Pegawai Tadbir Diplomatik – Satu Pengenalan
Anda datang ke sini kerana anda mahu menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kan? Ianya merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa…….
Menyusur sejarah, skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik.
Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya kalu dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.
Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik
Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel ptd untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidak lah semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik
Bacaan tambahan:
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik
- Pegawai Tadbir Diplomatik di Tips PTD
- Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik
- Pegawai Tadbir Diplomatik di setiap Jabatan?
- Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Jun 2011
Entri Berkaitan
Tags: menjadi PTD, nak jadi ptd, pegawai tadbir






April 6th, 2009 at 8:53 am
Salam…
Wah… Nak jadi ptd.. Tanggungjawab besar..
April 6th, 2009 at 9:15 am
kongsi2 maklumat. maklumat yg ada sikit2 kalau dikongsi bertambah manis. huhu
July 6th, 2011 at 11:49 am
sper y g xam ptd 16jul?
July 6th, 2011 at 12:08 pm
saya exam dekat titiwangsa.
July 8th, 2011 at 7:52 am
sy dpt exam di sepang
July 8th, 2011 at 7:53 am
admin,
nk tanyer… PTD ASSESSMENT CENTER (PAC) EXAM JUGAK KE?
July 8th, 2011 at 3:53 pm
salam/slmt sjhtera admin..
juz asking, takde ke entry2 yang membincangkan tntang isu-isu semasa kat page nie?
thanx
July 9th, 2011 at 2:42 am
PTD assessment center adalah peringkat selepas lulus ujian bertulis. Ianya mencakupi kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi dan ujian fizikal
July 10th, 2011 at 11:12 am
salam admin..
saya dah beli set soalan+tips PTD yg bernilai RM80.mcm mane nak open @ download ye.saya dah try tp x dpt le :p tlg bantu saya ye..tq
July 11th, 2011 at 5:25 am
w/salam
Dalam laman download tersebut disediakan video bagaimana untuk download. Harap video tersebut akan membantu anda =)
July 11th, 2011 at 11:50 am
admin..saya dh beli thn lepas.. xdapat update ker? TQ
July 11th, 2011 at 9:33 pm
ini percubaan kali kedua saya menempuh exam ini stelah gagal di peringkat PAC mac lalu
ERmmm xtaw lak SPA panggil lagi untuk exam kali nie
SYukur alhamdulillah mungkin nie peluang saya untuk terus mencuba
Rakan2 lain GUD LUK!
July 12th, 2011 at 1:19 am
salam saya nak bertanya, kalau saya ingin beli complete set utk ujian ptd ni berapa harga nya?adakah saya kena tambah kesemua harga2 buku yang telah di nyatakan?
sekian terima kasih
July 12th, 2011 at 3:31 am
salam.sape exm ptd 16jly ni kt uniten?tq.
July 12th, 2011 at 1:15 pm
salam..
wah..gugup plak rasanya nak amik exam ni setelah dgr cite byk org gagal.hhmm.dulu first time panggil amik exam, x pegi pn.skrg ni nak cuba.
Insya Allah, kalau PTD rezeki saya, xkan ke mana.
July 13th, 2011 at 9:41 pm
macamana nk isi borang pengesahan pembelian ni?
dari tadi cari xjumpa…..kat mane nk download and isi? saya dah wat pembayaran tadi.
urgent
tqvm
July 14th, 2011 at 1:44 pm
@Siti Salina, emailkan bukti pembelian ke tempahangred41@gmail.com
August 25th, 2011 at 9:43 am
Salam.
Baru selesai membeli produk untuk ujian PTD. 10 Sept akan menghadapi exam di Ipoh
November 10th, 2011 at 1:09 am
salam
semoga dapat dikongsikan pengalaman menjalani ujian pac kerana saya bakal menjalani ujian pac pada 12-13 nov ini di INTIM.