Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan

Terlepas pandang kami tentang tarikh PAC rupanya akan berlangsung selama 2 sesi iaitu 26 – 28 Jun dan 3 – 5 Julai. Jadi ada yang minta pihak tipsptd mempercepatkan entri berkaitan. Akan diusahakan, kita tengok macam mana. Apa-apa pun diharapkan untuk yang bakal menghadapinya lebih awal iaitu sesi 26-28 Jun, harap boleh berkongsi pengalaman untuk manfaat teman-teman sesi seterusnya nanti.

Jadi entri kali ini lebih kepada “Pelan Tindakan” untuk anda menghadapi Program PTD Assessment Center nanti. Secara kasarnya kita tahu melalui pengalaman yang lepas yang ujian PAC mencakupi beberapa penilaian yang secara kasarnya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu;

• Aspek pengucapan Bahasa Melayu
• Aspek pengucapan Bahasa Inggeris
• Aspek fizikal

Dalam penilaian pengucapan adanya sesi debat dan perbincangan di mana anda akan dinilai di situ dan penilaian fizikal adalah melalui aktiviti fizikal yang dulunya larian 2.4km dan yang terbaru 5 corak senaman fizikal. Walau apa pun pertukaran perincian format, 3 aspek penilaian ini masih menjadi tumpuan utama disamping penilaian nilai kendiri dan syahsiah.

Untuk masa yang singkat ini, apa yang perlu anda buat?? Kami ringkaskan 10 perkara ini dan ianya merupakan unjuran tindakan yang perlu anda lakukan  mulai sekarang!

  1. Beli dan baca akhbar Berita Harian/Utusan (aspek 1)
  2. Beli dan baca akhbar The Star/NST (aspek 2)
  3. Luangkan masa menonton Buletin Utama pukul 8 malam (aspek 1 dan 2)
  4. Fokus berita penting dalam akhbar dan berita tersebut dan buat sedikit catatan (aspek 1 dan 2)
  5. Khususkan pembacaan anda kepada beberapa kategori supaya anda tidak pening seperti **isu kesihatan (denggi, HIN1 etc), **isu nasional (KLCIC, bangunan runtuh etc), **isu sukan (prestasi bola sepak, jurulatih luar etc), **isu pendidikan (subjek tetap SPM, PPSMI etc) dan lain-lain isu. Pecahkan supaya anda nampak lebih objektif dan tersusun, ini akan memudahkan maklumat masuk secara teratur dalam kepala anda icon smile Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan (aspek 1 dan 2)
  6. Qoute beberapa kata-kata/statement rasmi tokoh, menteri dan badan berwajib dalam beberapa isu penting. Contohnya, **mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun ialah sebanyak 42 kes. Statement sebegini akan mengukuhkan statement anda nanti dan akan menarik perhatian (aspek 1 dan 2)
  7. Mula bermonolog sendiri dalam bahasa melayu dan Inggeris semasa memandu, berjalan dan ketika anda seorang diri untuk meningkatkan kelancaran susunan ayat anda (aspek 1 dan 2)
  8. Baca dengan kuat akhbar The Star/NST untuk melancarkan sebutan bahasa Inggeris anda (aspek 2)
  9. Buat sit-up, pumping, ketuk ketampi, jalan itik, joging dan apa2 yang difikirkan perlu untuk meningkatkan tahap kecergasan anda. Mengikut perkongsian, untuk ujian fizikal format 1 hari, rutin tugasan begitu berat dan menyakitkan otot bagi yang tak biasa. Jadi anda biasakan diri anda dengan semua aktiviti ini supaya memudahkan anda nanti tak kiralah apa bentuk ujian yang bakal pihak INTAN adakan, anda harus bersedia. (aspek 3)
  10. Buat semua perkara 1-9 secara intensif, dan ingat, usaha tangga kejayaan! (aspek 1, 2 dan 3)

Entri seterusnya akan membincangkan tentang Isu Semasa: 1 malaysia

This entry was posted in PTD Assessment Center (PAC) and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan

  1. mila says:

    dalam surat tawaran tu ada tulis yang perlu menghadiri ujian sahsiah dan minat..any tips atau teknik untuk jawab soalan ini dgn jayanya….lagi satu bagaimana cara mereka menilai melalui test ini….

  2. admin says:

    tips dari kami, jgn menipu. jadi diri anda, keluarkan semua yang baik dari diri anda dan simpan semua yang buruk. dengan cara ini, anda tidak menipu, cuba anda menyembunyikan keburukan anda.

  3. syikin says:

    sangat berguna, kadang benda ni biasa je, tapi kita tak buat. bila dah wat list mcm ni, sng ikut dan buat. kongsikan lagi

  4. admin says:

    ya btul tu syikin. benda ni biasa je, tapi kalau tak list out, kita lost jugak kadang2

  5. alma says:

    terjumpa kat ptd portal tadi blog ni. amat berinformasi. terima kasih untuk perkongsian maklumat ini. saya adalah calon pac 3 julai nanti, doa boleh lulus nanti!

  6. munirah says:

    to admin, i came across your blog while searching for infomation on PAC.Thank you for the valuable info..mmg sgt berguna.saya nak tanya pasal aktiviti fizikal.saya masih dalam pantang setelah melahirkan.adakah wajib bagi saya untuk membuat aktiviti fizikal tersebut?adakah ada pengecualian atau tugas alternatif bagi mereka yang tidak boleh melakukan aktiviti fizikal? terima kasih atas perhatian anda.

  7. admin says:

    anda boleh memaklumkan status anda kepada committee dan mungkin penilaian kepada anda dikurangkan. pernah ada peserta mengandung yang menduduki pac dan lepas tapi apa yang penting committee tahu status anda dan anda memberikan apa yang termampu. jangan cepat menyerah kalah. cuba sebaik mungkin

  8. Haya says:

    Thank you for the valuable info. Useful for upcoming PTD PAC this weekend (3July)!let’s pray hard k! :)

  9. Pingback: Persediaan PAC Julai 2009: Intro | Tips dan Panduan PTD

  10. Pingback: Persediaan PAC Jun/Julai 2009: Isu Semasa - 1Malaysia | Tips dan Panduan PTD

  11. mohd says:

    salam..thanx for the team for the good info..any tips untuk disember punye PAC..topik ape yg agak2 perlu penekanan?..

Comments are closed.