Gagal PAC: Kenapa?
PTD Assessment Center (PAC) atau pre-PAC untuk yang lulus peperiksaan bertulis PTD baru-baru ini dijangka akan dilangsungkan dalam awal bulan Disember 2009 ini. Dan ianya merupakan sesi tapisan kedua sebelum sesi temuduga di langsungkan. Persediaan yang rapi harus dilakukan lebih dari persediaan peperiksaan bertulis kerana ianya mencakapi beberapa skop yang berbeza seperti pengucapan umum dalam bahasa melayu dan Inggeris. Jadi kemahiran berbahasa dan kelancaran amat diperlukan dalam menghadapi pre-PAC ini.
Selain itu, aktiviti dan latihan fizikal juga amat penting dalam menyiapkan diri anda menghadapi PTD Assessment Center ini. Banyak yang mengeluh sakit otot selepas PAC kerana jarang dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Ujian fizikal untuk PAC boleh dikatakan agak ‘tough’ dan bukan senang untuk dilakukan bagi yang kurang melakukan aktiviti fizikal secara kerap. Jadi anda harus mula melakukan persediaan fizikal mulai sekarang sebagai persediaan untuk panggilan PAC. Ada yang bertanya apa rasionalnya ujian fizikal dengan kerjaya PTD? Kerjaya ini memerlukan seorang yang ‘fit’ dalam melaksanakan tugasan dan menyerap tekanan. Anda pasti pernah terbaca dahulu, ‘anggota polis gemuk tidak layak naik pangkat’? Dalam kata lain, kerjaya kerajaan terutama dalam menguruskan pentadbiran negara memerlukan seorang yang sihat mental dan fizikal.
Yang paling merunsingkan dan keluhan yang diterima ialah mengenai masalah berbahasa Inggeris dan itu antara faktor gagal dalam PAC. Sebenarnya bahasa Inggeris tidak lah sesukar yang disangka. Anda semua graduan universiti dan saya yakin anda boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, cuma anda tak mahu mencuba untuk bertutur. Saya memiliki satu naskah eBook yang mengajar dan menunjuk cara bagaimana nak bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan yakin. Untuk anda yang masih belum yakin dan mahir untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, saya yakin ‘Plan 6 Minggu’ yang disarankan oleh penulis eBook ini akan membantu anda. Anda boleh dapatkannya melalui banner di bawah;
Bacaan tambahan:
- Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 1
- Format 2009 PTD Assessment Center (PAC)
- Persediaan PAC Julai 2009: Intro
- Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan
- Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – H1N1
Entri Berkaitan
Tags: kriteria PAC, lulus PAC, lulus ujian PAC, persediaan PAC, tips PAC, ujian PAC, Ujian PTD Assessment Centre












October 30th, 2009 at 4:09 pm
Salam. Saya ada kemusykilan sedikit. Saya adalah salah seorang dari mereka yang lulus pada ujian pada 8/8/09. Saya telah mengetahui keputusan melalui laman web. Tetapi yang menghairankan saya sehingga kini saya masih belum menerima keputusan peperiksaan dalam bentuk surat rasmi dari SPA. Adakah sahabat-sahabat yang lain juga seperti saya?
October 30th, 2009 at 5:11 pm
Salam.Saya berminat untuk mengikuti bengkel PAC ini..Tapi bayaran untuk bengkel PAC agak mahal dan diadakan di INTAN Terengganu.Kenapa harus diadakan di Terengganu?jauh tu..ditambah lagi dengan bayaran yang agak mahal..hope kalo boleh tukar la venue di INTAN Bukit Kiara..
October 30th, 2009 at 6:30 pm
hi, saya juga belum terima. rasa-rasanya surat yang akan diterima seterusnya ialah pangilan ke pre-pac.. agaknya bila keluar ya?
October 30th, 2009 at 9:17 pm
~saniboy
bukan tipsptd yang menganjurkan bengkel tersebut, jadi kami tak boleh bantu dari segi venue. tapi dari segi bayaran, mungkin kami boleh minta diskaun kalau ramai geng tipsptd nak sertai, dan kita hantar penyertana berkumpulan. lebih murah rasanya kalau begitu
November 1st, 2009 at 12:37 am
~Ryusak and Lee..
seperti saya dulu, sesiapa yang lulus exam takkan dapat surat tu..
yang gagal exam je dapat..
korang tunggu la surat panggilan PAC nanti..
November 2nd, 2009 at 11:15 am
Salam Lina Chan..boleh x awk kongsi pengalaman awk masa awk PAC dulu?
November 10th, 2009 at 4:24 pm
salam semua
pac agak sukar ketika ujian physical
saya adalah salah sorang yang pernah
mengikuti pac pada julai yg lalu…
banyakkan..bersenam + stamnina ..
November 18th, 2009 at 5:25 am
kalo org gemuk pernah lulus ke PAC or better x yah g, aku ni gemok, org kata x yah pergi jer PAC, sia2 konpem x lulus, mcm mana, ada idea
November 19th, 2009 at 4:31 pm
sara..sy pngemuk..g sj..yg penting kite tnjukkankblhan kite yg len lgpn ujian fzkal die tgk pd stamina kt..org gemuk pn stamina tinggi.start la blatih dr ari ni..sy dh strt lm dh
November 19th, 2009 at 10:53 pm
saya tak dgr pulak semua org gemuk fail pac. spekulasi sahaja tuh. yg penting ada kesungguhan dan awak fit. abaikan semua itu, yakin pada diri sendiri
December 4th, 2009 at 11:15 am
Salam sejahtera…
Nak tumpang iklan kat sini;
*sape2 yang ‘dijemput’ ke PAC di IKWAS (Kluang) pada 11 Disember ni jom lah ‘kongsi kereta’..x larat lah balik sorang2..ramai2 jimat sket kos…tawaran ni terbuka pd calon2 yang duduk area Putrajaya, Seri Kembangan or sekitarnya. bertolak 10 Dis sekitar jam 8 malam dari putrajaya. akan bermalam di batu pahat or kluang (ikut situasi). bertolak balik ke putrajaya sebaik sahaja tamat program. berminat sila hubungi Aszwan 017-6559842 selewat-lewatnya jam 2 ptg 8 Dis 09.
ok, good luck pada semua calon..