Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Ada yang dah mula menerima surat rasmi panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk sesi PTD Assessment Center yang bakal diadakan pada 3,4 dan 5 Julai 2009. Untuk yang lulus ujian bertulis PTD sebelum ini, nantikan surat panggilan sampai ke rumah anda. Anda juga boleh menyemak terus di laman web rasmi di SEMAKAN Jadual PAC (klik di SINI)

Format kali ini ditentukan 1 hari dan bukan 3 hari seperti yang digembar-gemburkan tapi dengan sedikit perbezaan. Mungkin ramai yang perasan semasa ujian bertulis dulu tiada bahagian Syahsiyah Diri seperti kebiasaan, rupanya bahagian itu dibawa penilaiannya untuk pre-PAC sesi Julai 2009. Sedikit perbezaan untuk tahun ini. Apa-apa pun untuk details maklumat anda boleh semak pada surat panggilan tersebut.

Anda masih ada lebih 2 minggu untuk persediaan sebelum ujian bermula dan adalah dinasihatkan agar anda membuat persediaan yang rapi untuk berjaya kali ini. Mulakan aktif dalam membaca akhbar dan peka kepada isu semasa sekarang sama ada dalam dan luar negeri. Rasanya format tidak banyak berbeza untuk PTD Assessment Center 2009 (PAC) kali ini. Jangan lupa, rancang perjalanan anda supaya ianya berjalan dengan lancar dan tenang. Jangan gelabah, percaya lah, anda boleh melakukannya!

Inshaallah, beberapa post berkaitan dengan PTD Assessment Center (PAC) akan dihasilkan untuk membantu anda dalam persediaan menghadapi ujian PAC ini dari semasa ke semasa.

Related Posts with ThumbnailsShare This Post

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

30 Responses to “Panggilan PAC 2009 Sesi Julai”

  1. firdaus Says:

    Admin yg dikasihi,

    Saya agak keliru dgn PAC sehari ini.
    Saya sudah check saya punya jadual PAC di laman web yg diberikan oleh saudara.

    Apa yg saya lihat ialah Tajuk Peperiksaan: Ujian Sahsiah dan Minat. Kod Skim: PAC. Masa: 2pm-3pm.

    Adakah ia hanya sebuah ujian bertulis kerana sejam sahaja?
    Adakah tiada penilaian fizikal atau aktiviti berkumpulan atau debat seperti apa yg tertulis di blog ini?

    Bolehkah saudara menjelaskan kekeliruan ini?

    Terima kasih.

  2. admin Says:

    mmg ada sedikit kekeliruan di sini. Tapi yang penting nama saudara sudah ada untuk panggilan PAC. Nantikan surat panggilan kerana pada surat panggilan itu tetap dinyatakan yang saudara kena menghadiri PAC ini dari pukul 8 – 5.30ptg iaitu 1 day course. Tentang aktiviti yang perlu dilalui oleh saudara juga dinyatakan dalam surat itu.

  3. mila Says:

    mesti ada differential dalam course modul untuk PAC kali ini. Saya yakin ia tidak akan sama dengan PAC sebelum ini. Boleh tak berikan ape2 saje gambaran yang anda ketahui dari semasa ke semasa…..semoga kita semua tidak mengalami kejutan dengan setiap perubahan yang berlaku nanti….

  4. ahmeng Says:

    http://rancakdisitu.blogspot.com/2008/12/ah-meng-mengupdatekan-hal-ehwal-semasa.html

    kawan2 boleh baca posting saya seperti berikut. diharapkan sedikit sebanyak membantu anda menemui pengalaman baru di PAC nanti. all da best.

    tq

  5. admin Says:

    mila tu ahmeng dah post kan detail pengalaman punya. mmg layan jugak untuk di baca. hehe. tQ ahmeng untuk perkongsian itu

  6. ahmeng Says:

    enjoy to all future Malaysian Administrative and Diplomatic Officers!

  7. wan Says:

    emm ingatkan 3 hari.. huhu dah dpt surat panggilan pun still confusing lg..

  8. norbanon Says:

    admin yang dihormati,

    Bolehkah wanita yang mengandung 5 bulan macam saya ni menghadiri ujian PAC?? Rasa nak pergi tapi takut awal-awal kena reject atau saya perlu tunggu next session saja.

    Thanks.

  9. admin Says:

    pernah juga ada kes pasal wanita mengandung menghadiri PAC masa zaman 3 hari course dan nak tau tak? dia berjaya melepasi ujian tersebut! go ahead. yang penting tunjukkan kesungguhan anda.

  10. eila Says:

    huhu..cuak dan berdebar rse nye nk g pac 3-5july..seperti yg en. admin replay kpd firdaus 1day course 8-530 ptg.1day je ke??kt schedule smpai ahad 5july..nway sy ddk di selangor tp kn di ikwas kluang johor..npe xanta yg kt k.l..bley tkr tk tmpt pac???hehe acah je..memandang kan sy kureng skit dlm pengucapan BI..any tips…huhuhu,kpd org2 diluar sn yg mempunyai amanat2 bergune…sila2 lah turun kan ape info mengenai PAC..huhu

  11. ahmeng Says:

    again,

    ahmeng 012-6346866

    TQ

  12. admin Says:

    ~eila
    kalau tak salah saya kat surat tu dia cakap bila awak kena daftar kan sama ada 3, 4 atau 5 haribulan. mengikut kefahaman saya mcm tu lah, hanya satu hari. bagaimana dgn yang lain yang dah baca surat? ada kefahaman lain kah? sadis jugak ni. hee~

  13. norbanon Says:

    Bila tengok sekali lagi surat panggilan tu,memang bit confusing sebab pendaftaran pada 26 jun kat INTURA(Jumaat), seems like 1 day course.Tapi bila refer kat jadual penuh ,rupanya sampai hari Ahad….means that 3 days course jugak la kan. By the way, really appreciate your advice…like you said…go ahead..

  14. nulu Says:

    eh,, saya kene hadiri PAC di INTURA pada 26.06.09 nanti.. lain ke dengan julai neh..

    saya pun dapat surat nyatakan 3 hari.. 26-28.06.09.. meby saya kene cek semula samada bila saya kene g PAC tu.. tp bile cek kat SPA kene 26.06.09 la pulak..

    confius neh..

    ujian sahsiah n minat neh xdek tips ke nak jawab camne.. takot kalu jawab jujur sangat, x lulus pulak.. aish.. hurm.. ujian neh camne sebenarnya… uhuhu.. blur la pulak

  15. nulu Says:

    ah.. lupe lak nak tanya.. saya akan grad bulan 8 nanti, so mmg dah sah2 la kan saya tadek scroll. tp transkrip ade,, dalam surat menyatakan saya perlu sertakan scroll n transcrip skali.. jika tiada scroll adakah bermakna saya secara automatiknye x layak untuk pergi PAC neh.. uhuhu

  16. admin Says:

    ~norbanon
    nanti semak smula. rasanya satu hari je,saya pulak yang konpius skrg ni! ehehehe. btw gudluck untuk anda

    ~nulu
    begitu juga yang saya dengar, tapi awak boleh konfemkan ngan SPA mcm mana. boleh call direct tanya diaorg. dulu tak ada masalah bawak transkrip, tapi skrg mcm ada problem jugak

  17. syahbani Says:

    salam semua,
    baru sekejap tadi (8.25pg) saya ada call SPA, diorang inform yg utk PAC (saya kena dekat INTURA)akan dijalankan selama satu hari sahaja.

  18. carlzafran Says:

    A’kum…
    sy pon confius. In offer letter stated 26 june 2009 but refer to schedule we have 3 days. my opinion is probably 1 day only and other 2 days might be other group.
    Better call INTAN.

  19. MAFA Says:

    Salam kengkawan,

    saya dah telefon SPA last week, kursus tuh sehari jer on 3rd July, yang june nyer tak berapa pasti pulak. Perbezaan July & June pon saya tak pasti.

    Lagi satu confuse, sekiranya terpilih ke PTD, akan terus posting or ada 2nd round interview sebab ada yg lepas course terus kene posting, ada plak yang interview dulu, dah lulus baru posting, dua2 pon ada… confuse mana satu nieh

  20. admin Says:

    terima kasih untuk yang telah memastikan dengan pihak SPA yang pac kali ini ialah satu hari dan bukan 3 hari.

    sebiasanya, selepas pac, akan di interview dan selepas itu baru dilantik menjadi ptd.

  21. MAFA Says:

    Ah Meng,
    saya dah baca posting awak, very useful so ada masa untuk wat preparation apa yang patut dari sekarang, thanks a lot.

  22. fhana Says:

    ahmeng.. thanks for the info.. really2 useful…

  23. huda Says:

    Salam admin,

    Nak tanya skit.
    Saya dipanggil untuk PAC 4hb July ni di INTENGAH.
    Dalam surat tawaran ada checklist yg mengatakan saya perlu bawak skrol degree dan tanskrip.
    Tapi utk pengetahuan admin, saya belum konvo lagi dan pada saya hanya ada Surat Senat yang mengesahkan sy dah habis belajar.
    Klau kes begitu, boleh diterima atau tidak?
    Saya takut kene dihalau keluar. Fyi, sy penah pegi interview utk jawatan kontrak dan dihalau keluar kerana tak ada skrol.
    Please advice.

    Thanks in advance, admin

  24. admin Says:

    huda, anda mmg dikehendaki membawa skrol, setakat pengetahuan saya, transkrip dan surat pengesahan tidak diterima.. dan anda sendiri ada pengalaman dalam hal ini. ianya banyak berlaku pada graduan dari uia, mungkin anda salah seorang graduan uia?

  25. ahmeng Says:

    how come smpai kene halau?? company apa yg nak halau2 ni? PAC tu u bawak je surat senate. should be okay

  26. huda Says:

    Admin, Fyi,saya graduan UTeM.
    My uni previously was a kolej universiti.
    So as they quote bil pelajar tak ramai
    So konvo sekali setahun je.
    And it will be on Oct (supposedly August tapi bulan puasa).
    Sy habis belajar Dec 2008.

    Erm my fren dh tanye pegawai yang handle PAC ni smlm.
    Die cakap surat senate boleh.
    So sy assume boleh la kot.

    Ahmeng, masa saya kena halau tu masa apply jawatan kontrak utk KPM.
    Yg walk in interview secara besar-besaran seluruh negara tu.
    Dahla 2 hari (supposedly satu ari jek tapi bil yg dtg terlalu ramai).
    Aleh-aleh pulang dgn tangan kosong.

  27. huda Says:

    Alhamdulillah,

    semuanya berjalan lancar.
    sape yg takut2 nak pegi PAC tu, jgn gusar.
    memang bestt!!

    to Admin,
    alhamdulillah urusetia terima surat senat sy tu. hehe!
    mula2 cuak gak
    tapi gamble je
    tp die tanye, “you ni cikgu ke?”
    kalau cikgu nape?
    tak boleh apply ke?

    to AhMeng,
    thanks for the support!

  28. admin Says:

    alhamdulillah, hepi dgr tak ada masalah dgn surat senate. tapi mmg ada kes yang surat senate pun tak lepas. pasal cikgu tu mmg kali ni baru dengar, sblm ni mmg tak dgr. ada email dari pembaca blog bgtau ada pengumuman masa shahsiah diri cakap cikgu tak boleh.

  29. ABU Says:

    Salam..

    Ada sesiapa dari PAC July 2009 dah dapat surat untuk temuduga ker?

    Terima kasih..

    Abu

  30. khoo jye Says:

    ~abu…

    rasanya surat panggilan temuduga belum dapat…tapi result untuk PAC bulan julai dah keluar 04/08 iaitu semalam….

    pada yang lulus..tahniah…pada yang gagal…boleh cuba lagi…jangan putus asa…

Leave a Reply

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia