PAC Jun 2009: Aktiviti?

Syabas dan tahniah untuk yang dah berjaya melalui sesi PAC baru-baru ini di INTURA. Selepas ujian PAC tersebut ada yang mengadu sakit dan lenguh kaki tangan, tapi tak apa, yang penting anda sudah selesai melaluinya. Mudah-mudahan anda berjaya.

Bagi yang belum, teruskan latihan anda dan buat apa yang patut seperti yang sudah dikongsikan dalam post-post Persediaan PAC 2009 sebelum ini. Ianya membantu dan mendapat feedback yang positif dari pembaca blog ini. Ada yang bertanya apakah aktiviti yang dijalankan sepanjang satu hari PAC Jun di Intura baru-baru ini? Secara umumnya saya katakan, ianya sama seperti PAC format satu hari yang sebelum ini, jadi anda boleh semak apa formatnya. Anda juga boleh meneliti entri-entri di blog ini kerana ada perkongsian pembaca di bahagian komen. Anda geledah lah semuanya!

Mengenai tajuk isu semasa, ianya tidaklah sesukar yang dijangkakan. Asalkan anda tahu perkembangan semasa dan rajin membaca akhbar ianya tidak akan menjadi masalah untuk anda. Rasanya apa yang penting dalam nilaian ialah keyakinan anda dalam berhujah dan memberikan pandangan di samping kematangan dalam mempertahankan hujah anda. Anda boleh lihat huraian saya dalam buku ‘27 sebab kenapa calon Gagal Ujian PTD’ bagaimana nak melontarkan idea.

Untuk calon-calon PAC Julai, selamat berjuang, dan diharapkan agar anda suksess dalam ujian ini khas dari team TipsPTD

Related Posts with ThumbnailsShare This Post

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , ,

5 Responses to “PAC Jun 2009: Aktiviti?”

  1. Azlan Says:

    Syukur Alhamdulillah .. sudah selesai PAC hari ini…

    pheww….

    TQ to tipsptd admin,

  2. Zam Says:

    Fuh..letih giler..Sampai pagi ni rasa sakit seluruh badan..Tu pun nasib baik ada buat persediaan untuk aktiviti kecergasan…kalau tak, dah pengsan agaknya..hehehe..
    Anyway, kepada yang dah selesai PAC, good luck to u all..

  3. admin Says:

    gud luck untuk azlan dan zam jugak. gembira klau entri di blog ini membantu sedikit sebanyak.

  4. mila Says:

    syukur dah selesai….tapi debaran kali ni menunggu result. Tahu tak, bila keluar senarai temuduga dan bila pengambilan PTD ni? Ada doa atau surah nak dibaca untuk amalan semoga berjaya PAC?

  5. admin Says:

    mila, teruskan berdoa mudah mudahan anda berjaya. biasanya jarak antara exam-pac-temuduga antara 4-5 bulan. tiada tarikh yang tetap.

Leave a Reply

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia