Pemakaian Temuduga PTD: Pilih Kemeja

Tips pemakaian temuduga ini akan dibahagikan kepada beberapa post. Untuk etika pemakaian temuduga pegawai tadbir diplomatik, anda boleh rujuk entry sebelum ini dan bagaimana pakaian cadangan yang dicadangkan oleh Saudari Noorahayu Yahya. Harap perkongsian ini bermanfaat. Ini adalah perkongsian Saudara Syukri :)

kemeja ptd

  1. Kemeja yang dipakai hendaklah berlengan panjang. Bukanlah tidak boleh memakai lengan pendek, tetapi gaya professional lebih terserlah apabila anda memakai kemeja berlengan panjang.
  2. Warna kemeja juga memainkan peranan penting. Kalau boleh elakkan kemeja yang berwarna ‘striking’ seperti merah pekat, oren, mahupun hijau pekat atau hitam. Ini akan mengganggu penemuduga anda. Sebaiknya gunakan kemeja yang berwarna lembut, seperti biru, kuning, dan ‘pink’. Seeloknya anda hadir dengan memakai warna putih, lagi selamat.
  3. Dalam memilih corak kemeja, adalah disarankan supaya anda memilih kemeja kosong tanpa corak stripes mahupun kotak. Ini dapat memudahkan anda dalam membuat pemilhan warna untuk tali leher.
  4. Untuk memakai selain dari kemeja kosong, pakailah kemeja stripes. Seeloknya pilihlah kemeja yang bersilang dari atas ke bawah. Sekali lagi, stripes serta wanar latar kemeja itu juga mestilah lembut dan tidak berlatarbelakangkan warna hitam.
  5. Elakkan kemeja yang bercorak kain pelikat, iaitu kemeja kotak-kotak, samada kecil atau besar kotaknya.  Ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kelakar dan susah untuk mencari tali leher yang sesuai.
  6. Seeloknya kemeja anda biarlah berkolar. Jangan pakai kemeja ala nasyid kumpulan Raihan. Ini menyebabkan anda tidak boleh memakai tali leher yang seterusnya mencacatkan imej anda nanti.
  7. Kesilapan utama dalam pemakain kemeja  adalah anda melipat lengan baju anda itu sewaktu ditemuduga. Maka, elakkan melipat lengan baju walaupun panas ketika itu kerana ia menjeaskan penampilan anda. Biarkan lengan kemeja anda berbutang.
  8. Kebanyakan kemeja lengan panjang ada dijahit sekali dengan butang di lengan bajunya. Namun, seandainya tiada, adalah lebih baik digantikan dengan cuffling, yang akan member markah bonus untuk anda dalam sesi temuduga itu. Tips : Cuffling membuatkan anda kelihatan mewah dan professional.
  9. Peluh akan kelihatan apabila anda memakai kemeja terutamnya kemeja yang polos tanpa corak dan ini akan menggangu penampilan anda. Seeloknya pakailah singlet atau pagoda di dalam untuk mengelakkan kesan peluh anda dilihat terutam di bahagian ketiak dan juga belakang badan anda.
  10. Dan seterusnya, yang paling penting, seandainya semua langkah di atas sudah dipenuhi, anda hendaklah pergi ke sesi temuduga dengan baju yang bergosok. Walau lawa pun corak baju anda, namun apabila ianya tidak digosok, ini akan menyebabkan ada akan dipandang negatif oleh penemuduga itu.

Perkongsian Saudara Syukri (UKM Graduate)

No related posts.

Most Commented Posts

6 Responses to “Pemakaian Temuduga PTD: Pilih Kemeja”

  1. X Putus Asa PTD Says:

    Salam & Slmt Sejahtera semua
    saya ingin tanye, terutamanya kepada admin, bilakah tarikh seterusnya bagi ujian PTD?
    TQ

  2. admin Says:

    tarikh rasmi belum diumumkan lagi, tetapi jadual perancangan yang dikeluarkan SPA, ianya akan diadakan pada Julai

  3. X Putus Asa PTD Says:

    lewatnye? tahun lepas bulan februari dan ogos ..

  4. ean Says:

    Salam & selamat sejahtera

    Bagaimana pula tips pemakaian temuduga PTD utk calon wanita?

    Terima kasih

  5. Mr Fredo Says:

    Saya telah membelanjakan RM40 just for nothing. Sekadar info ciput yang sememangnya telah maklum dan diketahui.
    Gambaran menunjukkan seakan rm40 itu adalah sebuah buku panduan / rujukan dan sebagainya seperti buku MTEST KPLI. berkat ke dapat duit macam tu…???

  6. admin Says:

    boleh rujuk komen2 pembeli lain yang berjaya dan merasakan ianya membantu di http://tipsptd.com/blog/keputusan-peperiksaan-exam-gred-41-sesi-april/

Leave a Reply

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Team Tipsptd

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia