Posts Tagged ‘intim’

PAC Julai 2010: Apa perlu takut?

Friday, June 18th, 2010

Bagi yang lulus gred M41 dalam Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 yang lepas anda sudah pasti sudah menerima surat panggilan memasuki Programme Assessment Center Julai ini di lokasi-lokasi seluruh negara sama ada INTAN, INTIM, INTURA, IKWAS, INTENGAH dan kampus Intan di Sabah dan Sarawak. Jika belum menerima surat, anda boleh semak status anda secara online di;

>>>Semakan Status PAC M41 Julai 2010<<<

Format kali ini mungkin sama atau mungkin berbeza dengan format yang sebelum ini tetapi anda harus buat persediaan sewajarnya kerana walaupun format mungkin berubah tetapi komponen penilaian tidak akan lari jauh dari ketetapan biasa yang merangkumi;

  • Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana rata-rata calon yang melalui PAC ini menganggap ianya antara kenangan indah dan ‘enjoyable’. Hanya buat persediaan sewajarnya mencakupi semua komponen di atas. Ramai yang gusar tentang isu semasa. Sebenarnya tajuk yang diketengahkan dalam semua sesi PAC yang lepas adalah begitu terbuka untuk membolehkan semua calon memberi pendapat dan tajuk-tajuknya adalah umum dan bukan spesifik.

Sebagai contoh PAC sebelum ini lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Ianya sememangnya mudah kerana  hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul. Perbincangan biasanya berlaku dalam keadaan yang santai. Satu lagi tajuk ialah  ‘Sekolah 1 Aliran’, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Bagaimana? Sedikit tenang? Tak perlu risau, buat persediaan secukupnya, buat monolog sendiri untuk melancarkan percakapan dan rajin baca suratkhabar. Salam kejayaan untuk anda dari kami!

Muhasabah PrePAC 2009

Sunday, December 13th, 2009

Ramai yang dah menarik nafas lega setelah prePAC tamat pada hari ini. Jadi macam mana dengan prestasi anda? Agak-agak anda boleh memboloskan diri ke sesi temuduga atau tidak? Apa pun prestasi anda, yang tinggal untuk anda sekarang ialah doa dan tawakal. Banyakkan berdoa dan kami dari team tipsptd mendoakan yang anda semua berjaya dalam prePAC yang lepas.

prePAC 2009

Banyak juga yang mengejutkan berlaku sepanjang sesi PrePAC baru-baru ni terutamanya kewujudan semula larian 2.4KM atau gantian larian yang lebih pendek bagi calon-calon di INTENGAH kerana lariannya sedikit mendaki. Tapi rasanya ianya bukanlah sesuatu yang sukar bagi anda yang dah melakukan persediaan fizikal.

Begitu juga tajuk-tajuk yang diperbincangkan, lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Suka sungguh bila mendengarnya kerana saya bukanlah di kalangan lelaki yang GAGAH.. hehehe. Apa-apa pun ianya seharusnya lebih mudah kerana ianya hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul dan saya percaya perbincangan itu begitu menyeronokkan bukan? Begitu juga tajuk Sekolah 1 Aliran, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Untuk penyelesaian masalah dan ujian sahsiah mungkin itu sedikit mencabar minda dan kecepatan berfikir anda. Masa yang terhad dan keserasian kumpulan, tolak ansur dan logikal menjadi teras kejayaan sesi ini. Rata-rata mengatakan masa tidak mencukupi untuk menjawab 400++ soalan ujian sahsiah, tapi ketahuilah ianya dibuat khas supaya anda tak sempat berdusta. Maknanya anda jawab berdasarkan keujujuran tanpa fikir untuk masa sebanyak itu.

Apa-apa pun bagaimana pengalaman anda semua? Adakah ianya cemerlang atau sebaliknya? Kongsikan kisah anda di ruangan komen dan mungkin anda boleh berjumpa semula rakan kumpulan anda di sini!

Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Wednesday, June 17th, 2009

Ada yang dah mula menerima surat rasmi panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk sesi PTD Assessment Center yang bakal diadakan pada 3,4 dan 5 Julai 2009. Untuk yang lulus ujian bertulis PTD sebelum ini, nantikan surat panggilan sampai ke rumah anda. Anda juga boleh menyemak terus di laman web rasmi di SEMAKAN Jadual PAC (klik di SINI)

Format kali ini ditentukan 1 hari dan bukan 3 hari seperti yang digembar-gemburkan tapi dengan sedikit perbezaan. Mungkin ramai yang perasan semasa ujian bertulis dulu tiada bahagian Syahsiyah Diri seperti kebiasaan, rupanya bahagian itu dibawa penilaiannya untuk pre-PAC sesi Julai 2009. Sedikit perbezaan untuk tahun ini. Apa-apa pun untuk details maklumat anda boleh semak pada surat panggilan tersebut.

Anda masih ada lebih 2 minggu untuk persediaan sebelum ujian bermula dan adalah dinasihatkan agar anda membuat persediaan yang rapi untuk berjaya kali ini. Mulakan aktif dalam membaca akhbar dan peka kepada isu semasa sekarang sama ada dalam dan luar negeri. Rasanya format tidak banyak berbeza untuk PTD Assessment Center 2009 (PAC) kali ini. Jangan lupa, rancang perjalanan anda supaya ianya berjalan dengan lancar dan tenang. Jangan gelabah, percaya lah, anda boleh melakukannya!

Inshaallah, beberapa post berkaitan dengan PTD Assessment Center (PAC) akan dihasilkan untuk membantu anda dalam persediaan menghadapi ujian PAC ini dari semasa ke semasa.

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Team Tipsptd

Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia