Temuduga PTD – sesi September 2010
Saturday, September 4th, 2010Untuk jawatan M41 yang lulus Assessment Center lepas, panggilan temuduga sudah pun dikeluarkan dan ramai yang menduduki sesi temuduga pada 1-3 September baru-baru ini. Antara soalan yang ditanya adalah ’standard’ biasa bermula dengan mengenalkan diri anda, sedikit latarbelakang anda dan kenapa memilih untuk menjawat jawatan PTD. Khabarnya tidak banyak soalan isu semasa yang ditanya tapi masih bermain tentang DEB vs MEB, proses lantikan badan eksekutif dan pakej rangsangan ekonomi.
Tak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya, buat persediaan secukupnya. Ramai yang masih belum ‘confident’ dalam memilih pakaian. Kami nyatakan sekali lagi cadangan pemakaian yang telah dikongsikan dulu untuk lelaki dan perempuan;
======================================
Perkongsian dari Saudari Noorahayu – Rakan PTD
======================================
-Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai2x dan janggut, normally kene bercukur
-Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
-Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian
-Blazer untuk tampil meyakinkan
-ada orang pakai nametag tp saya tidak pakai pun
-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
-Kasut tumit tinggi -court shoes berwarna hitam
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan
-blazer sekiranya bersesuaian
Untuk yang telah menduduki temuduga, bolehlah berkongsi disini untuk manfaat pembaca yang lain tentang persediaan dan suasan temuduga. Perkara sebenarnya yang anda harus sedar, temuduga ini sesuatu yang dinamik, tiada soalan tetap dan ianya lebih bergantung kepada penemuduga anda. Salam sukses dari kami untuk anda!
Kongsikan pandangan dan pengalaman anda melalui ruangan komen di bawah.










