Posts Tagged ‘PTD Assessment Centre’

Keputusan prePAC Disember: Semak sekarang!

Tuesday, January 12th, 2010

Keputusan Peperiksaan Ujian PTD Assessment Center sesi Disember sudah diumumkan hari ini. Anda boleh semak memggunakan link di bawah:

Semakan keputusan prePAC Disember 2009 (Klik DI SINI)

Ada yang gagal dan ada yang lulus. Itu satu yang biasa dan harapan kami ialah anda jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Sekurang-kurangnya jika anda sampai ke peringkat ini nanti, anda sudah anda pengelaman dan kelebihan masa itu sudah memihak kepada anda. Yakinlah setiap sesuatu itu ada hikmahnya dan hikmah yang jelas ialah, kegagalan ini sudah pasti akan memberikan anda peluang yang lebih baik untuk sesi yang sama pada masa akan datang! Teruskan Usaha

Untuk yang berjaya, sekalung tahniah daripada kami di Tips PTD. Anda sudah selangkah ke hadapan dan tinggal 1 langkah lagi sebelum anda berjaya memasuki skim ini. Jangan bazirkan peluang yang anda dapat ini, mula peka dengan isu semasa sekarang, mula bermonolog sendiri dan tingkatkan keyakinan anda untuk menghadapi temuduga akan datang!

prePAC 2010

p/s Kongsi keputusan anda dengan tinggalkan komen di ruangan komen. Kami juga gembira untuk mengetahuinya!

Share This Post

Muhasabah PrePAC 2009

Sunday, December 13th, 2009

Ramai yang dah menarik nafas lega setelah prePAC tamat pada hari ini. Jadi macam mana dengan prestasi anda? Agak-agak anda boleh memboloskan diri ke sesi temuduga atau tidak? Apa pun prestasi anda, yang tinggal untuk anda sekarang ialah doa dan tawakal. Banyakkan berdoa dan kami dari team tipsptd mendoakan yang anda semua berjaya dalam prePAC yang lepas.

prePAC 2009

Banyak juga yang mengejutkan berlaku sepanjang sesi PrePAC baru-baru ni terutamanya kewujudan semula larian 2.4KM atau gantian larian yang lebih pendek bagi calon-calon di INTENGAH kerana lariannya sedikit mendaki. Tapi rasanya ianya bukanlah sesuatu yang sukar bagi anda yang dah melakukan persediaan fizikal.

Begitu juga tajuk-tajuk yang diperbincangkan, lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Suka sungguh bila mendengarnya kerana saya bukanlah di kalangan lelaki yang GAGAH.. hehehe. Apa-apa pun ianya seharusnya lebih mudah kerana ianya hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul dan saya percaya perbincangan itu begitu menyeronokkan bukan? Begitu juga tajuk Sekolah 1 Aliran, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Untuk penyelesaian masalah dan ujian sahsiah mungkin itu sedikit mencabar minda dan kecepatan berfikir anda. Masa yang terhad dan keserasian kumpulan, tolak ansur dan logikal menjadi teras kejayaan sesi ini. Rata-rata mengatakan masa tidak mencukupi untuk menjawab 400++ soalan ujian sahsiah, tapi ketahuilah ianya dibuat khas supaya anda tak sempat berdusta. Maknanya anda jawab berdasarkan keujujuran tanpa fikir untuk masa sebanyak itu.

Apa-apa pun bagaimana pengalaman anda semua? Adakah ianya cemerlang atau sebaliknya? Kongsikan kisah anda di ruangan komen dan mungkin anda boleh berjumpa semula rakan kumpulan anda di sini!

Share This Post

Pre-PAC Disember 2009

Monday, November 16th, 2009

Sebagimana yang diketahui, pre-PAC sesi Disember ini masih mengekalkan format 1 hari dan rasanya format tersebut akan kekal buat masa ini. sedikit bagi mereka yang tidak mengetahui, format 1 hari ini diperkenalkan pada hujung tahun 2008 menggantikan format 3 hari yang sebelum ini. Aktiviti tak banyak berubah bahkan ianya menjadi lebih mudah berdasarkan feedback dari peserta yang mengambilnya berulang kali. Aktiviti utama masih dikekalkan yang mencakupi penilaian;

  • Kemahiran berbahasa (English/MElayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Itu lima benda yang biasa dinilai dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Janagn lupa kemahiran melontarkan idea dan menerima idea dan bagaimana attitude anda di sana. Anda tak perlu jadi hipokrit dengan berlakon yang anda bagus, cumanya simpan atau sembunyikan sahaja sikap-sikap panas baran, nak selalu betul, tak boleh menerima pendapat orang lain dan sebagainya yang anda fikir negatif. Cuma tonjolkan sahaja nilai positif yang anda ada di sana.

