Nota Isu Semasa prePAC 2009

Nampaknya semakin suntuk masa untuk semua calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan. Ramai yang risau mengenai isu-isu semasa yang bakal didebatkan dan dibincangkan semasa sesi prePAC nanti. Banyak juga isu kalau nak disenaraikan dan kalau nak dibaca semuanya agak memenatkan. Sebab itu sekiranya anda memulakan rutin membaca akhbar setiap hari, ianya adalah satu kelebihan untuk anda.

prepac2009 300x279 Nota Isu Semasa prePAC 2009

Walaubagaimanapun, kami di team TipsPTD memikirkan oleh sebab banyak diskusi di ruangan komen post-post yang sebelum ini, adalah menjadi satu kelebihan sekiranya anda semua saling bantu membantu dengan berkongsi nota-nota yang anda ada untuk kita kumpulkan dan compile sebagai satu nota untuk anda semua. Rasanya itu satu idea yang bagus juga. Sama juaga sepertimana team TipsPTD menyediakan nota untuk H1N1 dan 1 Malaysia, apa kata anda juga menyumbang nota pada kualiti yang sama tapi pada tajuk yang berbeza.

Rasanya ini adalah satu cadangan yang bagus untuk semua kerana kita adalah satu komuniti dan seharusnya jika dipersetujui anda semua akan mendapat satu nota perlbagai tajuk untuk isu-isu semasa. Bukankah bagus begitu? Perkara ini tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan dan ambil bahagian dari anda. Caranya mudah, anda reply di ruangan komen, nyatakan tajuk yang anda pilih untuk anda buat notanya supaya tiada pertindihan tajuk nanti. Hasilnya mudah-mudahan satu nota rujukan untuk anda semua yang bakal mengambil prePAC nanti!

Untuk permulaan kami rasa tajuk-tajuk ini harus diberi perhatian;

  • H1N1 (dah siap)
  • 1 Malaysia (dah siap)
  • Dasar Bioteknologi Negara (team TipsPTD akan buat)
  • Isu Banjir
  • Isu Pembantu Rumah (gaji dan penderaan)
  • Isu Tanah Runtuh
  • Isu Harga Minyak
  • Isu Pendatang Asing

Bagaimana pendapat anda? Jika anda semua setuju, mulakan langkah anda, dan kita tetapkan 3/12/2009 sebagai tarikh submission semua nota, dan kami akan compile dalam format PDF, 5/12/2009 anda semua boleh download untuk rujukan masing-masing!

p/s Emailkan nota anda ke email tipsptd di tipsptd[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @) untuk memudahkan urusan compile nota

Comments

  1. chinjoey says

    Hi Admin,

    Mmg idea yg bagus, tak perlu bayar pape. Nota hasil sumbangan sume. Tapi apa kata klu kita submit free title, nota nota mana saja yg kita pikirkan sesuai (of course hanya terbatas kpd isu2 semasa yg tdk sensitif). Opinian I je, apa salahnya klu ramai org buat title yg sama, bleh kita baca sendiri dan nilai yg mana yg plg baik. After all, I mmg percaya komuniti forum ni cuma akan submit nota yg plg releven dan padat, tak payahlah kita hadkan mrk kpd tajuk yang blum dibuat.

  2. says

    ~chinjoey
    ya betul, tak yah bayar apa2, kiranya ini konsep “dari anda, untuk anda!”. mmg boleh juga, cumanya buat masa sekarang elok juga kalau di tentukan tajuk yang berlainan dahulu, baru ada variasi dalam tajuk. tak perlu nota yang padat, cuma brief je, sekurang-kurangnya kita ada maklumat yang berkaitan. tapi kalau semua yang lain setuju cadangan dari anda, boleh sahaja kerana nota itu semua untuk manfaat anda semua, tipsptd cuma jadi perantara sahaja untuk memudahkan :) Jadi chinjoey apa tajuk nota yang anda mahu sumbangkan?

  3. Azlinna says

    saya setuju dengan chinjoey kita submit je free title. Ok di bawah ini sedikit nota mengenai issue banjir.

    Isu Banjir Di Malaysia
    Terbahagi kepada dua jenis;
    i) Banjir akibat dari musim hujan/monsoon/tengkujuh (Sepanjang bulan Oct, Nov & Dis)
    ii) Banjir kilat

    Negeri-negeri yang biasa mengalami banjir (disebabkan kadar hujan yang tinggi);
    Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak

    Negeri-negeri yang biasa mengalami banjir kilat;
    Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, KL

    Specifi flash floods area in KL & S’ngor
    Klang River Gombak River Batu 3 Shah Alam
    Masjid Jamek Sungai Besi
    Dang Wangi Damansara River

    Punca Semulajadi Banjir
    1. Hujan yang lebat pada suatu ketika
    2. Air pasang tinggi
    3. Saiz lembangan sungai

    Punca Banjir Akibat dari aktiviti manusia
    1. Pembukaan tanah yang berleluasa
    2. Penebangan pokok yang tidak terkawal menyebabkan resapan air ke dalam tanah menjadi kurang dan air larian terus mengalir ke sungai dengan cepat.
    3. Kadar hakisan yang tinggi menyebabkan kelodak di dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek, dan menjadikan kapasiti dan keupayaan sungai untuk menampung air menjadi rendah.
    4. Infrastruktur saliran yang tidak mencukupi
    5. Pembinaan yang menghalang aliran sungai
    6. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur
    7. Pembangunan di kawasan dataran banjir
    8. Penyenggaraan system perparitan yang tidak sempurna

    Langkah-langkah mengatasi banjir
    1. Menubuhkan Suruhanjaya Tetap Mengawal Banjir
    – Menjalankan langkah-langkah kawalan banjir
    – Kurangkan kejadian banjir kilat
    – Pastikan kerosakan dan kehilangan harta dan nyawa di tahap minima

    2. Menubuhkan mekaanisme pantauan banjir
    – Menyelaras operasi bantuan & penyelamat diperingkat persekutuan, negeri & daerah

    3. Menjalankan kajian lembangan sungai
    – Amalkan pengurusan terbaik (best practice) bagi melindungi sumber semulajadi
    – Kawalan hakisan, pemendapan kawasan pantai

    4. Wujudkan system ramalan dan amaran banjir
    – Buat masa ini system seumpamanya telah ada di 8 buah lembangan;
    – I) Sungai Kelantan
    – Ii) Sungai Pahang
    – Iii) Sg. Perak
    – Iv) Sg. Klang
    -

  4. lin says

    tajuk: Dasar Bioteknologi Negara (DBN).

    DBN telah dilancarkan pada April 2005 bersempena dengan BioMalaysia 2005 dengan tertubuhnya Perbadanan Bioteknologi Malaysia. Agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertindak sebagau sebuah agensi sehenti yang benyelaras inisiatif bioteknologi negara.
    9 inisiatif utama DBN ialah:

    i. Pembangunan Bioteknologi Pertanian.
    ii. Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi.
    iii. Pembangunan Bioteknologi Perindustrian.
    iv. Penyelidikan dan Pembangunan serta Pemerolohan Teknologi.
    v. Pembangunan Modal Insaniah.
    vi. Pembangunan prasarana Kewangan.
    vii. Pembangunan Rangka Kerja Perundangan dan Peraturan
    viii. Memperkukuh Strategi.
    xi. Komitmen Kerajaan.

    sebenarnya, bioteknogi bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah lama digunapakai semenjak penemuan ampaian yis lagi. walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa maka bioteknogi pada masa kini adalah lebih cenderung kepada kejuruteraan genetik serta kejuruteraan genom.
    Kejuruteraan genetik adalah lebih diberikan tumpuan khususnya dari aspek keselamatan produk.Ia bagi mebolehkan mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.
    Kajian genomik pula adalah kajian hubungan antara gen dan fungsi mereka. Dua aktiviti popular kajian genomik ialah penjujukan semua gen di dalam sesuatu hidupan dan analisis fungsi pelbagai gen dalam suatu keadaan seperti apabila pokok didedahkan pada suhu tinggi atau apabila kulat menjangkiti pokok.Dengan kejayaan penjujukan keseluruhan gen manusia, punca banyak penyakit yang merbahaya akan dapat diketahui dan langkah merawat atau mencegahnya dapat dilakukan secara berkesan. Sebagai contoh apabila racun pembunuh sel barah dimasukkan ke dalam tubuh, ia akan terus kepada sel barah dan membunuhnya tanpa memberi kesan sampingan kepada sel lain. Begitu juga penentuan gen yang berfungsi apabila pokok sawit diserang kulat yang akan dapat membantu kita mengetahui tanda awal jangkitan, kegemaran kulat berkenaan atau apakah yang sebenarnya terjadi ketika jangkitan. Pengetahuan ini dapat membantu merancang strategi menghalang atau mungkin melewatkan jangkitan kulat tersebut.

  5. lin says

    Di malaysia, bioteknologi lebih terfokos kepada tiga bahagian/ bidang:
    1. bioteknologi dalam bidang pertanian – berhubungkait dengan makanan serta pertanian.ianya merangkumi:
    i. tanaman yang boleh tumbuh di tanah yang berkualiti rendah untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian.
    ii. tanaman yang boleh menghasilkan keperluan tambahan seperti zat besi dalam padi, yang sememangnya akan menjamin kesihatan yang lebih baik kepada pengguna.
    iii. tanaman yang tahan penyakit yang hanya memerlukan atau tidak memerlukan langsung racun serangga. ini secara tidak langsung akan menjimatkan kos perusahaan kepada para petani.

    2. bioteknologi dalam bidang kesihatan
    -termasuklah rawatan serta punca kepada sesutu jenis penyakit (seperti kanser).

    3. bioteknologi dalam bidang industri
    -pengaplikasian bioteknologi dalam menguruskan sisa pembuangan dan juga pengurusan alam sekitar. sebagai contoh, pembangunan dalam penghasilan plastik yang mudah terurai, bakteria yang boleh menguraikan sampah sarap dan sebagainya.

  6. yuvan says

    Hi Semua,

    Saya akan cuba cover and compile on isu pembantu rumah….Still if anybody else wanna compile on the same topic…please you are welcome so that we will be able to compare and absorb out the most relevant points.

    Thank you.

  7. yuvan says

    Sebagai pendahuluan…Antara isi yang harus diberatkan ialah
    -Wajarkah GAji RM800
    -Wajarkah Cuti Sehari Seminggu
    -TAnggungjawab Agensi pembantu rumah-permit sah, melatih dan menempat serta pemantauan
    -Tanggungjawab Duta Negara Masing-masing-melindungi warga, memantau,undang2.
    -Hubungan Dua Hala – ISu Politik-sejauh mana kesannya.
    -Resolusi yang efektif

    So far itulah isi yang dapat saya fikirkan utk Topik Pembantu Rumah.

  8. says

    terima kasih atas perkongsian ini! anda boleh attach word file dan email ke tipsptd[at]gmail.com untuk memudahkan kerja2 compilation.

  9. Annandhan says

    1. Kejadian Banjir
    1.1 Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia
    adalah dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada
    luas tanah negara.
    1.2 Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut
    akibat hujan berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan
    yang luas. Negeri-negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pahang, Sabah
    dan Sarawak sering menghadapi musim ini .
    1.3 Negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,
    Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Wilayah Persekutuan
    Kuala Lumpur sering mengalami banjir kilat. Ciri banjir kilat adalah
    peningkatan paras air sungai yang cepat dengan hujan lebat yang
    singkat.

  10. Syafie says

    Maaf..lari tajuk sat..awat saya punya risalah percuma tak dapat lagi selepas beli e-book tu..admin..boleh tolong jelaskan atau e-mail saya..

    Terima kasih.

  11. chinjoey says

    Hi sume,

    I akan emailkan topik I, tapi buat masa ni i tak sempat buat lagi. Akan saya e-mailkan sbelum dateline tersebut yg diberi admin.

    I dah terima Risalah PAC tu, blum ada masa nak teliti lagi, tapi rasanya mmg bagus.

  12. RYusak says

    Mr Admin,

    Nk tanya masa sessi debat dan discussion tu dibenarkan ke tidak kami membawa peralatan menulis seperti buku nota, pen . Atau pun kami tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa? Atau ianya disediakan untuk kami?

  13. says

    ~syafie sila email tipsptd[at]gmail.com
    ~RYusak, kertas dan pen ok je
    ~cirra, sempat je nak dapatkan Risalah, kami masih menerima sesiapa yang nak redeem
    ~ckin, elok juga tajuk tuh kalau awak boleh hantar dan kami compile kan

  14. Syafie says

    Saya suka untuk melihat tajuk ini. Harap ada penambahan.

    GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan
    A Kadir Jasin

    PADA 29 November, Bernama memetik Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah sebagai berkata kerajaan telah menjalankan kajian yang “agak lama dan komprehensif” mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

    Saya tidak berhasrat berbahas mengenai semantik dengannya, tetapi saya rasa kurang selesa apabila dia berkata kajian itu “agak lama dan komprehensif.”

    Mengapa agak lama dan agak menyeluruh? Mengapa tidak lama dan menyeluruh? Bagi cadangan yang sangat penting macam GST ini, kerajaan tidak boleh main agak-agak.

    Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang Ahmad Husni janjikan.

    Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.

    Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.

    Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.

    Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.

    GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

    Kali terakhir GST dibangkitkan adalah pada tahun 2004 apabila Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang cukai itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari, 2007.

    Bagaimanapun, menjelang tarikh itu Pentadbiran Abdullah mengalami krisis kewibawaan dan keyakinan yang serius dan banyak cadangan tidak dilaksanakan.

    Bercakap kepada pemberita di Gopeng, Ahmad Husni berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

    Ini bermakna GST menjadi pilihan kerana ia adalah sistem percukaian yang paling luas asasnya dan paling produktif. Ahmad Husni berkata kerajaan menjangka pendapatan tahunan meningkat RM1 bilion dengan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

    Pada 21 November, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan yang rang undang-undang berhubung GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat sekarang.

    Cara pemerintah dan media massa kawalannya menghebah dan memperjelaskan GST akan menentukan penerimaan atau penolakan rakyat jelata terhadapnya. Ini sangat relevan kepada Barisan Nasional kerana pelaksanaan cukai baru itu hampir dengan pilihan raya umum akan datang.

    Menurut Ahmad Husni, GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan. Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September, 2011.

    Logiknya kadar GST lebih rendah daripada kadar Cukai Jualan (5-15 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (lima peratus). Di negara jiran Singapura kadar GST adalah tujuh peratus manakala Negeri Thai dan Indonesia 10 peratus. Ada ramalan mengatakan kadar yang akan dikenakan di Malaysia lebih rendah daripada itu – di sekitar lima peratus.

    Seperti yang pernah dihujahkan oleh ketua bahagian percukaian tidak langsung firma perakaunan KPMG, Philppe Norre, cukai GST perlu dirangka dengan sebegitu rupa agar berkesan dan di masa yang sama tidak menyusahkan pembayar cukai.

    Beliau berkata hanya bahan makanan asas dan perkhidmatan seperti kesihatan, perubatan dan pendidikan perlu dikenakan cukai paling rendah. Satu struktur yang mudah dengan hanya satu atau dua kadar adalah lebih berkesan dan berjaya. Tambahnya kebanyakan negara yang mengamalkan GST mengenakan satu kadar sahaja.

    Kesimpulannya, pertama, tidak ada cukai yang tidak membebankan. Itulah sebabnya dalam bahasa ekonomi, kewangan dan fiskal disebut beban cukai (tax burden). Bagi GST ini, beban yang dianggarkan adalah RM1bilion yang berupa penambahan hasil kerajaan.

    Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

    Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada PKI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

    Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

    Terima Kasih.

  15. Syafie says

    Cukai dan GST

    Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan isi penting berkenaan isu ini dan juga data tentang dasar percukaian negara seperti yang telah di bentangkan semasa belanjawan 2010 pada Oktober yang lalu.

    Isu yang sedang saya kupas;
    1) Dasar percukaian sedia ada
    2) Perubahan yang telah dijadualkan
    3) Impak dan keberkesanannya terhadap rakyat

    Di samping itu, ia juga mungkin akan menyentuh sedikit sebanyak tentang Dasar Automotif Negara (NAP) yang heboh diperkatakan sejak dua (2) bulan yang lalu.

    Saya meminta maaf kepada semua kerana masih belum dapat menyiapkan nota penuh berkenaan isu ini. Fasa 2 projek kami baru bermula, jadi keadaan agak kelam kabut dan kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam.

    Walaubagaimanapun, saya akan cuba menyiapkan nota tentang isu ini dengan sebaiknya dan selewat-lewatnya pada 7 Disember nanti.

    Terima kasih.

  16. Syafie says

    Kepada semua,

    Saya melihat ada satu lagi isu penting yang masih belum disentuh. Jika kita lihat, isu-isu berkaitan masalah kebuluran dan sumber makanan menjadi masalah global. Saya tidak pasti adakah isu global juga menjadi salah satu topik penting dalam PAC sebelum ini. Diharap pihak Admin dapat memberikan pandangan.

    Apa yang kita perhatikan, isu makanan sedunia telah menjadi satu topik penting di mana satu forum global telah diadakan mengenainya. Lanjutan dari itu, kita dapat mengaitkannya dengan bidang bioteknologi yang sedang hangat diperkatakan.

    Satu lagi pendekatan yang mungkin boleh menjadi perhatian, tentang hasrat PM kita, DS Najib untuk menjadikan Kawasan Felda sebagai gedung makanan negara. Perkara ini telah dicadangkan semasa beliau merasmikan ulang tahun Felda pada awal tahun yang lalu.

    Jika kita imbas, isu sumber makanan sedunia telah mengaitkan semula tentang cadangan ini. Mungkin kita boleh dapatkan sedikit rujukan berkaitan isu ini kerana ia akan merangkumi hal-hal lain seperti bencana alam di mana ia akan turut mempengaruhi perolehan sumber makanan.

    Cadangan dari saya. Sekian, terima kasih.

  17. am says

    good job to all! maybe topik 1malaysia juga akan dibincangkan selain isu cukai.

    pasal cukai, sekadar kongsi idea:

    sebelum pelaksanaan: akan berlaku peningkatan perbelanjaan bagi barangan tertentu sebelum perubahan harga akibat cukai barangan dan jualan, ekoran perbelanjaan hadapan dilakukan lebih awal mengambil peluang harga yang masih belum dinaikkan. perkara seperti ini berlaku di negara-negara lain bila mana GST dilaksanakan. biasanya bulan sebelum bulan pelaksanaan, kita akan lihat kenaikan mendadak kadar harga pengguna (inflasi).

    setelah pelaksanaan: kenaikan harga pengguna yang tiba-tiba berlaku ekoran jangkaan pelaksanaan GST tidaklah berterusan. hanya berlaku untuk jangka pendek (seketika atau dalam kata lain “a blip”). jadinya, kesan sebenar pada harga umum dijangka adalah tidak begitu membimbangkan.

  18. Aizat azros says

    Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China.

    Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

    Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.

    Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius.

    Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.

    Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal.

    Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?

    Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

    Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

  19. Wan says

    Salam Admin.. boleh lg tak sy dpt kan risalah pre-pac yg dah lepas tarikh tutup aritu?.. harap sgt boleh.. tq admin..

  20. ckin says

    hi sume.. just nak share info lah
    pre-PAC 06/12/09 kat INTENGAH smlm.
    utk sessi english, kitorang kna discuss psl 1 senario world war 3. who should be survive? doctor?engineer?farmer? elder women? pregnet lady? lawyer? etc…..
    utk debat ala parlimen, tajuknye ‘blogger ancaman kpd media arus perdana’

    so rsanye utk pre-PAC next week dah tajuk lain kot sbb pre-PAC 05/12 pun tajuk lain.

    so all de best for u all yg akan attend next week

  21. am says

    ckin, dulu time aku pegi BTN dulu pun diskus benda yg sama, who should survive.. tapi role play, kena defend diri sendiri sbb dia define character/role for each individual. jadi kalau kita jadi farmer kena defend kenapa farmer patut survive, kalau kita tak dpt defend kita akan kena voted out.. interesting la, creative thinking…

  22. bieryn says

    hye guys,
    hrp korang dpt bagi komen atau sharing sedikit pendapat tentang isu kedatangan pendatang asing di negara kita..apa korang setuju kalau saya mengatakan bahawa kedatangan PATi ke negara kita sebenarnya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan terutama dari segi ekonomi,politik dan sosial..kalau korang setuju bolehlah bagi sedikit pendapat dan pengetahuan korang..