Posts Tagged ‘pegawai tadbir’

Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik

Saturday, September 26th, 2009

Terlebih dahulu Selamat Hari Raya untuk semua. Tapi rasanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis 3 Oktober ni mesti tak senang duduk. Begitu juga calon-calon yang telah menduduki sesi temuduga September 2009 yang lalu, keputusan bakal keluar tidak lama lagi. Kalau diikutkan kenyataan dalam surat tawaran yang lalu ianya sepatutnya keluar pada 12 Oktober ini. Huh tak lama dah tuh.

Raya baru ni sempat juga berjumpa rakan-rakan PTD yang berkhidmat di negeri iaitu di pejabat SUK negeri. Ya sedikit berbeza jugalah pengalaman mereka berbanding yang bertugas di peringkat pusat. Tapi apa yang pasti para penjawat jawatan PTD ini memainkan peranan yang penting dan diharapkan di negeri. Tak perlulah nak kongsi cerita pengalaman, yang penting, anda usahakan dan siapkan diri anda untuk menjawat jawatan ini!

Melalui feedback calon yang mengambil peperiksaan bertulis ptd, bahagian yang mencabar ialah bahagian Matematik dan IQ. Sebenarnya ianya tidak lah sesukar mana kerana soalan MAtematik seperti yang telah dinyatakan hanya mencakupi silibus sehingga SPM sahaja. Cari set-set soalan matematik peringkat PMR dan SPM, cuba buat satu dua set percubaan untuk mengasah kembali bakat Matematik anda. Anda boleh cuba set-set soalan di bawah;

Sekurang-kurangnya anda ada sedikit persediaan untuk menghadapinya. Jangan tangguh, buat secepat mungkin! Mudah-mudahan anda dapat menduduki exam bertulis ptd kali ini dengan jayanya

Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Saturday, March 28th, 2009

Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.

Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS.

Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.

Sumber info: INTAN Online

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia