Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41: 2010
Sunday, February 28th, 2010Pengambilan Perkhidmatan Skim 41 akan mengikut jejak langkah pengambilan pegawai PTD iaitu akan melalui Peperiksaan Bertulis yang komprehensif. Malah termasuk skim M41 PTD ini, sebanyak 13 skim Gred 41 akan diseragamkan peperiksaan bertulisnya di bawah nama “Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awan Gred 41“. Ianya melibatkan;
| 1. | Pegawai Arkib Gred S41 | |
| 2. | Penguasa Kastam Gred W41 | |
| 3. | Penguasa Bomba Gred KB41 | |
| 4. | Pegawai Siasatan Gred KR41 | |
| 5. | Penguasa Penjara Gred KX41 | |
| 6. | Pegawai Penerangan Gred S41 | |
| 7. | Pegawai Penguatkuasa Gred N41 | |
| 8. | Pegawai Keselamatan Gred KP41 | |
| 9. | Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 | |
| 10. | Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 | |
| 11. | Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 | |
| 12. | Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 | |
| 13. | Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 | |
Format peperiksaan secara umumnya seperti format peperiksaan bertulis PTD dengan sedikit perbezaan jumlah soalan, tempoh masa dan tambahan Ujian Sahsiah diri yang dahulunya di buang dan di bawa ke prePAC. Dalam kata lain, skim Gred 41 yang lain juga harus merujuka kepada contoh-contoh soalan yang pernah dilalui oleh calon PTD dalam peperiksaan yang lepas
Sebenarnya, ianya adalah kesinambungan pelancaran “Kaedah Pengambilan Secara Profiling” secara rasmi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Januari 2010 yang lepas. Dalam majlis tersebut juga, pengurusi SPA Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri berkata “kaedah yang akan dilaksanakan ini, setiap calon yang akan dilantik oleh SPA akan melalui saringan dalam bentuk peperiksaan teori, ujian fizikal dan kecergasan, ujian praktikal, ujian psikologi, penilaian kompentesi dan temu duga”