Latih dan tingkatkan tahap keyakinan anda, jangan mudah mengalah. Ramai yang cepat mengalah dalam aktiviti fizikal sedangkan kalau dicuba dengan lebih bersungguh, anda akan mampu menghabiskannya.. saya pasti. Apa yang kurang ialah, anda tak yakin yang anda boleh melakukan. Begitu juga keyakinan dalam berucap dan melontarkan idea. Yakin dengan idea anda dan lontarkan dengan penuh kayakinan dengan suara dan nada yang yakin. Anda seorang graduan universiti dan anda lulus ujian bertulis yang mana puluhan ribu orang gagal, anda harus sedar hakikat ini dan tahu bahawa anda adalah graduan yang terpilih!ptd assessment center

Share This Post

Result PAC Julai 2009

Thursday, August 6th, 2009

Team Tips PTD mengucapkan sekalung tanhniah untuk yang berjaya dalam ujian PAC Julai baru-baru ini. Agak awal juga result yang dikeluarkan kali ini berbanding sesi-sesi yang dahulu. Untuk yang masih belum semak status anda, anda boleh semak di sini “PTD Assessment Center (PAC)”

Ada juga yang lulus PAC tetapi masih dipanggil ke peperiksaan bertulis, ianya terpulang kepada anda. Bagi saya, fokus kepada persediaan temuduga PTD anda dari sekarang. Siapkan diri anda dan jangan lengah-lengah lagi. Anda hanya setapak sahaja lagi sebelum bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Sekali lagi, tahniah untuk anda dari Team Tips PTD!

Share This Post

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – H1N1

Wednesday, June 24th, 2009

Entri ini diawalkan atas permintaan calon-calon Program Assessment Center (ujian PAC) yang bakal mendudukinya hujung minggu ini (26-28 Jun). Ini adalah nota ringkas tentang Isu Semasa selepas posting mengenai 1Malaysia sebelum ini. selamat berjaya untuk anda.

Sekilas Pandang:
‘H’ bermaksud Hemagglutinin protein dan ‘N’ bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis atau subtypes H dan N, tapi hanya H1, H2, H3 dan N1, N2 sahaja yang biasanya ditemui di tubuh manusia. Jadinya yang heboh sekarang ialah H1N1.

Tindakan pencegahan;

  • Menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Wabak ini.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza (ini termasuk demam, sakit tekak, batuk, hidung berair).
  • Elakkan tempat-tempat yang sesak.
  • Pastikan persekitaran dan diri dalam keadaan bersih. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau tangan ketika bersin atau batuk.
  • Sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas, sebelum makan dan ketika dicemari oleh cairan pernafasan seperti selepas bersin.
  • Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.
  • Mematuhi peraturan dan waktu melawat di hospital-hospital, terutama sekali untuk tidak membawa ke hospital kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah.

H1N1 2009
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Status Pandemic Fasa 6
Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan H1N1 sebagai ‘pendemic phase 6’. Apa itu ‘pendamic phase 6”? Menurut WHO;

Human-to-human spread of the virus in two or more countries in one WHO region. In addition to that, the same virus spreads from human-to-human in at least one other country in another WHO region

Dalam kata lain, penyebaran virus ini melibatkan lebih dari satu Negara dan dikira sebaran global yang pertama sejak tahun 1968.

Status Terkini H1N1 di Malaysia
Sehingga entri ini ditulis,

  • jumlah keseluruhan kes sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan
  • jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 1,619 kes
  • Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasnya

Rujukan Tambahan

Download Press Release dari Menteri Kesihatan (penting)

Update H1N1 Seluruh Dunia

Pandemic Alert Response dari WHO

Tajuk-tajuk yang perlud diberi perhatian untuk PAC 2009;

  • isu Pendidikan – PPSMI, SPM 10 subjek shj, kadar bayar balik ptptn, kekurangan guru lelaki
  • isu Kesihatan – related to H1N1, denggi, selsema burung, cikungunya
  • isu Ekonomi – rancangan pemulihan eko, keadaan eko skrg, blr – semak balik info rasmi gvment pasal ekonomi + bank negara
  • isu Sukan – Prestasi Sukan Malaysia, emas olimpik, prestasi bola sepak
  • isu Buruh Asing – dera, indonesia sekat panghantaran pembantu rumah, US kuar statement pasal M’sia
  • isu sosial & politik – rasuah, demokrasi, US dibawah Barack Obama

Selamat berjaya untuk semua calon pac 2009!

Share This Post

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – 1Malaysia

Monday, June 22nd, 2009

1Malaysia-Pengenalan:

Entri ini merupakan nota ringkas melalui maklumat rasmi yang selari dengan hasrat kerajaan. Tiada pandangan peribadi disini, bahkan ianya adalah adaptasi maklumat rasmi sebaran sumber sebaran rasmi kerajaan. Maklumat ini kami rasakan perlu difahami oleh semua calon yang bakal menduduki ujian PAC 2009. Pastikan maklumat anda dari sumber yang betul dan bukan sumber pandangan peribadi yang membawa kepada ‘salah tafsir’ konsep ini kerana ianya turut dimainkan sebagai isu politik dan kita tiada tujuan politik di sini. Diharapkan agar entri ini bermanfaat dalam menjelaskan keseluruhan idea tentang konsep 1 Malaysia.

Slogan:
1Malaysia,
Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
People First, Performance Now

Selayang pandang:
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Matlamat:
‘1Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Sedikit huraian:
Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Najib membawa satu harapan untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

8 nilai murni (dalam rujukan di bawah) yang dihubungkaitkan dengan konsep ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Secara kolektifnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Perbezaan Konsep “1Malaysia” dengan “Malaysian Malaysia”
Ada sedikit sentimen yang dimainkan yang mengatakan konsep 1Malaysia sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP. Ketahuilah dalam kacamata kami dan berdasarkan ‘affirmative statement ‘ oleh Dato’ Najib, ianya jauh berbeza kerana konsep 1Malaysia berpayung di bawah perlembagaan yang sedia ada dan dasar “Malaysian Malaysia” membelakangkan perlembagaan. Secara dasarnya;

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
  • Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

Atau secara ringkasnya, konsep 1Malaysia masih berpaksikan perlembagaan Malaysia yang mengekalkan 7 wasiat raja-raja melayu termasuk hak bumiputera dan lain-lain. Anda boleh rujuk semula 7 Wasiat Raja-Raja melayu dan interpretasi adaptasi dengan perlembagaan kita.

Penutup
Seharusnya juga difahami oleh semua calon Program PTD Assessment Center, pendapat anda harus selari dengan kehendak kerajaan dalam isu ini semasa sesi ujian PAC. Anda boleh mengambil titik kontra dalam isu ini tetapi dalam nilaian satu perbincangan terbuka. Itu sekadar pandangan dari kami di tipsptd.

Rujukan Tambahan:

Download Nota Tambahan:

Share This Post

Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan

Sunday, June 21st, 2009

Terlepas pandang kami tentang tarikh PAC rupanya akan berlangsung selama 2 sesi iaitu 26 – 28 Jun dan 3 – 5 Julai. Jadi ada yang minta pihak tipsptd mempercepatkan entri berkaitan. Akan diusahakan, kita tengok macam mana. Apa-apa pun diharapkan untuk yang bakal menghadapinya lebih awal iaitu sesi 26-28 Jun, harap boleh berkongsi pengalaman untuk manfaat teman-teman sesi seterusnya nanti.

Jadi entri kali ini lebih kepada “Pelan Tindakan” untuk anda menghadapi Program PTD Assessment Center nanti. Secara kasarnya kita tahu melalui pengalaman yang lepas yang ujian PAC mencakupi beberapa penilaian yang secara kasarnya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu;

• Aspek pengucapan Bahasa Melayu
• Aspek pengucapan Bahasa Inggeris
• Aspek fizikal

Dalam penilaian pengucapan adanya sesi debat dan perbincangan di mana anda akan dinilai di situ dan penilaian fizikal adalah melalui aktiviti fizikal yang dulunya larian 2.4km dan yang terbaru 5 corak senaman fizikal. Walau apa pun pertukaran perincian format, 3 aspek penilaian ini masih menjadi tumpuan utama disamping penilaian nilai kendiri dan syahsiah.

Untuk masa yang singkat ini, apa yang perlu anda buat?? Kami ringkaskan 10 perkara ini dan ianya merupakan unjuran tindakan yang perlu anda lakukan  mulai sekarang!

