Mengejar Kerjaya Pilihan

p/s ini adalah perkongsian cerita oleh pembaca blog tipsptd. Jika anda mahu berkongsi cerita boleh email kepada kami di tipsptd[@]gmail.com, kami mengalu-alukan perkongsian anda

Bila sebut PTD, ramai yang tahu dan ramai yang menginginkannya. Menjawat jawatan sebagai PTD adalah idaman setiap insan. [Macam iklan produk kecantikan pula.]

Tapi, secara jujur, saya tidak tahu sedikitpun pasal kewujudan PTD ini semenjak dari Universiti. Pengetahuan dan hebahan tentang PTD tidak pernah sampai ke telinga saya. Dan bila kali pertama dengar pasal PTD, saya memang blur. Dan anggap ia tidak lebih dari jawatan kerajaan yang lain-lain juga.

Tapi, keinginan saya untuk menyertai PTD meluap-luap bila semua berkata tentang PTD. Ini tak boleh jadi. Nanti tak pasal-pasal saya jadi antara golongan yang tertinggal.

Terus terang, Dari permohonan secara online sehingga ke peperiksaan bertulis dan ujian PAC, saya tak tahu pun apa pun akan bidang tugas PTD ni. Tapi, saya selamba kodok je mengharungi semua ujian itu. Dan Alhamdulillah saya berjaya hingga ke peringgak temuduga. Dan sekarang ni sedang menunggu keputusan dari SPA. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya.

Ketika mendapat surat panggilan untuk ujian bertulis, saya tidak ada apa-apa perasaan. Sebab saya tahu. Memang akan ada ramai lagi yang akan menduduki peperiksaan ini. Tapi, itu bukan bermakna saya akan duduk diam saja. Mengulangkaji itu penting. Tapi, sebab dari sekolah memang tak minat dengan pelajaran Sejarah, maka belajar pun sekadar ala-kadar saja. Cuma, boleh saya katakan saya mempunyai kelebihan dalam Matematik dan pengetahuan logikal.

Dan kemahiran berblog itu saya gunakan di dalam esei. Tak silap tajuk yang saya buat ada kaitan dengan Jualan Langsung dan juga CCTV. Jadi, saya goreng habis-habisan.

Ujian PAC sedikit mencabar. Sebab itu adalah pertama kali INTAN merombak silibus dari 3 hari ke 1 hari. Jadi, memang kurang maklumat. Tapi, apa yang paling penting adalah, anda tonjolkan siapa diri anda. Bukan dengan cara keterlaluan hingga boleh di cop POYO atau MENCAPAP. Cukup sekadar berbicara apabila perlu dan bertindak ikut keadaan.

Dan rasanya, saya paling berusaha keras untuk peringkat temuduga. Dari mencari baju putih yang baru, blazer, polish kasut, gunting rambut, buang misai, potong kuku. Habis semua saya buat. Senang cakap, penampilan itu nombor satu. Dari mata turun ke hati.

Dan kerana temuduga ini juga, setiap hari saya membaca surat khabar dan membuat nota-nota ringkas yang berkaitan. Dari 1Malaysia ke Kapal Selam TLDM ke H1N1 ke PRK hingga ke isu Tarian Pandet, semua saya baca dan buat nota.[Tapi, satu pun tak ditanya. Kecewa.]

Pagi ketika temuduga tu pun, saya beli surat khabar. Bahkan, saya telah membelanjakan RM50 untuk membeli sebuah buku yang berkaitan dengan PTD dan sebuah E-BOOK mengenai temuduga. Dan sesungguhnya, saya tidak menyesal bahkan bersyukur kerana saya ada peluang untuk memperoleh maklumat yang tidak ternilai itu.

Keseluruhannya, apa yang penting bagi ketiga-tiga ujian ini adalah maklumat. Kumpulkan seberapa banyak maklumat dan sumber maklumat yang mampu anda perolehi. Dari surat khabar, internet mahupun rakan yang telah berjaya. Kerana, bila anda cukup maklumat, cukup persediaan, rasa gemuruh tu akan hilang dengan sendirinya.

Dan saya bertuah sebab ketika proses temuduga tu, berlaku ketika bulan puasa. Dan seharusnya, anda berpuasa agar rohani anda lebih bersedia. Berwuduk juga perlu.

Ini saja yang terbaik dapat saya kongsikan bersama anda semua. Semoga anda juga dapat menggapai kerjaya pilihan ramai ini. Dan semoga saya juga dapat bersama dengan anda kelak.

Salam Perjuangan
PakciQue
http://noorhidayat.com

Related Posts with ThumbnailsShare This Post

Entri Berkaitan

Tags:

2 Responses to “Mengejar Kerjaya Pilihan”

  1. yuvan Says:

    Hi Admin and Kekawan,

    PrePac telah kita lalui dengan sempurna….while kita menunggu keputusannya…apa kata jika kita mulakan persiapan ke arah interview pula…atleast boleh kita cover sedikit sebanyak…betul tak?

    Yuvan

  2. aku blur Says:

    setuju sgt ngn penulis ni, PakciQue..
    saya pon same mmg blur giler psl ptd ni..
    i was juz like u..didnt know a single thing about ptd…
    tp tulah,org kate cube lar mane taw ader rezki n saya sgt2 percaya rezki di tgn Allah sbb tu sy try gak..
    ni 2nd time,mase 1st time sangkut kat ujian bertulis..
    2nd time ni Alhamdulillah lepas ujian bertulis n skrg tggu result assessment..
    tak taw lar,kalo ade rezki,aderlar..
    tak letakkan harapan yg tggi pon,takut kecewa..
    i leave it all to Allah to decides whats the best for me..
    :)

Leave a Reply

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia