Posts Tagged ‘ikwas’

Muhasabah PrePAC 2009

Sunday, December 13th, 2009

Ramai yang dah menarik nafas lega setelah prePAC tamat pada hari ini. Jadi macam mana dengan prestasi anda? Agak-agak anda boleh memboloskan diri ke sesi temuduga atau tidak? Apa pun prestasi anda, yang tinggal untuk anda sekarang ialah doa dan tawakal. Banyakkan berdoa dan kami dari team tipsptd mendoakan yang anda semua berjaya dalam prePAC yang lepas.

prePAC 2009

Banyak juga yang mengejutkan berlaku sepanjang sesi PrePAC baru-baru ni terutamanya kewujudan semula larian 2.4KM atau gantian larian yang lebih pendek bagi calon-calon di INTENGAH kerana lariannya sedikit mendaki. Tapi rasanya ianya bukanlah sesuatu yang sukar bagi anda yang dah melakukan persediaan fizikal.

Begitu juga tajuk-tajuk yang diperbincangkan, lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Suka sungguh bila mendengarnya kerana saya bukanlah di kalangan lelaki yang GAGAH.. hehehe. Apa-apa pun ianya seharusnya lebih mudah kerana ianya hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul dan saya percaya perbincangan itu begitu menyeronokkan bukan? Begitu juga tajuk Sekolah 1 Aliran, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Untuk penyelesaian masalah dan ujian sahsiah mungkin itu sedikit mencabar minda dan kecepatan berfikir anda. Masa yang terhad dan keserasian kumpulan, tolak ansur dan logikal menjadi teras kejayaan sesi ini. Rata-rata mengatakan masa tidak mencukupi untuk menjawab 400++ soalan ujian sahsiah, tapi ketahuilah ianya dibuat khas supaya anda tak sempat berdusta. Maknanya anda jawab berdasarkan keujujuran tanpa fikir untuk masa sebanyak itu.

Apa-apa pun bagaimana pengalaman anda semua? Adakah ianya cemerlang atau sebaliknya? Kongsikan kisah anda di ruangan komen dan mungkin anda boleh berjumpa semula rakan kumpulan anda di sini!

Share This Post

Pre-PAC Disember 2009

Monday, November 16th, 2009

Sebagimana yang diketahui, pre-PAC sesi Disember ini masih mengekalkan format 1 hari dan rasanya format tersebut akan kekal buat masa ini. sedikit bagi mereka yang tidak mengetahui, format 1 hari ini diperkenalkan pada hujung tahun 2008 menggantikan format 3 hari yang sebelum ini. Aktiviti tak banyak berubah bahkan ianya menjadi lebih mudah berdasarkan feedback dari peserta yang mengambilnya berulang kali. Aktiviti utama masih dikekalkan yang mencakupi penilaian;

  • Kemahiran berbahasa (English/MElayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Itu lima benda yang biasa dinilai dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Janagn lupa kemahiran melontarkan idea dan menerima idea dan bagaimana attitude anda di sana. Anda tak perlu jadi hipokrit dengan berlakon yang anda bagus, cumanya simpan atau sembunyikan sahaja sikap-sikap panas baran, nak selalu betul, tak boleh menerima pendapat orang lain dan sebagainya yang anda fikir negatif. Cuma tonjolkan sahaja nilai positif yang anda ada di sana.

Latih dan tingkatkan tahap keyakinan anda, jangan mudah mengalah. Ramai yang cepat mengalah dalam aktiviti fizikal sedangkan kalau dicuba dengan lebih bersungguh, anda akan mampu menghabiskannya.. saya pasti. Apa yang kurang ialah, anda tak yakin yang anda boleh melakukan. Begitu juga keyakinan dalam berucap dan melontarkan idea. Yakin dengan idea anda dan lontarkan dengan penuh kayakinan dengan suara dan nada yang yakin. Anda seorang graduan universiti dan anda lulus ujian bertulis yang mana puluhan ribu orang gagal, anda harus sedar hakikat ini dan tahu bahawa anda adalah graduan yang terpilih!ptd assessment center

Share This Post

Survey: Bengkel PAC

Monday, November 2nd, 2009

=====================================================================

UPDATE 4/11/09

DUKACITA DIMAKLUMKAN;

Pihak penganjur memaklumkan yang Bengkel ini dibatalkan buat masa ini kerana adanya pertindihan dengan Hari Raya Aidil Adha

=====================================================================

Sekadar satu hebahan kepada yang belum tahu, satu bengkel PTD Assessment Center akan diadakan pada hujung bulan November iaitu kira-kira seminggu sebelum sesi PAC di mulakan. Ianya merupakan satu bengkel yang julung kali diadakan yang melibatkan penganjuran oleh pihak lain dan bukan pihak tipsptd. Rasanya ini adalah peluang yang amat hebat untuk anda meningkatkan peluang lulus dalam PAC nanti. Yang penting pendedahannya dijangka berbaloi kerana ianya merupakan bengkel 1 hari dan melibatkan beberapa sesi penting seperti;

  • Panduan persediaan
  • Nasihat
  • Perkongsian Pengalaman
  • Tips untuk berjaya
  • dan banyak lagi…

Anda boleh lihat iklannya di http://www.kawankuservices.com/

ptd assessment center

Ianya akan diadakan di INTAN kampus Wilayah Timur atau dikenali sebagai INTIM. Sekiranya anda berminat, kita boleh hantar permohonan secara BERKUMPULAN dari tipsptd dan kami dari team tipsptd akan mengusahakan secara terus dengan pihak penganjur untuk mendapat sedikit diskaun sekiranya penyertaan kita ramai. Jika anda berminat, tinggal komen di sini dan jangan lupa ‘SUBSCRIBE’ dengan men’download’ ebook 27 Sebab Gagal Ujian PTD di sidebar sebelah kanan (jika anda belum) kerana segala maklumat akan disampaikan kepada subscriber nanti.

Tipsptd perlukan sedikit maklum balas sekiranya anda bersetuju hadir sebagai peserta “Berkumpulan” dari tipsptd untuk dapatkan sedikit diskaun. Ianya tiada kaitan dengan tipsptd, tapi sebolehnya kami mahu membantu anda untuk menghadiri bengkel ini kerana kami berpendapat ianya sangan bermanfaat.

Mudah-mudahan anda membuat satu keputusan yang bijak dengan menyertai Bengkel ini kerana belum pernah diadakan Bengkel seperti ini sebelum ini. Kita tak pernah merancang untuk gagal, tapi kita GAGAl untuk merancang. Jadi rancanglah untuk BERJAYA dalam PAC kali ini!

Share This Post

Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Wednesday, June 17th, 2009

Ada yang dah mula menerima surat rasmi panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk sesi PTD Assessment Center yang bakal diadakan pada 3,4 dan 5 Julai 2009. Untuk yang lulus ujian bertulis PTD sebelum ini, nantikan surat panggilan sampai ke rumah anda. Anda juga boleh menyemak terus di laman web rasmi di SEMAKAN Jadual PAC (klik di SINI)

Format kali ini ditentukan 1 hari dan bukan 3 hari seperti yang digembar-gemburkan tapi dengan sedikit perbezaan. Mungkin ramai yang perasan semasa ujian bertulis dulu tiada bahagian Syahsiyah Diri seperti kebiasaan, rupanya bahagian itu dibawa penilaiannya untuk pre-PAC sesi Julai 2009. Sedikit perbezaan untuk tahun ini. Apa-apa pun untuk details maklumat anda boleh semak pada surat panggilan tersebut.

Anda masih ada lebih 2 minggu untuk persediaan sebelum ujian bermula dan adalah dinasihatkan agar anda membuat persediaan yang rapi untuk berjaya kali ini. Mulakan aktif dalam membaca akhbar dan peka kepada isu semasa sekarang sama ada dalam dan luar negeri. Rasanya format tidak banyak berbeza untuk PTD Assessment Center 2009 (PAC) kali ini. Jangan lupa, rancang perjalanan anda supaya ianya berjalan dengan lancar dan tenang. Jangan gelabah, percaya lah, anda boleh melakukannya!

Inshaallah, beberapa post berkaitan dengan PTD Assessment Center (PAC) akan dihasilkan untuk membantu anda dalam persediaan menghadapi ujian PAC ini dari semasa ke semasa.

Share This Post
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia