Format 2009 PTD Assessment Center (PAC)

Kekeliruan berlaku terhadap calon-calon yang baru melepasi ujian bertulis PTD yang berlangsung pada Februari yang lepas. Tahniah untuk yang berjaya dan jangan berputus asa untuk yang tidak berjaya. Cuba lagi untuk sesi akan datang. Entri ringkas kali ini kita akan tengok sedikit sebanyak perbezaan peringkat PTD Assessment Center dahulu dan PTD Assessment Centre sekarang.

Kebanyakan calon masih belum tahu yang format telah berubah di mana PAC sekarang dinamakan pre-PAC. Saya tak ingin menghuraikan dengan mendalam tentang isu ini, tapi cukuplah sekadar anda tahu bahawa, pre-PAC atau PAC format baru ini hanya dijalankan selama satu hari sahaja berbanding 3 hari format dahulu. Ianya masih dalam percubaan, tapi bagi anda yang baru lulus ujian bertulis PTD Februari 2009, anda adalah batch kedua yang bakal mengikuti format baru ini.

Format tak banyak beza, tapi saya difahamkan oleh teman-teman yang modulnya dikompakkan dan nyata lebih mudah dari format yang lama. Jadi bersyukur lah! Untuk batch yang pertama pre-PAC ni, tiada lagi larian 2.4 KM dalam masa 20 minit, tapi digantikan dengan cabaran fizikal yang lain yang mana saya tak boleh dedahkan disini. Cuma anda perlu bersedia untuk itu. Nilaian untuk diskusi, pembawakan dan lontaran idea masih sama dengan sedikit perubahan. Jadi anda harus bersedia seperti biasa dengan maklumat isu semasa. Rajinkan membaca akhbar dan mendengar berita.

Saya rasa entri ini sedikit sebanyak merungkaikan persoalan anda semua. Berusahalah sebaik mungkin kerana semua orang berhak untuk berjaya.

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Related Posts with ThumbnailsShare This Post

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , , , , , ,

One Response to “Format 2009 PTD Assessment Center (PAC)”

  1. Ezwan Says:

    Salam…
    Saya hendak tahu mengenai skim PTD kontrak yg mula diperkenalkan mulai lantkan tahun 2009 ini.
    Saya cuba cari entri berkaitan perkara ini tetapi tidak jumpa.
    Adakah PTD kontrak ini menjamin depan dan saya difahamkan sepanjang tempoh kontrak ini pgw ptd ini akan mengikuti modul yg tough juga spt pac,kursus2 berkaitan,ulasan buku di depan panel dan sebvagainya sebelum dipilih mengikuti DPA.tempoh penilaian di jabatan yg ditempatkan adalah 2 thn dan setahun lg utk bt DPA..suatu tempoh masa yg agak panjang bagi saya.

Leave a Reply

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia