Persediaan PAC Julai 2009: Checklist
Entri kali ini ialah entri terakhir dalam Siri Persediaan PAC Jun/Julai 2009. Esok sudah ada calon yang bakal menghadapi Program PTD Assessment Center dan harapan kami ialah anda mengharunginya dengan penuh keyakinan dan persediaan. Entri ini akan menyentuh 2 perkara penting iaitu checklist dan juga persediaan rohani.
Senarai Semak keperluan Ujian PAC 2009
- Surat panggilan temu duga Program PTD Assessment Centre.
- 2 keping gambar berukuran passport.
- Skrol ijazah dan transkrip penuh (ASAL & SALINAN).
- Sila cetak borang profil peserta (I dan II) untuk diisi dan diserahkan sewaktu anda mendaftar pada tarikh, masa dan tempat seperti di atas. Download borang di SINi
- Jangan lupa membawa peralatan tulis (pensil 2B dan pemadam pensil) untuk tujuan Ujian Sahsiah
- “Track bottom” berwarna gelap dan baju t-shirt putih berkolar (Pakaian hendaklah bersopan).
- Kasut sukan yang bersesuaian.
- Sila ambil kira keperluan untuk pakaian bersolat (Muslim).
Peringatan
- Semasa pendaftaran, anda dikehendaki memakai pakaian pejabat.
- Sila ambil maklum bahawa penginapan tidak akan disediakan untuk bermalam.
- Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan peluang anda dalam urusan ini.
Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting sepanjang ujian PAC ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan bersesuaian dengan ujian PAC ini ialah;
- Surah Al-Inshirah
- Doa dipermudahkan “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”
Bacalah dua benda ini sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh. Selamat berjaya untuk semua calon Ujian PAC 2009 dan semoga berjaya melayakkan diri untuk temuduga PTD pula nanti!
Entri Berkaitan
Tags: apa yang dinilai dalam PAC, berjaya PAC, doa tenang hati, lulus ujian PAC, persediaan PAC






June 25th, 2009 at 5:38 pm
thax for the remind..wish all the best utk yg stat pac 2 moro…my turn nx week..huhu..t jgn lupe share k…gud luck again!!!!!!!!!!!!!
June 25th, 2009 at 9:46 pm
gud listing. kena print out ni! hehe. mine punya minggu ni ni intura! gementar jugak la
June 26th, 2009 at 9:54 pm
Hai. Saya ada dua soalan:
1. Boleh saya tahu samada salinan sijil dan transkrip perlu disahkan atau tidak?
2. Adakah perempuan bertudung juga mesti memakai t-shirt berkolar?
June 27th, 2009 at 7:49 am
setiap salinan mestilah disahkan. untuk wanita bertudung, pakailah pakaian yang bersesuaian dengan anda. yang diberikan itu hanya general guidelines dari intan, yang penting ianya putih
June 29th, 2009 at 11:37 am
general guidelines? maknanyer kalau pakai baju lengan pendek dan trakck bottom warna cerah…ia masih diterima dan tidak akan dinilai?? mcm tuh ker??
June 29th, 2009 at 10:24 pm
seeloknya ikut lah apa yang disarankan, track bottom gelap n t-shirt putih berkolar. saya tak pasti dgn penilaian, tapi anda bakal anda mendedahkan diri anda kepada ‘perhatian’ sekiranya berpakaian berlainan dari org lain. hehehe
June 30th, 2009 at 6:36 pm
salam..
just wondering..
PAC neh sbnrnye brape ari?
sbb tak d nyatakn dlm surat..
June 30th, 2009 at 8:31 pm
w.salam ‘ilie, PAC nih hanya satu hari sahaja dan bukan 3 hari.
July 1st, 2009 at 11:38 pm
Boleh admin sarankan, bagaimana pemakaian yng terbaik utk lelaki?
Blazer,warna tie,warna baju etc..
Then klu baju sukan putih keseluruhan?kolar tidak boleh warna hitam
?hmm sometimes quite complicated but everything in PAC is EVALUTION.hmmm should be DETAIL. Thanks for ur respons
July 2nd, 2009 at 3:37 am
mengikut feedback peserta pac intura baru2 ni (rujuk ruangan komen kat http://tipsptd.com/blog/persediaan-pac-julai-2009) tak perlu blazer.
bagi saya seluar hitam, baju warna plain dan tie yang contour warna berlawanan (kalau baju biru cair, tie biru gelap dan sebaliknya) sudah memadai. mengenai baju, senang crita putih semua. play safe..
July 6th, 2009 at 3:41 pm
salam.PAC july 2009 sudah selesai..saya di INTAN kemaman..thanx kpd tipsptd.com krn tlh byk membantu…guys yg PAC kat kemaman apakata kita wat group di frenster…or facebook…mesti meriah ni….juz a suggestion…
July 7th, 2009 at 9:08 pm
fuhh..alhamdulillah dh selesai PAC.. saya pun di INTIM, 4hb..mgkin sama dgn aziah..2 3 hari jugak terasa sakit2 badan..hehe..apapun gembira dpt abiskan ujian fizikal dan jugak dpt keluarkan botol air dr petak tu dgn kerjasama rakan2 group 21..cayalah…
July 16th, 2009 at 4:38 pm
admin..
bila eh keputusan PAC akan keluar? yg sesi julai 2009 ni
July 20th, 2009 at 2:32 pm
Salam..
sy merupakan salah seorang drpd calon PAC julai di INTIM..
Memang mencabar la ujian dia..hmm x taula mcmana
terserah pada rezki ek…
Admin,
Cuma yang menjadi persoalannya,
kenapa saya msh dipanggil utk ujian bertulis bln 8 ni ek?
yg hr 2 pnye dah bleh tau ye lulus ke tak?
huhuuu
camanae ek?
July 21st, 2009 at 5:56 pm
hi – saya pun keliru; bilakah keputusan PAC keluar? i.e. sama ada kita maju ke peringkat temuduga; bila saya layari laman spa, tiada apa-apa maklumat
Juga, kawan saya dan saya sudah dapat panggilan utk duduki ujian bertulis bulan ogos – adakah ini bermakna bahawa kita gagal PAC bulan Julai? kelirunya…
August 2nd, 2009 at 4:50 pm
fars dan tasa. panggilan untuk exam bukan bermakna anda gagal PAC. ianya panggilan kerana nama anda masih ada dalam senarai pemohon. nasihat saya, pergi sahaja exam itu. results pac belum keluar kebiasaannya mengambil sehingga 5 minggu untuk keluar
August 11th, 2009 at 2:57 pm
apa yg akan dinilai dlm aspek kecergasan?
December 4th, 2009 at 4:18 pm
Salam..
Saya bakal menduduki PAC pada 11 Dec 2009 ni di INTENGAH..soalan saya ialah betulkah PAC kali ini yang hanya 1 hari ada 4 aktiviti sahaja? yang saya dengar:
1. sesi perbincangan isu semasa berkumpulan (BI)
2. sesi perbahasan isu semasa berkumpulan (BM)
3. ujian sahsiah diri dan minat
4. ujian fizikal
yang memberi tahu ini adalah kawan saya yang sudah pun lepas PAC dan sekarang lulus dan sudahpun bekerja di kementerian. TQ
December 4th, 2009 at 4:39 pm
ya betul 1 hari sahaja sekarang.