Rujukan Asas: Lantikan PTD
Nampaknya ramai yang berdebar menanti ujian bertulis PTD walaupun belum lagi diumumkan tarikhnya. Begitu juga yang masih berdebar tunggu results prePAC pun sama debarannya. Macam-macam khabar angin yang keluar sampai semua calon tak senang duduk. Inbox tipsptd pun tak kurang juga penuhnya dengan pelbagai soalan. Yang tak berbalas tu sabar ye..
Banyak soalan dari graduan-graduan baru rasanya bertanyakan soalan-soalan pasal rujuran dan proses lantikan PTD. Untuk kerjaya, anda boleh dapatkan buku keluaran PTS karangan saudara Salehuddin Md.Dahlan untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang kerjaya ini, dari aspek lantikan, gaji, tokoh PTD, bidang tugas PTD dan lain-lain lah. Saya rasa buku itu amat bermanfaat bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang kerjaya PTD ini.
Blog tipsptd pula lebih mengkhususkan kepada peperiksaan-peperiksaan pengambilan bermula dengan ujian bertulis, prePAC dan temuduga. Jadi tiadak disentuh dengan mendalam tentang kerjaya ini. Jadi harap yang tanya dapat jawapan. Untuk memudahkan rujukan anda, anda boleh download Risalah Tenatng PTD yang berkaitan dengan lantikan dan sebagainya yang diedarkan oleh INTAN. Anda boleh dapatkannya di ruangan ‘free download’ di tab atas. Harap itu membantu anda. Untuk download terus dari website INTAN, anda boleh pergi ke;






January 7th, 2010 at 8:27 am
salam…
sy baru sahaja menduduki ujian PrePAC di IKWAS pada bualn yang lalu..terima kasih atas segala tips dan nasihat yg di berikan oleh team admin PTD dan rakan2 seperjuangan yg lain..
January 7th, 2010 at 8:53 am
Salam
Berdebar tunggu result prePAC..dgr kata bulan nie keluar.Sy selalu surf page nie untuk rujukan.Tq ye
January 7th, 2010 at 2:48 pm
jom study..amek exam skali lagi
January 7th, 2010 at 10:51 pm
saya sokong kambing..
nk try skali lg after fail iv
January 9th, 2010 at 6:33 am
Assalamualaikum,
saya nak tanya selalunya kalau mohon pada jan2010, bila exam akan dijalankan?
saya ada terbaca ura-ura mengatakan exam pada feb2010..saya nak tanya kepada saudara/saudari yang berpengalaman.
terima kasih
January 10th, 2010 at 12:03 am
exam bertulis PTD selalunya dijalankan 2 kali setahun dan biasanya bulan Februari dan Ogos.
January 12th, 2010 at 9:09 pm
link utk check result prepac dah ade kat website spa…
p/s tibe2 rase cam nak pitam plak, hurmmmm…