Sesi Temuduga PTD 2013

Panggilan sesi temuduga PTD 2013 telah dikeluarkan. Ianya akan dijalankan secara berperingkat bermula 19 Jun ini. Semakan panggilan juga telah dikeluarkan dan calon boleh terus semak di laman SPA. Perubahan proses ambilan dilakukan tahun ini dan ianya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.

temuduga ptd Sesi Temuduga PTD 2013

Calon yang lulus temuduga akan diambil sebagai Kadet PTD yang mula diperkenalkan pada sesi yang lepas. Cuma bezanya tahun lepas, sebelum diambil menjadi Kadet PTD, calon harus melalui sesi Assessment Center seterusnya temuduga sebelum menjadi Kadet PTD.

Apa pun jalannya, yang penting anda bersemangat untuk terus menjawat jawatan paling berprestij dalam perkhidmatan awam ini iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Anda orangnya. Yakin!

468X60 Sesi Temuduga PTD 2013

Comments

  1. hasmeda says

    boleh kongsi cket x sokalan yg bakal ditnya thn ni mmandangkan kita baru sahaja selesai election….

  2. azwan says

    xde kt phase 1, maybe kt phase 2…kwn2..jgn lupe share…lg byk anda share, lg tggi peluang anda..hehe

  3. Azli says

    @AJ23: tarikh interview you 19/6 ke? best of luck!don’t forget to share your experience;)

  4. zie says

    Salam. Just nak tanya, if keluar mcm ni >> ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’ That’s mean saya akan di panggil untuk fasa ke 2 & seterus nya ke? Btw, all the best to those yg di panggil temuduga fasa 1 bermula esok. =)

  5. nini says

    yup..saya pun dpt jawapan yg cm tu :’Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini’..ada sbrg no ke utk dihubungi?kindly advice on this matter.

  6. Yuhanis says

    Assalamualaikum,
    Terima kasih krn memberi sedikit sebanyak pertolongan dlm melangkapkan diri ke exam PTD. Saya 1st time amik exam n lulus. Terima kasih.

  7. Kerol says

    salam. saya temuduga sabtu ni, dapat emel isnin lalu. saya rasa agak kurang yakin kali ni sebab saya tak pergi exam hari tu, so agak banyak benda nak kena cover dalam tempoh berapa hari je lagi ni. semoga saya dapat jawab semua soalan dgn baik.

  8. asyraf says

    salam utk admin dan sume…
    sy pon xleh semak…keluar maaf…
    dia ada berapa fasa admin? blh tau kt mane tmpt temuduga rakan2 yg akan pergi?
    harap dpt share pengalaman ye

  9. Azli says

    Rakan2, ada rakan2 lain yang telah menghubungi SPA bagi menanyakan ttg fasa interview, untuk pengetahuan semua, bagi temuduga kali ini, terdapat 12 fasa semuanya dengan bilangan calon bagi setiap fasa at average 600 calon. so kalau di congak 600 calon X 12 fasa = 7200. menurut statistik di web page SPA, PTD yang diperlukan hanya 100 orang dengan 50 orang calon simpanan. Rasanya dah boleh agak kesukaran yang bakal kita tempohi ketika interview nanti.result hanya akan dimaklumkan pada 31.12.2013. 6 months from now.jadi kalau anda masih belum mendapat panggilan, anda harus bergembira kerana you have ample time to prepare berbanding saya yang akan ditemuduga pada 26/6 ;( sigh…

  10. ahmad says

    rakan2. saya berpandangan bahawa setiap fasa IV mungkin mereka akan mengambil 100 org. memandangkan ambilan kadet PTD perlu menjalani tempoh DPA selama 1 tahun, maka akan mengakibatkan kekosongan yg byk bagi gred 41 dlm perkhidmatan. unlike ambilan terdahulu di mama PTD akan terus masuk berkhidmat dan melalui DPA setelah 2-3 tahun berkhidmat. Cuba bayangkan jika hanya 100 saja ambilan, maka pegawai PTD 41 yang masa kini yg tg telah knfm 4-5 tahun tidak boleh naik ke gred 44 kerana gred 41 masih tidak dpt diisi disebabkan kekurangan ambilan.

    Pada masa kini saya difahamkan batch terakhir PTD yang DPA 6 bln akan bermula awal 2014 yang melibatkan 400 org sahaja. dlm hal ini, sy rs mungkin INTAN akan menggunakan semua pusatnya untuk melatih kadet PTD dengan setiap satu pusat ambilan 200 agar pada tahun 2015 bekalan pegawai gred 41 akan mencukupi.

    just my 2 cents :)
    all the best utk rakan2 yg akan di IV hari ini

  11. anne says

    Same intake ke azli untuk kesemua fasa? 12 phase quite a lot tp mmg tak mustahil nk ambil 100 je coz they did it before untuk jwtn pen. Peg tadbir n27. Approx 49k been called for iv for less than 100 vacancy for that post. Expect d unexpected :) but who knows ahmad kan….. All d best untuk semua yang dipanggil interview fasa 1!

  12. Naddy says

    @Ahmad, Intake for last year’s batch hanya 100 sahaja. This 100 kadet PTD sedang menjalani kursus DPA selama setahun di Bukit Kiara mulai Mei 2013 . So, most probably, this year pun , mereka perlu around 100 sahaja. But then, it might be like what you said, and if they need that many, then peluang kita lebih cerah, bukan begitu?

  13. Kerol says

    okay, ni tips dari saya. time interview jgn jujur sangat. segala kata2 kita akan digunakan balik oleh panel utk provoke kita. saya dapat panel yg friendly, siap bg tips lg tapi jawapan saya tak menepati/sama mcm dalam kepala mereka, sejujurnya saya sedikit kecewa dgn diri sendiri. if dapat PTD, tu rezeki anak saya, tapi jika x dpt, saya masih bersyukur sbb kerja sekarang pun gaji jauh lebih tinggi. semoga berjaya..

  14. ahmad says

    saya pun dh IV last Saturday. wow! it’s quite tough gak.unpredictable QS. Mrk bertanya semua dgn pendapat saja. xda langsung tnya fact. Kalo bab provokasi..of coz frm beginning till the end. and finally penemuduga siap mention maaf yg ini bkn sikap dia yg sebenarnya, sbb melalui provokasi dia akan korek sikap sebenar anda. for me, i believe that there is no right and wrong answer esp when u throw ur idea/opinion. . Dan pesanan pengerusi tu dkt sy, doa byk2 utk dptkn jwtn ni. all da best guys!

  15. ahmad says

    hasmeda: sy kebanyakkan soalan peribadi diri dan isu2 antarabangsa sbb sy background international..tp dia xnk tnya fact..dia tnya pendapat je. sbb ada rakan2 yg dia tnya apa itu Kerajaan Tempatan, bila parlimen bersidang, apa beza dewan rakyat dan negara..tp sy dpt lain lak. penat menghafal :(

  16. myra says

    salam,
    sy br je intrvw smlm.. so far mmg byk tnye pendapat. soalan xssh sgt tp klu xtau mmg ssh la jwbnye. huhu.. slpas abis intrvw panel de tnye ade ape2 soalan nk tnye x. so sy tnye la pe kriteria utk jd seorg ptd.

    jwb panel 2, seorg ptd tu xperlu terlalu mnampakkn sgt tahap intelligent sbb klu ssorg 2 trlalu intelligent kemungkinan utk dia follow d track agak ssh, sbb kata panel keje sbg ptd (keje ngn govt) kna follow d track, kna ikut ape shj yg diarahkn.. pas2 kna humble, jgn sombong.

    so sy rs pe yg dpt disimpulkn kt cni, ms korg intrvw 2 jgnla jwb soalan over sgt, berpada2… yg pntg kna konfiden wlupun jwpn 2 mgkin xbrp nk tepat sgt. klu agak2 xtau nk jwb soalan, mnta maaf kt panel gtau anda mgkin trlepas pndg n mntk je dia bg clue ckit tuk soalan yg dia tnye. bl dh dpt clue senangla nk jwb. apa2 pn all d best tuk semua!

  17. myra says

    Diana : panel sruh perkenalkn diri in english.. tu je. yg lain sume in malay je. mula2 ingt byk kna speaking in english sbb pengerusi lembaga temuduga sy chinese, rupanya x pun..

  18. ahmad says

    diana: sy from beginning dia minta dlm BM..penat sy hafal perkenalkan diri..last2 tu bkn soalannya..dia tnya lain..sy ada ttg isu antarabangsa yg dia mnta sy ckp in english.

    myra: sy pn dpt panel chinese lady..but she is very nice. frm JPA

  19. myra says

    ahmad:
    panel yg intrvw sy tu dr SPA.. dia adlh slh seorg dr ahli suruhanjaya. very nice jgk orgnye.

  20. Azli says

    Saya baru di iv semalam oleh salah seorg ahli suruhanjaya dan dari SUK. Ingatkan saya seorg saja yang mengalami keadaan di mana soalan lebih kepada pendapat daripada fakta. Mmg penat menghafal, akhirnya tiada satu pun soalan fakta parlimen, kabinet etc. banyak soalan tentang subjek yang diambil ketika degree dan kaitannya dengan ptd. satu2 persatu ditanya. Sama spt kerol, jawapan saya tak menepati/sama mcm dalam kepala mereka. Saya di iv selama sejam kerana 1st candidate dan tak disuruh pun memperkenalkan diri. Terus kepada soalan yang bertubi2. Keluar dari bilik temuduga, saya hanya berkata pada diri, saya kecewa krn berdasarkan jawapan saya, rasanya saya tidak ada kualiti ptd yang mereka cari. apapun saya telah berusaha, kalau tak berjaya, tahun depan cuba dan cuba lagi…saya mmg rasa semua panel telah diberi guideline utk mengukur tahap seseorang melalui lontaran pendapat dan bukan hafalan teori semata2. kalau tak, susahla mereka dan buat pemilihan, ye tak :) so buat rakan2 yang lain yang masih belum di iv, perkemaskan skill memberi pendapat anda. Sebab masuk je bilik temuduga, bahasa saya jadi tunggang terbalik, nak fikir ayat dlm bm pun susah…

  21. elsa says

    Sher: ikot alamat u daftar dekat spa i supposed. I pernah sekali je interview last year. Pac kat intengah, iv kat putrajaya.

  22. diana says

    Thanks ahmad,myra..Xpe azli,yg penting cuba.dapat or x itu rezeki masing2..apa2 pun gud luck utk semua n sy :)

  23. elsa says

    Azli, ahmad n myra : mmg perkongsian yang sgt membantu. Tq so much..

    Eh resume nak buat in english or bm? Masa iv pakai blazer takk??

  24. zarith says

    elsa, resume better in english..saya punya resume kau2 kena hentam dgn urus setia sbb ikut format masa degree dulu..panel xcakap apa pn..:P

    saya punya interview 26hb haritu..soalan xde tough sgt tapi sebab i was so ignorance towards current issues, tergagap2 jugak la.. dia xtanya current issues yang haze ke apa, but his question was “apa 2 tragedi yang terjadi kat penang these past 2 3 weeks” and “what issues been globally brought up that happened in India past 6 months”..fuhh.berpeluh.. other than that cuma soalan biasa, hobi, likes and dislikes, family background..sebab dia nak test ability untuk kita bercakap n english command kita. the other panel asked abt what is PTD, and soalan pendapat.. soalan fakta ada jugak tapi xbanyak..

    harap sangat dapat..huhu..even rasanya dah nyawa2 ikan je sebab gagap nk jawab current issues. anyway, all the best to bakal interviewees semua..:)

  25. zarith says

    yang centre interview tu depends. sebab sy dapat kat Terengganu and bila called untuk minta tukar centre ke utara, depa cakap panel tak datang ke utara..cuma sabah/sarawak/terengganu/putrajaya.maybe next phase kot depa datang

  26. sufrina says

    Azli, interviewer awak sapa nama ye?sy x IV lg maybe next phase, sb sy isi form SPA sy letak alamat seremban, mana tau kot dpt kat SUK macm awak juga, I pray for u n all candidates, hope kita sume berjaya, AMIN:)

  27. elsa says

    Zarith : wow banyaknye u share. I harap u got the post :) resume format degree u buat dlm bm ke?

    Isu kt india? Haha.. Kalau msia bolehla gagah lg nk jawab. Jgn tanya i psl bola mmg i fail.

    Yg tak iv lg jgn buat mcm i last year. Panel tanya kenapa nk kerja kerajaan? Mmg mcm simple tp i tak ready dgn answer. I ckp sbb nk sgt kerja dengan kerajaan * dgn muka yakin plak tu* lepastu dh kena kita bkn kerja untuk kerajaan, kita kerja untuk rakyat n bebel2..

    Tanya maksud integriti i jawab jujur, amanah. *krik2* kena ulas lebih sikit ok n bg contoh. hopefully tahun ni tak byk krik2 laaa… Memang menyesal nasib baik tahun ni xpayah ulang dr awal. Huhu

  28. zarith says

    elsa: share sebab blm tntu soalan kita sama..kias2 aje..*evil laugh*
    haha..amiinn hopefully..
    u second time ke PTD?lets say i xdapat yg ni, macam mana nak apply yang akan datang pulak?
    ke dia auto apply ye?

    hehe..if my panel asked integrity tu semua i lagi laaaaaa muka terus jadi rupa jambatan tak siap..hehe..

    oh and they also did ask me kenapa nak kerja PTD..so i answered la cikai2..hehe..nasib baik panel terima la jugak..:P

    resume in english..:)
    i xletak umur, marital status, nationality tu semua..i letak nama, gmbar, phone and email aje..what a shame xtau tulis resume..sebelum ni memang pakai yang tu aje..:)

  29. EFFA says

    Alhamdulillah. Saya baru selesai iv tadi. Panel tu memang salah seorang suruhanjaya tinggi SPA. Yg lagi seorang tu mcm KSN kita la muka dia mcm Tan Sri Ali Hamsa. Tapi saya tak tertanya. Tapi logik ke KSU turun utk interview calon PTD? Rasa teruja la pulak kalau betul KSN yg iv tadi huhu.
    Saya rasa saya dah buat sehabis baik. Rasa confident je tadi. Tapi bila tahu sampai 600 org kena interview dan kekosongan hanya 100 org, saya jadi tak yakin pula.
    Lagipun berapa gaji maximum PTD M41 ambilan baru ye? Skrg saya dah gaji lebih RM5K. Possible tak kalau dpt PTD nanti saya boleh mintak lebih dari gaji skrg? Kadet PTD setahun tu langsung tak boleh balik weekend jumpa family ke?

  30. elsa says

    Zarith : this year i tak apply sebab dikecualikan. Yang pernah pass exam n pac last time tak payah ulang lagi. Tapi dasar selalu berubah kan. Nak selamat renew je tiap tahun.

    Effa : ure so lucky to be interviewed by the ksn himself. Kalau i mesti starstuck. Hihi.. I think tak boleh la nak demand gaji sbb govt dah ada tangga gaji sendiri. Kalau u ada master or phd lebih la sikit tapi tak sampai 5k starting i guess. Itula i nk try smpai tahun dpn je kalau tak dpt jugak takde rezeki la… I dah tahan diri beli asset takot nanti kalo dpt govt banyak pulak komitment tak terbayar sbb gaji same je walau dah ade experience. Huhu…

  31. aixa says

    hi EFFA. setahu saya, untuk fasa 1 ni calon yg lyk diinterview 570 orang. jumlah kasar dlm 7000 orang jugak iaitu yg dikecualikan exam+lulus exam april ritu n still waiting for their turn to be interviewed.mmg mencabar tau. anyway,gudluck dan semoga ada rezeki untuk kita semua.

  32. EFFA says

    Saya ada Master dan pengalaman kerja 6 tahun. Gaji memang RM5,500 tapi bila potong dgn EPF, Socso dan cukai, tinggal RM4,600.00.
    Tapi kerja kerajaan ni saya rasa lagi stabil. Gaji confirm naik every year. Pressure mungkin tak teruk mcm kerja swasta sebab kerja swasta mcm saya kat GLC ni kena kerja kejar KPI. Tak achieve, maka dapat threshold aje la anda. Kami ada bell curve, so mesti ada sorang atau dua org yg tak dpt bonus langsung sebulan.
    Kerja govt bukanlah kerja utk jadi kaya. Ia adalah skim kerja yg dapat menentukan kestabilan masa hadapan anda. Maka kalau anda ni lebih wealth-oriented, jgnlah kerja kerajaan. Buatlah business dan kerja swasta aje.

  33. Azli says

    @ Sufrina: My interviewers were Datuk Zainol Othman, Ahli Suruhanjaya merangkap bekas Ahli Lembaga Urusan Tabung Haji dan sorg lagi from the SUKNS.

    @Elsa: lelaki wajib pakai blazer, ladies – if you are wearing baju kurung, no need blazer

    Kwn2, kalau berdasarkan cerita masing2 yang dh diinterview, nampaknya soalan intergriti mmg soalan wajib. So be prepared. Saya pun ditanya ttg soalan yg sama.

  34. Nurul says

    Salam, dah lepas interview last week. Tak banyak yang ditanya tentang isu2 semasa. Panel saya sangat friendly. Banyak tanya pendapat.
    Saya di tanya tentang NKRA dan apa yang saya boleh buat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dari segi pendidikan dan taraf hidup. Bagi saya, sangat penting untuk kita jawab dengan jujur kerana every word yang kita jawab akan ditanya balik oleh panel2. Perlu jujur dengan kelebihan dan kelemahan diri. Itu yang panel2 nak dengar.

    Wajib kita tahu tentang 8 bidang tugas PTD. Perlu tahu juga tentang tanggagaji PTD dan apa2 yang berkaitan dengan PTD sebab mereka nak tahu sejauh mana kesungguhan kita nak jadi PTD dan sama ada kita ada buat research tak sebelum pergi interview.

    Juga ditanya kenapa nak jadi PTD. Nasihat saya ialah jawab dengan jujur. One more thing, jangan marah ye bila diprovoke sebab dari awal hingga akhir, saya diprovoke. Memang kerja panel tu untuk provoke kita. So just relax. Bukan makna saya jawab dengan elok semua soalan tapi kita cuba sedaya yang boleh.

    Sepanjang interview, panel2 banyak bagi nasihat. Kalau jadi PTD, banyak yang perlu sacrifice, masa dan tenaga.

    Akhir kata. panel2 tu ada cakap Doalah banyak2, mana tau ada rezeki, kalau tak dapat, jangan menangis ( sambil panel ketawa besar). So sebelum keluar, saya jawab, saya akan doa banyak2. kalau tak dapat saya redha saja.. hehe.

  35. aixa says

    Salam,sy nk bertanya,yg diinterview utk 1st stage ni kebanyakan pass exam/pac tahun bila?

  36. ahmad says

    Nurul: Samalah dgn saya..panel tu minta doa byk2..kalau ada razeki, insha allah tak ke mana.

  37. bittaufiqwannajah says

    Salam. Nmpknye da abis fasa 1 tebiu. Walaupun lmbt share, harapnye fasa2 akn dtg leh bc gak. Sy di interview pd hari ke2 interview dijalnkn di mlka. Ini intrvw kedua sy. Januari lps, sy dipanggil for the first time, tp xde rzki lg. Soaln yg ditanya kpd sy leh dikatakn xde berkenaan bg pndpt lgsg, yg dia tanya byk pasal bavkground, kje sy skang n knape agknye sy gagal interview aritu. Lbh mcm sembang..sy dpt rasa mood santai sket, brbndg dulu mmg pressure abis. Apa yg sy boleh ckp, kena bertenang…

  38. aixa says

    ooo maksudnya mmg dia pilih randomly.sy ingat yg dpt 1st phase ni spa amik candidates yang tahun 2008-2010,yang lama2.tp x jugak sbb ada yang baru jugak (candidate 2012/2013). doa byk2 kawan2,semoga ada rezeki kita tahun ni. amin.

  39. freshie says

    Hi everyone. Sy bru grad last october n xpasti lg bila turn interview sy.sy xd byk pengalaman mcm saudara2 saudari2.blh x bg nasihat on what should i prepare n kt mane blh sy dptkn maklumat brkaitan ttg tugas2 ptd,maklumat2 berkaitan yg perlu sy tahu.

  40. Nurul says

    @Ahmad : sama2 kita doa :)
    @freshie : cuba baca post2 sebelum ni.. Boleh dapat idea tentang apa yang akan ditanya. Tentang tugas2 PTD, boleh jer tengok kat website spa or search internet contoh portal PTD etc… Kalau rajin, banyak maklumat yang boleh didapati.
    Maklumat lain, boleh baca buku Pengajian Am Tingkatan 6 mengenai kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Parlimen etc.. Sebabnya ada calon yang disoal tentang perbezaan DR dan DN. Saya dapati buku Pengajian Am yang simple ialah yang dikarang oleh Ranjit Singh Malhi. Mudah baca dan x detail sangat. Buku lain terlalu detail dan jenuh nak baca. harap dapat membantu :)

  41. Idora says

    freshie: Untung laaa.. rezeki murah tu nanti terus diserap dalam perkhidmatan PTD, ada yang sekali cuba terus berjaya ada juga yang sampi berpuluh kali dan tak berjaya juga. Semoga Berjaya.

  42. Kerol says

    panel saya cakap lebih kurang 6k yg di IV. mmg pas keluar dari bilik tu saya rasa kecewa dgn diri sendiri tapi xpela, if ada rezeki, boleh dapat, if xdpt tu redha jela, boleh cuba lg.. panel saya ialah seorg ahli Suruhanjaya yg luas pengalaman, cara dia nampak mcm x suka saya tapi beliau beri nasihat yg byk pd saya. terima kasih Dato’.

  43. sarif says

    Salam… Tq kpd yg bnyk berkongsi maklumat yg sngt ber guna.. Just nak tanya kpd yg tahu adekah semua yg lulus exam bln 4 ari tu akan di pggl IV sesi yg pertama atau yg berikutnya….

  44. freshie says

    @Nurul:terima kasih sgt2. Now at least i know where to start. Thnx again..
    @Idora:amin..harapnya mmg sgt dpt. :-)

  45. zie says

    Salam semua. Thanks for all the tips. Mmg sgt bguna for those yg nak interview. Btw, anyone yg ada info bkenaan dgn interview for the next phase? Lama gak nak tggu tarikh for second phase. huhu

  46. ieka says

    Wow..very impressive and very helpful experience. Actually, i’m quiet interested to know how u identify your interviewer? Do u really recognize their face and their name, or u have been told who’s going to be your panels?

  47. aixa says

    panel dari spa diberitahu dlm surat panggilan siapa gerangannya.cuma wakil ptd xdiberitahu.

  48. azli says

    @bulat: kalau baca thread yang teratas, ada banyak version. ada yang kata ada 12 phases, ada yang kata ada 5 phases. basically, those who have nt yet been called up for the 2nd phase, will be in the next phase la kot. saya pun ada kawan yang namanya tak de dalam 2nd phase nie.afterall, dalam surat kata result will be released on 31.12.2013, so mmg tak mustahil ada banyak lagi phase.biasanya result keluar paling lewat 3 bulan. nie kalau dah sampai 6 bulan…sahla ada banyak phase.tunggu jela;)

  49. Farah says

    I was shocked….terkejut sangat dapat panggilan untuk 2nd phase IV ni coz exam baru ni nama tak tersenarai (maaf, nama anda tiada dalam urusan ini). Even pengecualian exam pun tak dapat. Tiba2 dapat sms bagitau dijemput menghadiri IV. Berdebar2 tak hilang lagi. Masa tak dapat exam tu agak frust jugak la tp tak sangka dapat panggilan IV. Ni 2nd time dapat IV.

    kepada semua yang share experience IV, thanks a lot…pray for me :)

  50. sufrina says

    @bulat & zaha: me too…maaf!maklumat anda tiada dalam urusan ini…kita tunggu je la turn kita tiba…:)

  51. zaha says

    @sufrina: sy tahu.. sy ikuti perkembangan disini..btw, tenQ.. bukan ape,, dah letih studi, takot nanti lepas makan kueh raye sumenyer terbang melayang…;o)

  52. sufrina says

    bulat, zaha, sarif, sy juga dan y lain2 y blm dpt pglan IV, chaiyok2!!!kita truskn study kita, perjuangan blum selesai, kita doa byk2 di bulan y mulia ini semoga ALLAH SWT memberkati usaha kita ini dan nama kita ada di next phase, insyaALLAH…:)

  53. Aiman Kisah says

    terima kasih semua ats share yg sgt bergune.sharing is caring :) nervous gak rasenye utk IV 18/7 ni.apepon usahe doa tawakal.moge beroleh berkat ramadhan

  54. Azli says

    Buat rakan2 yang bakal di IV bagi fasa ke-2, best of luck!don’t forget to share your experiences as I’ve done my part, it is now yours.sharing is caring;) Salam Ramadhan semua!

  55. nur says

    sy dh iv!! 18hb lps. N alhamdulillah, semua lancar. Cuma ada la beberapa perkara yg careless, since its my 1st time.. So soalan xbyk sgt, bout parlimen, dwn rkyt, dwn ngra,pru.. N of course kementerian wjib ditanya. Yg len pndpt la. Xbyk fakta mcm dlm buku. So,Bg yg blum ada nama utk iv phase 2, just wait for the 3rd phase. Dun worry. So,all the best guys!

  56. nur says

    sy dh iv!! 18hb lps. N alhamdulillah, semua lancar. Cuma ada la beberapa perkara yg careless, since its my 1st time.. So soalan xbyk sgt, bout parlimen, its components,pru.. N of course kementerian wjib ditanya. Yg len pndpt la. Xbyk fakta mcm dlm buku. So,Bg yg blum ada nama utk iv phase 2, just wait for the 3rd phase. Dun worry. So,all the best guys!

  57. sarif says

    Salam..tq nur 4 de info… Saya blom IV lg… Maybe next phase… Hope ramai lg yg leh share .. Sharing is caring.. Hehe

  58. sher says

    ok esok sy interview. time naip ni pun tgn gegar2 sbb nervous. Anyway, dah bnyk tips yg sy dpt dr sini, so thanks everyone. Rasanya sy akan focus more on cara jwb soalan sbb ada darah gabrah sikit ckp dpn org lain smpaikan nama sndiri pun boleh lupa, apa lg la fact2 lain. rasa nak pengsan je iamgine interview esok.. apa2 pun sy harap yg terbaik je utk kita smua. all best wishes everyone.. dah interview nnt sy share kan pengalaman sy kat sini

  59. hafiz says

    Salam.. saya IV this coming 30th… nervous tp buat relax je nih.. hopefully blh jwb…

  60. Sher says

    Ok baru habis interview, rasa sedih sbb sy rasa xdpt tunjukkan yg terbaik. Agak yakin mang xdpt tp redha je la. Yg pntg pengalaman ni ckup berharga buat sy. sy d.interview oleh timbalan spa, segarajah ratnalingam. antara soalan dia tnya gtp, etp, dasar2 negara luar yg ada kat malaysia, mostly fact. Sebab otak dah berserabut n gugup, mang blank n xdpt jwb. Xsmpt nak fikir.. Soalan lain sama la, nak msuk area mana n knapa.. Yg ni bnyk tnya pndpt and mang provoke habis, ‘u masuk la company lain dulu, sama gak kn. apply ape je kat spa? nape x apply yg spm pnya level’. Provoke based on answers. So hati2 mnjwb tu.. Tp depend gak kot, sbb yg sbelum sy smua dpt soalan2 pndpt n simple2 jek, sy lak bnyk dpt fact ni. Xpe, dah nsib badan. Mgkn bkn rezeki.. Next time try harder and better. Pd yg lain all the best. Yg pntg psediaan kena rapi n jgn gugup.. Ambik masa bfikir sbelum n time jwb. Prepare pndpt2 bernas n dasar2 krajaan smua. Utk bidang yg korng pilih, cr dasar2 bkaitan bidang tu, ministry2 and cara utk improve sektor tu. Ni pengalaman sy sdiri, mang xdpt jwb lgsg part ni so nmpk xckup prepare. Harapan sy interview korg jauh lebih baik dr sy. Best of luck.
    P/s interviewer sy dua2 mang scary, serius giler. Dah la sy ada darah gugup. Penat jer sy senyum n happy kat diorg. Huhu.. Hrp gak korg dpt interviewer yg sempoi, kurg la nervous ckit

  61. suraya says

    thank u everyone yang share experience. from apa yang sy bc, seems tak boleh expect apa yang interviewers akan tanya nanti. some mcm more to facts, yg laen mcm tanye pendapat from the start smpai abes interview. so mmg kene betul2 prepare la ni >.<

    tapi nak tanye, u guys spoke in english ke bm masa interview tu? if bm, then guna bm baku or just cakap as comfortable as we can?

  62. Azli says

    @Suraya: saya cakap BM dari mula sampai habis sebab interviewers cakap BM.takut lak nanti dikatakan underestimate their capabilities sedangkan their knowledge and skills are beyond my very own.saya juga rasa kerajaan sedang ke arah memartabatkan BM dan one of the mediums adalah melalui urusan kerajaan contohnya ketika IV.tapi ada certain words yang ditanya dalam English dan diminta jelaskan dalam English gak.just to test your language skills.BM saya agak caca merba sebab mind set soalan akan ditanya in English.tapi tak rupanya.

  63. yana says

    Alhamdulillah dah selesai tadi. Tapi rasa tak yakin jugak sebab interview saya sekejap sangat, 20 minit je. Orang lain sampai 30, 40 minit. Rasa macam tak berminat nak interview saya je T_T

    Soalan semua dalam BM. Panel SPA sangat humble, panel PTD nampak tegas (tapi senyuman dia manis. Hilang nervous tau. Eh….off topic jap :p) tapi kedua2nya ok, tak garang. Saya kongsikan apa yang ditanya tadi. Serious rasa macam cikgu interview student X_X

    **Ketuk pintu**

    Saya (A) : Assalamu’alaikum Dato….Tuan (sambil hulur fail dan resume)
    PTD : Resume awak bagi Dato. Fail bagi saya.

    **Serahkan dokumen. Diri kejap**

    PTD : Ok boleh duduk.
    A : Terima kasih.

    Dato : Assalamu’alaikum, selamat berpuasa. Saya Sepian (very the humble Dato ni), dan ini rakan saya Khairul. Jadi….cik A binti B…

    A : Ye saya Dato’ (senyum….senyum sampai lenguh)

    Dato : Ni keturunan dari Sumatera ni (tiga2 gelak). Ok, boleh kenalkan diri. Nama, sekolah mana, u mana, family, adik beradik, keje…

    A : Baik Dato. Assalamu’alaikum. Nama saya mcm dalam resume, bla bla bla….. saya tak nak pegi PAC. Saya dah pegi pun PAC tu. Saya tak puas hati sebab yg first timer amik exam then lulus dapat terus pegi interview, takyah susah payah kena lari daki bukit, lompat2, tido 2,3 pagi siapkan teks public speaking, tak sakit otak kena mental torture, tak sakit hati tengok result PAC fail. Den ni bertahun tunggu dapat interview tau tak. Ini tidak adil!

    Jawapannya –

    Dato : Tahun ni kita dah buat pembaharuan, PAC tu akan dimasukkan sekali dalam tempoh setahun sekiranya awak terpilih nanti. Tapi bukan la setahun tu PAC je tiap2 minggu (Gelak lagi. Ni…..soalan saya tu soalan bodoh ke -_-“) cuma modul tu yg kita akan masukkan dalam program setahun tu.

    A : **Angguk, senyum tapi rasa berbulu jugak**

    Dato : Itu saja? Ada soalan lain?

    A : Rasanya tak ada, Dato. Itu saja.

    Dato : Baik. Terima kasih. Semoga berjaya.

    A : *Amik fail* Terima kasih tuan. Terima kasih Dato. Selamat berpuasa.

    Masa berjalan nak keluar, saya perasan Tuan Khairul tu pandang atas bawah atas bawah. Mungkin tengok penampilan kot.

    Saya tak pakai baju kurung. Saya pakai kemeja tuck in, long skirt dan blazer.

    Sekian.

    Kawan pulak sebab dia lawyer yg dah chambering, kaw2 dia kena. Full english, nama KSU KDN, nama KSN, kena tanya apa lagi tah pasal KDN, kenapa nak jadi PTD sebab dah dalam legal, kenapa tak apply AG, NKRA kena sentuh sikit. Kena tanya pasal pingat anugerah tan sri mana satu tah. Sangat random. Ada yg kena tanya pasal negeri-negeri selat.

    Dah usaha. Dah doa. Tawakal dan terus berdoa. Ada 5 bulan lagi result nak keluar :D

  64. yana says

    eh….kenapa terlompat pulak komen saya tu. alamak…..admin tolong delete ye. nanti orang salah faham. terima kasih :D

  65. elsa says

    Hai guys.. I sudah dapat emel panggilan iv 22nd aug. 3rd phase la ni kot. Tak cek web spa lagi. Terima kasih atas perkongsian pengalaman iv yg sblm ni.. Salam ramadhan & selamat hari raya semua. hopefully apa yg i study tak hilang dalam rendang n ketupat raya nanti! Selamat bercuti, take care n please come back in 1 piece ok :-)

  66. sufrina says

    nama blom naik lg…tidak mengapa…still have more time to well prepared…hanya ALLAH yg thu apa y tbaik untk kita…ada hikmahnye kena itw next phase ni….bleh la nk enjoy2 lg rya ni, to those who will itw after raya 20/8-5/9 Good Luck!All The Best…n kpd kwn2 slamat hr ry aidilfitri maaf zahir dan batin….:)

  67. sarif says

    Salam.. Slamat berpuasa.. Xde lg nama dlm phase ketiga ni… Good luck kpd yg dah dipanggil… ????

  68. daisian muna says

    Salam semua..

    Saya dpt iv pada 3 sept nanti.. nervous sebab dah 4 tahun tak jadi interviewee… btw all da best utk semua andidates 3rd phase ni ye…

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin… ;)

  69. aiffos says

    Hai sume. Nama sy listed down for 3rd phase. Mine will be on 22.8.13 at SPA Melaka 10am. Ada sesiapa sama dgn saya tak?

  70. zie says

    All the best utk kwn2 yg dapat panggilan temuduga for 3rd phase. Nama sy pun belum naik lagi. Maybe calon2 sabah & sarawak phase plg last kot. huhu.

  71. iezan says

    As salam. Saya punya date 23/8/2013. Erm, nak tanya, selalunya berapa orang panel iv? Seorang sahaja atau lebih? Selalunya berapa lama masa yang diambil untuk mereka iv setiap calon?

  72. wani says

    salam…sya iv 29 ogos ni..nk tnya laa..surat tu mention temuduga utk PTD (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia)… adakah terus serap dlm JPA if lulus iv? nk study focus on JPA ke general? thanks..

  73. ahmad says

    Zie: kwn saya di Sabah telah IV masa fasa 2. Dia gi IV di KK. Dun wori insha allah nama awk akan naik dlm fasa seterusnya

    Iezan: saya di IV dua org. Sorg panel SPA dan sorg wakil JPA

    Wani: jika sy xsilap, JPA adlh wakil jbtn. Mrk yg akan train kader semasa DPA dan akan ditempatkan mngikit kesesuaian calon lps tamat kadet

  74. ahmad says

    Kwn2. Sy dipahamkn bhwa DPA utk PTD yg dh in service pd bln Feb ni. Range dlm 400 org. Mrk akan gunakan INTIM dan IKWAS shja. Harap2 kadet intake kadet terbaru more than 100 candidates. Sbb satu intan boleh cater dlm 300 org max. So INTURA dgn Bkt Kiara xdigunakan. Kali ikut perkiraan mngkin akan ada 6 fasa di mana fasa terakhir bln ptgahn Nov akan hbs IV. Sbb ahli2 SPA akan bersidang awal Dis utk kptsn by Dis 2013.

    Msti saingan sgt sengit kan. All d best kpda rakan2 yg blm IV lagi.

  75. Wozniack says

    for freshie ramai la kot yang accept kalau dapat ni… but yang experienced macam mostly sanggup ke nak turun gaji sampai ke 2039? kalau gaji + elaun M41 sekurang2 nya boleh la cover commitment skrg.
    Melainkan gaji deorang dalam range tu je… sejujurnya, ada lagi lompang2 dalam process SPA ni. selamat maju jaya buat semua!

  76. Madah says

    Salam. Sy dpt invi utk IV 29.8 ni kat KL jam 8pagi. Ada yg sama tak? Ini kali ketiga saya ditemuduga. Memang mencabar sebab failed 2 kali ???? tambahan pula masa tu kene ulang semula drpd exam dan PAC. Luckily result tu laku 5 tahun. Kena banyak baca newspapers guys…

  77. elsa says

    Sy rasa spa dh buat sehabis baik untuk pilih calon diorang. semua sistem ada kelemahan. Bg sy gred m41 saingan dia lebih adil sbb tak perlu bersaing dengan orang lama yang nak naik pangkat mcm jwtan lain. In d end it is all about rezeki.

  78. Cacha says

    @Wozniack: I couldn’t agree more with you. mmg rasanya the new recruiting system yang SPA tengah apply to all newly-appointed-ptd lebih sesuai untuk freshies berbanding those with working experience. allowance RM 2000 +++ sangat tidak berbaloi untuk meninggalkan kerja yang sediada kerana financial commitment yang ada. mereka yang terdahulu lebih bernasib baik. walaupun DPA 6 bulan ++, gaji M41 tetap berjalan seperti biasa. walaupun begitu, ramai calon seperti saya yang memang telah lama mencuba, berkeinginan dan menanam sejuta harapan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara akur dan redha dengan system kadet ptd ini. yang pastinya, banyak yang telah dikorbankan dan akan dikorbankan sekiranya berjaya nanti. cuma kalaulah boleh dibuat penambahbaikan kepada system yang sediada, itu lebih baik. being ptd cadet does not guarantee that you’ll be absorbed into the permanent post if you failed to perform during the training. Imagine, if you still have to find another job if you failed that one-year-ptd-training.

  79. ahmad says

    @cacha: saya berpandangan SPA tidak terlalu kejam kepada sesiapa yg gagal dalamnkadet krn puluhan ribu telah dihabiskan utk melatih sumber manusia. Saya pernah dgr yg sesiapa yg gagal akan diserap masuk dlm skim yg lain berdasarkan kecenderugan calon tersebut sepanjang berkhusus. Manakala bg calin yg sedang berkhidmat jika gagal akan kembali semula kpd skim asal memandangkan mrk cuti tanpa gaji.

    Saya sgt bersetuju dgn kamu ttg calon yg sedang berkhidmat utk msk dlm skim ini bknlah gaji semata2 tp krn passion utk brsama2 membangunkn ngra.