PAC Julai 2010 – Larian atau Ujian Fizikal?
Sunday, July 4th, 2010Dah ada beberapa kumpulan yang melalui PAC 2-3 hari yang lepas dan masih ada beberapa kumpulan lagi untuk minggu depan. Macam mana persediaan untuk kumpulan minggu kedua? Selalunya PAC hanya pada 1 sesi (minggu 1) tetapi kali ini mengambil masa sehingga 2 sesi.
Untuk yang masih belum ke PAC, teruskan persediaan anda dengan isu-isu semasa. Baca akhbar setiap hari dan 2-3 minggu yang lepas. Isu peperiksaan dan pendidikan dijadikan sebagai isu perbincangan yang lepas memberi isyarat yang isu terkini juga akan ditanya dalam sesi PAC kali ini berbanding peperiksaan bertulis yang mengabaikan isu-isu terkini. Ini satu perkembangan yang bagus
Mengenai ujian fizikal untuk calon baru-baru ini, larian 2.4KM dimasukkan semula dan tiada lagi ujian fizikal. Tetapi hal ini tak boleh dijadikan panduan tetap, mungkin variasi juga akan diadakan bergantung kepada keadaan. Cuma yang perting ialah persediaan fizikal anda. Mulakan larian setiap petang bermula hari ini dan lakukan aktiviti fizikal untuk memantapkan fizikal anda.
Salam kejayaan untuk anda semua! Jika ada perkongsian boleh ditinggalkan di ruangan komen