  1. Beli dan baca akhbar Berita Harian/Utusan (aspek 1)
  2. Beli dan baca akhbar The Star/NST (aspek 2)
  3. Luangkan masa menonton Buletin Utama pukul 8 malam (aspek 1 dan 2)
  4. Fokus berita penting dalam akhbar dan berita tersebut dan buat sedikit catatan (aspek 1 dan 2)
  5. Khususkan pembacaan anda kepada beberapa kategori supaya anda tidak pening seperti **isu kesihatan (denggi, HIN1 etc), **isu nasional (KLCIC, bangunan runtuh etc), **isu sukan (prestasi bola sepak, jurulatih luar etc), **isu pendidikan (subjek tetap SPM, PPSMI etc) dan lain-lain isu. Pecahkan supaya anda nampak lebih objektif dan tersusun, ini akan memudahkan maklumat masuk secara teratur dalam kepala anda :) (aspek 1 dan 2)
  6. Qoute beberapa kata-kata/statement rasmi tokoh, menteri dan badan berwajib dalam beberapa isu penting. Contohnya, **mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun ialah sebanyak 42 kes. Statement sebegini akan mengukuhkan statement anda nanti dan akan menarik perhatian (aspek 1 dan 2)
  7. Mula bermonolog sendiri dalam bahasa melayu dan Inggeris semasa memandu, berjalan dan ketika anda seorang diri untuk meningkatkan kelancaran susunan ayat anda (aspek 1 dan 2)
  8. Baca dengan kuat akhbar The Star/NST untuk melancarkan sebutan bahasa Inggeris anda (aspek 2)
  9. Buat sit-up, pumping, ketuk ketampi, jalan itik, joging dan apa2 yang difikirkan perlu untuk meningkatkan tahap kecergasan anda. Mengikut perkongsian, untuk ujian fizikal format 1 hari, rutin tugasan begitu berat dan menyakitkan otot bagi yang tak biasa. Jadi anda biasakan diri anda dengan semua aktiviti ini supaya memudahkan anda nanti tak kiralah apa bentuk ujian yang bakal pihak INTAN adakan, anda harus bersedia. (aspek 3)
  10. Buat semua perkara 1-9 secara intensif, dan ingat, usaha tangga kejayaan! (aspek 1, 2 dan 3)

Entri seterusnya akan membincangkan tentang Isu Semasa: 1 malaysia

Share This Post

Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Wednesday, June 17th, 2009

Ada yang dah mula menerima surat rasmi panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk sesi PTD Assessment Center yang bakal diadakan pada 3,4 dan 5 Julai 2009. Untuk yang lulus ujian bertulis PTD sebelum ini, nantikan surat panggilan sampai ke rumah anda. Anda juga boleh menyemak terus di laman web rasmi di SEMAKAN Jadual PAC (klik di SINI)

Format kali ini ditentukan 1 hari dan bukan 3 hari seperti yang digembar-gemburkan tapi dengan sedikit perbezaan. Mungkin ramai yang perasan semasa ujian bertulis dulu tiada bahagian Syahsiyah Diri seperti kebiasaan, rupanya bahagian itu dibawa penilaiannya untuk pre-PAC sesi Julai 2009. Sedikit perbezaan untuk tahun ini. Apa-apa pun untuk details maklumat anda boleh semak pada surat panggilan tersebut.

Anda masih ada lebih 2 minggu untuk persediaan sebelum ujian bermula dan adalah dinasihatkan agar anda membuat persediaan yang rapi untuk berjaya kali ini. Mulakan aktif dalam membaca akhbar dan peka kepada isu semasa sekarang sama ada dalam dan luar negeri. Rasanya format tidak banyak berbeza untuk PTD Assessment Center 2009 (PAC) kali ini. Jangan lupa, rancang perjalanan anda supaya ianya berjalan dengan lancar dan tenang. Jangan gelabah, percaya lah, anda boleh melakukannya!

Inshaallah, beberapa post berkaitan dengan PTD Assessment Center (PAC) akan dihasilkan untuk membantu anda dalam persediaan menghadapi ujian PAC ini dari semasa ke semasa.

Share This Post

Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 1

Monday, April 27th, 2009

Wah banyak betul email pertanyaan tentang PTD Assessment Center diajukan ke email kami. Ada yang sempat kami jawab, dan ada yang tak. Harapan kami entry kali ini menjawab soalan-soalan anda.

Untuk stage yang pertama, adanya “Group Discussion” dalam bahasa Inggeris. Berikan idea anda yang bernas bedasarkan kefahaman dan fakta anda. Ada yang bertanya tentang tips no.10 dalam  ebook ‘27 Sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD’ iaitu menganggap pandangan anda adalah idea dan bukan fakta. Tips ini bermaksud bahawa anda harus berfikiran terbuka, sanggup menerima kritikan dan selalu terbuka untuk berbincang. Dalam kata lain, kalau anda menganggap ianya fakta anda sebenarnya menutup pintu perbincangan, kerana fakta harus diterima tanpa persoalan. Oleh itu setiap lontaran anda, harus ada dalam fikiran anda ianya adalah idea terbuka dan sesiapa pun layak mempersoalkannya. Dalam  kata lain, anda akan memainkan peranan penting dalam perbincangan itu dengan mengemukakan idea untuk perbincangan. Bukankah ini sedikit sebanyak menunjukkan anda seorang yang pandai berdiplomasi? Ya lah, itu attitude profesional seorang Pegawai tadbir dan Diplomatik!

Bahagian yang kedua pula ialah debat bahasa melayu. Anda akan dibahagikan samaada menjadi pembangkang ataupun pencadang. Attitude yang anda harus ada ialah berbeza dengan group discussion. Dalam sesi ini anda harus mempertahankan idea anda seperti fakta yang mana sememangnya betul dan tiada yang salah melainkan betul. Walaupun ianya hanyalah lontaran idea anda semata-mata dan  bukan lah fakta, tapi kali ini anda harus anggap ianya fakta dan anda mampu mempertahankannya. Fakta dari pihak lawan pula anda harus anggap sebagai ‘idea yang salah’, keluarkan fakta lain yang mampu mematahkan idea mereka. Tapi jaga kata-kata anda, tingkah laku anda haruslah  menunjukkan anda profesional dan tidak emosi.

Rasanya cukup lah untuk entry kali ini, lagi pun rasanya surat panggilan PAC masih belum dikeluarkan kan? Jadi untuk sesi fizikal kita akan bincangkan pada entry yang akan datang. Jangan lupa ajak teman-teman anda yang berjaya dalam ujian bertulis PTD untuk melawat blog ini dan sama-sama kita kongsi pengalaman. Mengenai format PTD Assessment Centre 2009 akan saya ulas sedikit lagi pada entry akan datang.

Apa2 soalan dan tips boleh lah diusulkan dengan meninggalkan komen di bawah.

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Share This Post

Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 2

Monday, April 20th, 2009

Tahniah untuk mereka yang lulus ujian PTD baru2 ini. Dan sekarang anda yang lulus harus fokus untuk berjaya dalam PTD Assessment Centre (PAC) test pula. Yang tak berjaya, jadikan ini pengalaman dan cuba lagi untuk sesi yang akan datang! jangan berputus asa.

Pada entri yang lepas, kita dah bincangkan sedikit sebanyak tentang apa yang dinilai dalam PAC. Ada beberapa criteria lain yang secara umumnya diambil kira semasa PAC ini selain dari kemahiran personal yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Kemahiran anda adalah kualiti utama yang perlu anda ketengahkan untuk membuatkan anda lebih tertonjol berbanding yang lain. Antara kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi. Anda harus menyakinkan mereka yang anda berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan lain dan berkesan. Tidak semestinya anda bercakap banyak, tapi setiap kali ada berbahasa, nilaian dan lontaran idea itu menarik dan jelas kepada maknanya.

Dalam sesi pengucapan awam / public speaking anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda. Di sini kuncinya!

Di samping itu juga, semua itu menuntut anda mempunyai pengetahuan dalam isu-isu yang berkaitan. Kematangan idea dinilai melalui keupayaan anda mencetuskan idea itu pada masa yang sesuai dan relevan dengan isu yang diperbincangkan.

Saya rasa entri Part 1 dan Part 2 cukup secara umumnya mencakupi apa yang dinilai dan apa yang perlu anda fokuskan semasa anda menghadapi PAC. Saya simpulkan sekali lagi, apa yang penting dalam PAC ialah, keyakinan anda yang mencakupi kualiti personal, kemahiran dan pengetahuan anda. Bermulalah dari sekarang untuk berjaya!

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Share This Post
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Tag Umum
Pengunjung Setia