Jadual prePAC Disember: Semak

Jadual prePAC sudah pun dikeluarkan dan boleh disemak di laman web rasmi SPA melalui link di bawah;

Jadual prePAC (klik sini)

Semak dan tetapkan jadual anda. Jangan buat sambil lewa, anda kena masukkan dalam jadual supaya lancar perjalanan anda nanti. Sudah ada yang mula email kepada kami, ada pertindihan dengan Majlis Perkahwinan mereka. Untuk perkara itu anda boleh cuba hubungi pihak SPA sendiri untuk cuba aturkan yang mana yang terbaik untuk anda. Itu semua terpulang kepada budi bicara pihak SPA. Tapi anda harus bertindak pantas untuk itu.

Related Posts with ThumbnailsShare This Post

Most Commented Posts

Tags: ,

54 Responses to “Jadual prePAC Disember: Semak”

  1. Fadzly Says:

    Salam semua

    Saya di panggil untuk prePAC pada 12/12/2009 di INTENGAH.
    Ada sesiapa lagi dipanggil utk prePAC yang sewaktu dan setempat dgn saya. ??

  2. kambing Says:

    hhmmm..kalo awak di tengah saye pulak di selatan…13hb…mane calon2 yang lain..meh la kite sembang kat sini..weh, mcmane nak dapatkan profile peserta tu ek?

  3. Fadzly Says:

    Profil peserta tu klik pada perkataan “cetak” pada point ke-2 di bahagian PERINGATAN dlm notis SPA tersebut.

    Borang Profil Peserta tu dlm bentuk PDF file untuk dicetak sendiri.

  4. syida Says:

    salam. sy dapat prePAC pd 11/12/2009 kat INTIM, kat kemaman, tganu..

  5. oneaminah Says:

    sy plak di INTURA Utara…sume kte lain2 yek…ade sape2 yg dpt INTURA Utara sama dgn sy? Cuak2…pihak admin xnak kluarkan tips2 utk kami ke?

  6. nas Says:

    saye kena kat kemaman tganu..jauh tuh dr putrajaya.penginapan plak xdisediakan..

  7. jodan Says:

    saya dapat kat intengah…tapi 6/12/2009

  8. saniboy66 Says:

    saya pun di terengganu gak…hmmm..seb baek 12 disember,kwn saya kawen kat terengganu..so alhamdulillah la..dapat konvoi dengan kawan2…save budget..hehe..

    salam nas…jumpe di terengganu…(^_^)

  9. ekyn Says:

    sy dpt pac kat KSKB kuching on 12dec. nervous…1st time nk g. jom share2 info on anythg that need to be prepared. mentally, n physically

  10. teh Says:

    saya dapat ikwas. kluang pada 12 december. T^^

  11. fid Says:

    sy pn dpt ikwas. xpenah sampai johor pn. nak pegi xtau…:-(

  12. roonron Says:

    saniboy66..dpt intim 12/12 ke? sama la kita
    insya Allah disana

  13. Azaiazali Says:

    Tahniah bagi yang melepasi kelayakkan di peringkat pertama… kurang sebulan lagi ujian ke-2 ini akan diadakan.. saya ucapkan tahniah dan semoga berjaya buat semua…

  14. admin Says:

    pihak tipsptd juga mengucapkan selamat berjuang untuk semua! :)

  15. Nad Says:

    saya dpt INTENGAH pada 13hb.ada mesyuarat di langkawi mggu tu, tp sy akan utamakan PAC ni dulu..all the best utk semua!

  16. fiefa Says:

    Sy dpt panggilan PAC kat INTAN. Agak-agak apa topic masa group discussion nanti yer? Any suggestion?

  17. Orang Tua Says:

    Selamat untuk menjalani PAC kepada semua… berikan yang terbaik untuk yang terbaik…

    Untuk pengetahuan semua.. banyak kekosongan buat masa skarang menanti anda… selamat !!!

    Dari.. PTD Batch 3/2009

  18. Timothy Says:

    Saya kat KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,Kuching, wish you all the best!! Btw, thanks for the info.

  19. Fadz Says:

    Sy dpt PAC di IKWAS Selatan…Sy yg org Johor ni pun xsure lg tmptnya kt ner….Hopefully dpt jumpa u all kt sne.. Try our Best n Gud Luck… :-)

  20. tucen Says:

    panggilan pac di INTURA..hehe

  21. kambing Says:

    wakakaka..semangat gile sume..mesti hati korang sume ni tengah berbunga-bunga kan?kuikuikui..pesal korang yang dapat kat IKWAS 12/12?aku sorang je nampaknye kene 13/12..huahuahua..tenkiu fazly,,aku download dah borang tu..isi je xlagi…ape2 pun all the best for all of us..may our endevour path leads us to success y’all..wazzup2..kambing in the house..alamak..terexcited lebey suda…so korang rase ape topik2 utk discussion, debat n pengucapan awam tahun ni beb?jom la kte wat target sket…
    adakah mengenai APEC?banjir?Persidangan Doha?Bogor?Bajet2010?huahuahua..jom kite bincangkan..
    Lagi satu, kepada korang yang bakal menduduki PAC lebey awal, nanti dah abes jangan lupa share kat sini untuk kawan2 yang belum pegi..ilmu yang bermanfaat tu…jangan lupo!

  22. lady_cokelat Says:

    Salam semua,

    saya dapat intim terengganu, 11/12..tak tahu nk pegi cemana..n saya ada soalan..cemana nk isi borang profil part kegiatan luar and sukan tuh..perlu sama cam mase kita isi form SPA 8 online ker? saya tak ingat la saya isi apa dulu..any ways i could check my spa online form? please give advice..thanks all..=)

  23. Elis Says:

    Assalamualaikum…saya dapat PAC di INTURA….takut gak ni….mesti semua memuda n bertenaga…risau gak ni…

  24. chinjoey Says:

    Hii semua. I dpt kat INTURA. Ada sape2 dapat surat panggilan dah ke? I blum lagi la.

  25. Kumiko Says:

    Hi all…
    Sy dpt kt INTENGAH tp 11/12…
    Hmmh…dgr² PAC dah singkat kan dr 3 hr ke 1 hr jerk…
    Wahh… 2km lbh tu tetap ke lari ke…? berapa lame lak masa yg die bg…?
    Isk, cuak laa…agak² la kan berapa org parcipant ‘e utk satu² sesi…??

  26. mfmd Says:

    Assalam kepada warga Tipsptd!

    Semoga sihat di bawah lindungan ALLAH swt. Saya merupakan antara calon yang dipanggil mengikuti program prePAC Disember ini. Ingin mendapatkan pandangan tuan berhubung perkara skrol dan transkrip, sekiranya calon mempunyai ijazah master, adakah perlu membawa sekali sijil degree DAN adakah perlu salinan ijazah terbabit “disahkan benar”.. Mohon tindakbalas dari tuan.

    Sekian, Wassalam.

  27. xnanax Says:

    hye..
    sy d INTURA..13/12..
    admin tlg bg info pe isu nk focus..

  28. kambing Says:

    fokus fokus fokus

  29. Najib Says:

    Sekadar untuk berkongsi pengalaman semasa PAC di IKWAS..Saya telah menghadiri PAC lebih daripada 3kali dan baru sekali dipanggil temuduga pada 10/9/09 tetapi tidak berjaya kerana panel menyatakan saya telah dalam perkhidmatan awam (badan berkanun)dan lebih elok saya berada di perkhidmatan sekarang-1 jwpn yg agak mengecewakan saya.

    Semasa saya menghadiri PAC pada bulan 7 yg lalu terdapat beberapa aktiviti dan yg pastinya PAC ini agak berlainan. batch bulan 7 hari tu merupakan batch kedua di mana PAC adalah sehari berbanding sebelum ini kerana pengambilan PTD dibuat secara kontrak mulai lantikan Mac/ April 2009.

    Selepas pendaftaran saudara/i semua akan bergerak ke bilik yg telah ditetapkan mengikut nombor yg telah dibahagikan oleh pihak urusetia sebelum itu. apa yg penting kita semua kena sentiasa menyemak nombor dan kumpulan kita kerana setiap aktiviti berkemungkinan kita mendapat kumpulan yang berlainan dan profile markah kita tidak berada di pada fasi yg bertugas di sesuatu bilik. ini bagi mengelakkan kita tersalah bilik/kumpulan yg boleh menyebabkan kita lewat berada di bilik bagi memulakan sesuatu aktiviti di samping IKWAS merupakan kawasan yg agak besar. Kalau ini berlaku, ianya menyebabkan kita rushing ke bilik yg sepatutnya-mungkin kita akan berpeluh2 kerana berlari apabila sampai di bilik dan perasaan gelabah, nervous juga boleh berlaku.
    aktiviti 1 selepas taklimat adalah perbincagan kumpulan (sekitar 10 orang). aktiviti ini dijalankan di dalam BI dan kpd sesiapa yg banyak memberikan idea/pendapat akan memperolehi markah yg lebih berbanding calon yg byk mendiamkan diri.Tajuk akan diberikan oleh fasi sebelum perbincangan bermula.
    Aktiviti 2 adalah debat dlm BM yg akan dipecahkan kpd 2 kumpulan-pencadang dan pembangkang.5 org stiap kump.individu/kump yg dpt meberikan idea dan mempertahankan hujah berkemungkinan mendapat markah yg lebih.adalah dingatkan supaya kita tidak emosional dan menghentam keterlaluan pihak lain.tajuk biasanya akan ditukar dan tidak sama bagi setiap hari PAC.
    Selepas rehat tgh hari bermula jam 2 ptg semua calon akan menduduki peperiksaan ujian sahsiah dan minat dlm tempoh 1jam! bg kedua2 ujian yg mengandungi lebih kurang 200 soalan setiap 1.
    Bermula jam 3.30 petang (kalau cuaca redup anda bernasib baik )bermula aktiviti fizikal/padang.
    1-permainan untuk menguji kemahiran utk menyelesaikan masalah.
    2-senamrobik-2 kump digabungkan dan diminta mempersembahkan senamrobik yg menarik dan boleh menambat hati fasi/panel berdasarkan 3 lagu berlainan.
    3-Pumping,push up,star jump,lagi 1 saya xpasti-duduk mencangkung dan lompat seberapa tinggi ke udara-semua ini dlm kiraan 20 x..tetapi perlu dingat ianya bkn dibuat sekali gus. cthnya pumping..pada kiraan tertentu fasi akan melambat-lambatkan pergerakan.
    4-lari pecut lebih kurang 50m. dibahagikan kepada 2 kon. kita perlu berlari ke kon yg berada di seberang kita dan berpatah balik serta patah balik semua ke kon di seberang tersebut.

    Sekian sahaja untuk makluman. Sekadar berkongsi pengalaman dgn saudara/i..tetapi perlu diingat modul ini akan diubah oleh pihak urusetia mengikut kesesuaian semasa. Semoga berjaya semua.

  30. chinjoey Says:

    Sdr Najib, trima kasih. Ni kali pertama i ambik ujian PTD, Disember ni nak gi INTURA. Nak tnya ckit, apa tu star jump? Larian tu cuma 50m je? Klu larian 50m tu, camana nak bagi markah ek? Kiraan masa? I ingat 2.4km. Takutla plak, I ni dah lama tak lari. Sperkara lagi, kumpulan tu slalu tukar ke? I ingat group tu sama je sampai akhir.

    Klu dah keja kat perkhidmatan awam tu, xbley ke mintak PTD? Hairan plak.

  31. Najib Says:

    Chinjoey,
    Dulu masa saya pergi pac yang 2 hari tu mmg ada larian 2.4km-lari 1 ikwas naik bukit turun bukit hehehehe..tpi bila dilaksanakan pre-pac larian tersebut telah ditiadakan..mugkin utk kali ini ada balik saya tak boleh nak ulas kerana pihak JPA+INTAN yg menetapkannya. Nama lain utk Star jump-tepuk lalat.
    Utk 50m akan melihat kpd kepantasan kita utk sampai dari 1 point (kon) ke point yg lagi 1 dan kita akan bersaing/berlumba dengan ahli kumpulan yg lain. Maksudnya kalau kita lambat mungkin kump kita akan turut lambat hbis dan pada ketika itu kump lain semuanya telah selesai dan ini mungkin akan menjejaskan pemarkahan.
    Kump kebiasannya akan bertukar..kita akan dapat ahli kump baru bagi setiap aktiviti..tpi ini semua pengalaman saya sebelum ini. Mungkin pihak INTAN+JPA membuat perubahan saya tak pasti.
    Kalau dah kije dlm perkhdmtn awam mmg boleh minta PTD cuma pendirian dan pandangan panel masa intvw saya tu, saya sudah selesa di perkhidmatan sekarang,gaji dah besar,pengalaman dah byk di jbtn skrg+dilantik menganggotai pelbg jwtnkuasa,telah menghdairi pelbg kursus- tak perlu lah jadi ptd,bagi peluang org lain-itulah di antara komen panel masa tu.

  32. dh Says:

    hi fadzly…sy pun dpt di IINTENGAH on 12 DEc 09

  33. xnanax Says:

    saudara najib..thanx a lot..mmg byk membantu..bole nampak gambaran sket2 tuk PAC nant..tough gak physical xtvt 2 ek..thanx again 4 d info..skang sy de probs sket regarding isu yg nk d focus..sbb skang byk isu..so, hope saudara najib bole bantu sy..tq…

  34. kambing Says:

    u r the best bro najib..mcm ni baru la betul kongsi pengalaman..detail..xmalu2 kucin’..info yang sangat bergune utk calon pac…at least we all dah nampak mcmane perjalanan pac tu nanti..nasihat daripada aku, mase lunch tu makan agak2 sket..menurut member aku makanan yang dihidangkan nanti memang bleh tahan keenakannye..so kalo korang melantak xingat dunia takot mase aktiviti fizikal nnt korang muntah ayam kat tengah padang..huahuahua…all the best and thanks to najib

  35. Najib Says:

    xnanax,
    Masa saya pre pac dulu tajuk perbincangan untuk BI-berkaitan pembantu rumah warga asing-perlu atau tidak.Untuk debat-sistem pendidikan negara menyekat potensi pelajar..lebih kurang macam tu la tajuknya. Kalau jadi calon pembangkang/dilantik sbg ketua pembangkang kena la ada budi bahasa skit dan bukan mcm real pny pembangkang di parlimen tu.nanti fasi akan ingat kita ni btl2 pembangkang dan tidak setuju dgn dasar2 krjn..Cuba bagi perhatian ke atas isu2 hangat pada thn ini-rasuah/integriti, pendidikan,h1n1,NKRA,KPI dll..
    Kalau boleh nasihat saya untuk aktiviti fizikal gunakanlah kasut sukan yg bersesuaian dan masih elok sbb pengalaman saya setiap kali PAC mesti ada kes calon yg tercabut tapk kasutnya hehehehe..
    Saya bersetuju dengan pandangan “kambing”..masa tengahri nanti kawal la skit pemakanan..sbb sblh ptg tu ada aktiviti fizikal..takut semput je nanti..
    Pakaian dan penampilan diri kena kemas..untuk menunjukkan peribadi dah sahsiah kita sbg bakal ptd.
    Cuba you all surf add nie :-
    http://www.intanbk.intan.my/cda/m_ptd/PTD.pdf
    -ada memaparkan mengenai kriteria pemilihan PTD..mungkin boleh membantu

  36. xnanax Says:

    thanx again en najib..mmg detail..cmni bru betul share experience..even xdpt pn stil help others..info sgt2 membantu..kalo de info lg hope en najib post ek..tq..

  37. Najib Says:

    Nak buat mcm mana..bkn rezeki saya walaupun telah byk kali mencuba…tadi kwn saya yg 1 intvw dgn saya masa bln 9 beritahu ada sorang calon tu yg kami kenal masa intvw dilantik PTD. Sedangkan kami ingat dia tak dapat sebab hari tu dia intvw pun sekejap je dalam 20 minit dan keluar dari bilik temuduga dgn muka yg kecewa kerana byk soalan dari panel berkaitan perkhidmatan awam dia tak dpt jwb. Tpi mgkin da rezeki dia antara calon yg dilantik sbg PTD baru-baru ini.
    Lagi 1 semasa di IKWAS,INTURA,INTIM,INTEGAH dll kita kenalah mengikut peraturan yg telah ditetapkan. Sebagai contoh selepas makan pinggan dan cawan yg digunakan hendaklah diangkat sendiri dan diletakkan di dalam bekas yg telah disediakan. manalah tahu ada panel/fasi yg memerhatikan kita semasa mkn, tak pasal2 dieorg marked kita..kurang plak markah nanti..mereka boleh kenal kita sbb sepanjang pre pac kita kena pakai nombor besar yg perlu digantung di leher heheheheh…
    Begitu juga kalau berselisih dgn pgw lain..kena la bagi salam..manalah tahu mereka tu adalah panel pemilihan dan kita pulak tunjukkan perangai sombong..
    Selain itu, pastikan dokumen yg diperlukan adalah lengkap seperti profail diri, salinan ijazah,gambar dll..kalau boleh buat la senarai semak supaya kita tidak tertinggal sebarang dokumen penting.

  38. kambing Says:

    hmmm..bleh tahan jugak tajuk yang die bagi tu..tajuk untuk discussion ni memang general..susah kite nak buat exact target..tapi ape2 pun, ia adalah berkisar mengenai isu semasa…so lengkaplah pengetahuan isu semasa korang…
    aku nak tanye sket la kat bro najib ni…die suruh pakai kasut sukan yang bersesuaian kan?kalo kasut kaler merah pun xjadi hal kan asalkan kasut sukan?tol xbro najib?

  39. Najib Says:

    betul tu..warna tak memainkan peranan..asalkan jgn pakai kasut mc donalds sudahlah..tapi kasut mestilah dalam kondisi yg baik..senang cerita belilah yg baru yg murah2 tu..takut tapak kasut tertanggal plak nanti..
    Untuk perbincangan dan debat rasanya tak ada masalah sebab aktiviti tu lebih kepada berkumpulan..members in the group sharing ideas to each others..lain lah pac dulu ada public speaking..mmg points tu datang dari kita sendiri.

  40. kambing Says:

    hmmm..ok..mujur kali ni dah xde public speaking..lega sikit bagi orang yang pandai berkata-kata seperti ku ni..bukan ape bro..kasut merah tu baru beli tu awal bulan aritu…sayang la plak nak beli lain..kalo boleh pakai, aku pakai je la ape yang ade…
    Senang citernye, jadikanlah diri anda se-skema yang mungkin. Kasi potong sume bulu2 yang ade kat muke. jangan cukur bulu kening suda..lagi skema penampilan kita, lagi banyak markah untuk kita…

  41. ekyn Says:

    wow. sgt detail. inila yg bakal2 peserta pac bln dec ni tunggu2. info yg padat dan bernas. thnks a lot saudara najib. sy rase isu minggu ni kite patut mula membaca dengan belanjawan 2010 n gempa bumi aritu. pro and cons la. next week kita buatla tajuk lain pula.

    ade sape2 boleh terangkan ape beza discussion dgn debate? kalo discussion kite tak boleh argue kan?

  42. chinjoey Says:

    tq bro najib, mmg banyak membantu, ni nak tnya skit. Pre-PAC tu, untuk lulus dan masuk interview, panel tu bg gred, so as long as kita org PASS, dah bleh masuk temuduga? ataupun kena LULUS CEMERLANG, ataupun mrk ambik calon top 300 (300 tu cumala no rawak je). So klu sume calon dlm cawangan intan tu lulus, sume blh masuk peringkat temuduga?

  43. Najib Says:

    Kalau perbincangan tu semua orang berhak untuk bercakap dan memberikan pandangan. Biasanya masing2 berebut2 nak ckp spy dpt markah (kalau fasih dlm BI)..Nak argue boleh kalau calon yg sedang menyampaikan isi perbincangan lari daripada tajuk@point nya x berapa kena@kita nak betulkan fakta tapi kena berhemah la..kita kena angkat tgn dan cakap dgn sopan lbh kurang mcm nie”saya setuju dgn pandangan saudara/i 109 ttpi saya ingin membuat sedikit penambahan/membetulkan kenyataan@fakta…….”
    Kalau tak silap saya hanya calon yg melepasi markah “par” shj yg akan disenarai pendekkan dan JPA akan mengambil calon yg mempunyai markah terbaik. Katakan yg dipanggil PAC 5000 calon,kekosongan dlm 600..so intvw lbh kurang 1000+..calon yg dpt markah terbaik – 1000+ drpd 5000 calon seluruh Malaysia shj yg akn dipanggil intvw.
    p/s: Kita akan memanggil/merujuk calon berdasarkan nombor badan bg setiap aktiviti dan memang tidak mengetahui nama masing2 kecualilah kalau dah kenal sblm ini.

  44. ekyn Says:

    hoo.. jadi sy skrg dah faham sikit. kiranya semasa discussion, adap2 seperti nak mencelah kena angkat tgn juga harus dititik beratkan. sgt detail the evaluation ptd ni ye. aduh2. tiba2 terasa kecut perut, i still gonna prepare myself to death for this. harap2 ade rezeki. tq saudara najib. hanya Allah boleh membalas jasa baik saudara. umpama sedekah, sebiji benih yg ditanam akan menghasilkan 7 biji benih lain, dah setiap darinya akan menghasilkan 10 benih yang lain. ;)

    terima kasih atas perkongsian ilmu. kalau ade lagi, jgn segan2. saya sentiasa mengikuti. ;)

  45. xnanax Says:

    thanx again en najib..isu yg team admin target mase PAC julai ari2 rase2 bole focus lg x? sbb sume 2 hot isu 2009..tq semua bg info yg sgt berguna..

  46. ekyn Says:

    Quote dr Orang Tua.

    Selamat untuk menjalani PAC kepada semua… berikan yang terbaik untuk yang terbaik…

    Untuk pengetahuan semua.. banyak kekosongan buat masa skarang menanti anda… selamat !!!

    Dari.. PTD Batch 3/2009

    **** Thnks Orang Tua. its really lift up the spirits.

  47. dennis Says:

    aku INTIM… kat kemaman. now kat putrajaya…
    jauh nya la diorang campak aku…
    apa pun, aku ngh bersedia la nie
    nk kene plan awal2 cz kene sewa hotel la jawab nya aku

  48. Mr.Hiroshi Says:

    Hahaha… My PAC test 12/12 ni…. Takda persiapan lagi.. Coz, for being honest I dtg Test hari tu last minit n xda persiapan. Afta dpt result get shocked coz I made it to PREPAC… Kalu nak berbicara sal nasib myb sy bertuah coz lulus exam bertulis just sekali try tp tak guna juga kalu lulus exam takda semangat nak continue next step… Wateva it is I try my best.. Nak tanya latihan fizikal tu susah x? Coz sy ni xlah seaktif mana…. Nak suh lari utk long distance confirm fail…

  49. saniboy66 Says:

    to najib:

    thanks bro..memang info macam ni la yg dicari2..jasa anda memang akan saya kenang..kalo ade info lagi,kongsi2 la ek…hehe

  50. chinjoey Says:

    mr hiroshi,

    dengarnya lari 2.4 km dah tak ada, mulanya i pun takut gak. yg ada tu larian pergi-balik 50m berulang kut. tu pun i dgr dari member kita kat forum ni, of coz termasuklah senaman asas yg lain tu, u pac kat mane? i kat INTURA

  51. Burger Says:

    kengkawan sesiapa yang dapat kat Kluang contact saya…..atau org Kluang yang dapat kat Kluang contact saya gak….sbb saya kena gi 13/12 ni kat kluang…jadi kita ble share info…e mail kat saya…mazhairulnizam@live.com….atau datang kat tempat kerja saya…kat Kluang…senang jek! saya kerja di kedai Burger di Kluang…..tak tahu nak cari..? Kedai burger tempat saya kerja kedainya full stainless steel…bumbung kaler biru….berhadapan dengan perhentian bus Kluang……kedai tutup pukul 2 pagi bro…so sesiapa yang kat Kluang…atau org Kluang kena kat Kluang….datangla….ble kenal and share info…tq

  52. qas Says:

    slm sjhtera buat smua…sy kna PAC kat intan kemaman…12 dec..debaran memuncak…doakan kita smua bjaya..

  53. fathana Says:

    thanks bro najib…. info2 kamu tu sangat2 la berguna…. sblom ni ade member cerita pengalaman dia… tapi hampeh, sebab dia g separuh hari jek kat kluang tuh…. dia kata bosan giler…. btol2 la menjatuhkan moral org yg 1st time nk g mcm saya nih… hehehehe…. seb bek jumpa blog nih…. release la ckt…. toche2…
    utk encik burger…. nnt saya email kamu yek…. saya pon kene g kluang gak 13/12 nih…
    congrates guys…. ;)

  54. naTea Says:

    good luck! saye dpt kat intengah utk sesi esok 12/12..! dahlaa harinie demam.. tp alang2 menyeluk pekasam..biar smp ke pangkal lengan! risau gak ngan ujian fizikal tu..tp kalo dah cube yg terbaik..dan ade rezeki..insya allah adelaa jalan tu..

Leave a Reply

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia