh menerima pendapat orang lain dan sebagainya yang anda fikir negatif. Cuma tonjolkan sahaja nilai positif yang anda ada di sana.

Latih dan tingkatkan tahap keyakinan anda, jangan mudah mengalah. Ramai yang cepat mengalah dalam aktiviti fizikal sedangkan kalau dicuba dengan lebih bersungguh, anda akan mampu menghabiskannya.. saya pasti. Apa yang kurang ialah, anda tak yakin yang anda boleh melakukan. Begitu juga keyakinan dalam berucap dan melontarkan idea. Yakin dengan idea anda dan lontarkan dengan penuh kayakinan dengan suara dan nada yang yakin. Anda seorang graduan universiti dan anda lulus ujian bertulis yang mana puluhan ribu orang gagal, anda harus sedar hakikat ini dan tahu bahawa anda adalah graduan yang terpilih!ptd assessment center

Share This Post

Jadual prePAC Disember: Semak

Friday, November 13th, 2009

Jadual prePAC sudah pun dikeluarkan dan boleh disemak di laman web rasmi SPA melalui link di bawah;

Jadual prePAC (klik sini)

Semak dan tetapkan jadual anda. Jangan buat sambil lewa, anda kena masukkan dalam jadual supaya lancar perjalanan anda nanti. Sudah ada yang mula email kepada kami, ada pertindihan dengan Majlis Perkahwinan mereka. Untuk perkara itu anda boleh cuba hubungi pihak SPA sendiri untuk cuba aturkan yang mana yang terbaik untuk anda. Itu semua terpulang kepada budi bicara pihak SPA. Tapi anda harus bertindak pantas untuk itu.

Share This Post

pre-PAC Disember: Mula sekarang!

Friday, November 6th, 2009

Dengar-dengarnya prePAC akan diadakan pada Disember nanti, jadi macam mana dengan persediaan anda? Seperti biasa, pastikan persediaan anda menyeluruh dan mencakupi semua aspek yang diambil kira termasuk aspek fizikal, debat/pengucapan dalam bahasa Melayu dang Inggeris. Ramai yang risau dengan penguasaan bahasa masing-masing, tapi apa yang penting ialah anda yakin dengan kemampuan anda.

  • Untuk tindakan utama anda, mula baca akhbar mulai sekarang dan beri perhatian kepada isu-isu yang diketengahkan. Kalau tak tahu fakta macam mana nak bercakap? Pastikan anda cukup maklumat, baru lah bersilat!
  • Mula baca-akhbar-akhbar Inggeris dengan menyebut perkataan yang dibaca. Dengan cara itu anda akan latih lidah anda untuk fasih berbahasa Inggeris
  • Bermonolog sendiri di dalam kereta semasa traffic jam atau di mana-mana sahaja untuk meningkatkan kefasihan berkata-kata anda. Ini adalah tips yang dilakukan oleh hampir keseluruhan ‘best speaker’ dunia
  • Mula bertutur dalam bahasa Inggeris dengan pasangan anda atau rakan-rakan untuk meningkat tahap keyakinan dan kelancarana bahasa Inggeris anda
  • Mula melakukan aktiviti-aktiviti fizikal untuk meningkatkan stamina terutama aktiviti yang menguatkan otot-otot anda. Banyak test fizikal yang memaksa anda melakukan aktiviti otot nanti

Yang penting mulakan dari sekarang. Jangan tunggu last minute. Salam kejayaan untuk anda. Untuk bantu Bahasa Inggeris anda, boleh juga cuba panduan yang ditulis oleh seorang Graduan Syariah Universiti Malaya, teknik yang beliau sendiri gunakan untuk fasih berbahasa Inggeris. Berkesan dan telah dibuktikan oleh beliau sendiri. Bayangkan, seorang graduan agama fasih berbahasa Inggeris! Anda tak nak jadi sepertinya? Dapatkannya di;

Fasih Inggeris Cara Mudah

Share This Post

Survey: Bengkel PAC

Monday, November 2nd, 2009

=====================================================================

UPDATE 4/11/09

DUKACITA DIMAKLUMKAN;

Pihak penganjur memaklumkan yang Bengkel ini dibatalkan buat masa ini kerana adanya pertindihan dengan Hari Raya Aidil Adha

=====================================================================

Sekadar satu hebahan kepada yang belum tahu, satu bengkel PTD Assessment Center akan diadakan pada hujung bulan November iaitu kira-kira seminggu sebelum sesi PAC di mulakan. Ianya merupakan satu bengkel yang julung kali diadakan yang melibatkan penganjuran oleh pihak lain dan bukan pihak tipsptd. Rasanya ini adalah peluang yang amat hebat untuk anda meningkatkan peluang lulus dalam PAC nanti. Yang penting pendedahannya dijangka berbaloi kerana ianya merupakan bengkel 1 hari dan melibatkan beberapa sesi penting seperti;

  • Panduan persediaan
  • Nasihat
  • Perkongsian Pengalaman
  • Tips untuk berjaya
  • dan banyak lagi…

Anda boleh lihat iklannya di http://www.kawankuservices.com/

ptd assessment center

Ianya akan diadakan di INTAN kampus Wilayah Timur atau dikenali sebagai INTIM. Sekiranya anda berminat, kita boleh hantar permohonan secara BERKUMPULAN dari tipsptd dan kami dari team tipsptd akan mengusahakan secara terus dengan pihak penganjur untuk mendapat sedikit diskaun sekiranya penyertaan kita ramai. Jika anda berminat, tinggal komen di sini dan jangan lupa ‘SUBSCRIBE’ dengan men’download’ ebook 27 Sebab Gagal Ujian PTD di sidebar sebelah kanan (jika anda belum) kerana segala maklumat akan disampaikan kepada subscriber nanti.

Tipsptd perlukan sedikit maklum balas sekiranya anda bersetuju hadir sebagai peserta “Berkumpulan” dari tipsptd untuk dapatkan sedikit diskaun. Ianya tiada kaitan dengan tipsptd, tapi sebolehnya kami mahu membantu anda untuk menghadiri bengkel ini kerana kami berpendapat ianya sangan bermanfaat.

Mudah-mudahan anda membuat satu keputusan yang bijak dengan menyertai Bengkel ini kerana belum pernah diadakan Bengkel seperti ini sebelum ini. Kita tak pernah merancang untuk gagal, tapi kita GAGAl untuk merancang. Jadi rancanglah untuk BERJAYA dalam PAC kali ini!

Share This Post

Gagal PAC: Kenapa?

Thursday, October 29th, 2009

PTD Assessment Center (PAC) atau pre-PAC untuk yang lulus peperiksaan bertulis PTD baru-baru ini dijangka akan dilangsungkan dalam awal bulan Disember 2009 ini. Dan ianya merupakan sesi tapisan kedua sebelum sesi temuduga di langsungkan. Persediaan yang rapi harus dilakukan lebih dari persediaan peperiksaan bertulis kerana ianya mencakapi beberapa skop yang berbeza seperti pengucapan umum dalam bahasa melayu dan Inggeris. Jadi kemahiran berbahasa dan kelancaran amat diperlukan dalam menghadapi pre-PAC ini.

Selain itu, aktiviti dan latihan fizikal juga amat penting dalam menyiapkan diri anda menghadapi PTD Assessment Center ini. Banyak yang mengeluh sakit otot selepas PAC kerana jarang dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Ujian fizikal untuk PAC boleh dikatakan agak ‘tough’ dan bukan senang untuk dilakukan bagi yang kurang melakukan aktiviti fizikal secara kerap. Jadi anda harus mula melakukan persediaan fizikal mulai sekarang sebagai persediaan untuk panggilan PAC. Ada yang bertanya apa rasionalnya ujian fizikal dengan kerjaya PTD? Kerjaya ini memerlukan seorang yang ‘fit’ dalam melaksanakan tugasan dan menyerap tekanan. Anda pasti pernah terbaca dahulu, ‘anggota polis gemuk tidak layak naik pangkat’? Dalam kata lain, kerjaya kerajaan terutama dalam menguruskan pentadbiran negara memerlukan seorang yang sihat mental dan fizikal.

Yang paling merunsingkan dan keluhan yang diterima ialah mengenai masalah berbahasa Inggeris dan itu antara faktor gagal dalam PAC. Sebenarnya bahasa Inggeris tidak lah sesukar yang disangka. Anda semua graduan universiti dan saya yakin anda boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, cuma anda tak mahu mencuba untuk bertutur. Saya memiliki satu naskah eBook yang mengajar dan menunjuk cara bagaimana nak bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan yakin. Untuk anda yang masih belum yakin dan mahir untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, saya yakin ‘Plan 6 Minggu’ yang disarankan oleh penulis eBook ini akan membantu anda. Anda boleh dapatkannya melalui banner di bawah;

Share This Post

Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik

Monday, October 12th, 2009

Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan semasa saya dalam proses pemilihan menjadi PTD (1st stage: exam, 2nd stage: PAC & 3rd stage: interview)

Tidak dinafikan, pos PTD ini memang menjadi pos kegemaran bagi setiap lepasan ijazah yang ingin berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan@awam terutama kepada mereka yang sukakan cara bekerja secara korporat dan mementingkan personaliti. Sebut sahaja PTD, orang diluar sana akan membayangkan betapa hebatnya ‘ilmu’ dia, ‘hebat’ penampilan nya serta ‘cantik’ perwatakannya. Tetapi perlu diingat sesiapa yang ingin menjadi PTD mestilah mempunyai pengetahuan tentang dasar2 kenegaraan yang cukup meluas disamping mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cukup-cukup baik. Tidak dinafikan juga, seseorang yang bakal menjadi PTD harus mempunyai kemahiran negosasi (berunding) yang baik dan juga mempunyai keterbukaan dalam semua aspek. Ini berdasarkan pengalaman saya melalui PAC apabila saya melihat ada segelintir peserta yang begitu ‘ambitious’ semata2 ingin menyerlahkan ‘kehebatan’ dalaman mereka kepada yang lain. Pada saya itu tidak perlu, buat orang lain rasa menyampah ada la. Yang penting, kekalkan sifat ketenangan dan besederhana dan yang paling penting ialah kemapuan membuat keputusan (decision making) bersama2 dengan ulasan dan ‘point’ yang ringkas tapi padat.

Yang paling utama, seseorang yang ingin menjadi PTD harus tahu perkara2 asas tentang negara kita, kerajaan kita. Jangan sampai orang mempertikaikan kredibiliti kita disebabkan pengetahuan kenegaraan kita yang amat sempit sudah la..

Meskipun saya antara kalangan bakal PTD yang ‘kecundang’, saya tetap menyanjung tinggi kerjaya ini kerana kerjaya ini merupakan satu cabaran yang belum saya kecapi lagi ketika ini dan saya amat2 mencintai kerjaya ini.

Perkongsian oleh: Syed Munir

p/s sekiranya anda ingin berkongsi pendapat dan pengalaman anda dalam peperiksaan PTD, emailkan kepada kami dan kami akan siarkan jika ianya bersesuaian. Belajar melalui pengalaman orang lain adalah sesuatu yang lebih pantas dan bagus, jadi mulakan dengan perkongsian diri sendiri dahulu! ke arah menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang unggul!

Share This Post

Result PAC Julai 2009

Thursday, August 6th, 2009

Team Tips PTD mengucapkan sekalung tanhniah untuk yang berjaya dalam ujian PAC Julai baru-baru ini. Agak awal juga result yang dikeluarkan kali ini berbanding sesi-sesi yang dahulu. Untuk yang masih belum semak status anda, anda boleh semak di sini “PTD Assessment Center (PAC)”

Ada juga yang lulus PAC tetapi masih dipanggil ke peperiksaan bertulis, ianya terpulang kepada anda. Bagi saya, fokus kepada persediaan temuduga PTD anda dari sekarang. Siapkan diri anda dan jangan lengah-lengah lagi. Anda hanya setapak sahaja lagi sebelum bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Sekali lagi, tahniah untuk anda dari Team Tips PTD!

Share This Post
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia