Posts Tagged ‘tips temuduga ptd’

Temuduga PTD: Buang gugup..nervous

Tuesday, August 25th, 2009

Bahang temuduga ptd semakin hampir, bagaimana dengan persediaan anda. Saya tak mahu sentuh lagi mengenai isu semasa dan soalan lazim kerana semua itu sudah banyak dibincangkan dalam post dalam kategori temuduga PTD, anda boleh semak di situ. Ada satu lagi masalah penting semasa interview iaitu gemuruh atau gugup yang membawa kepada situasi gagap dan ’speechless’. Jadi bagaimana mahu mengurangkan rasa ‘nervous’ semasa interview atau temuduga PTD nanti? Saya kongsikan tips yang di tulis oleh saudara Jamal kepada anda;

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Semoga tips ini sikit sebanyak membantu anda. Tapi bagi saya, yang terpenting ialah anda cukupkan persediaan anda dan yakin pada diri sendiri. Kenapa perlu gugup kalau anda sudah tau semuanya!!

p/s Contoh resume akan diedarkan dalam masa terdekat hasil sumbangan rakan PTD Noorahayu Yahya

Temuduga PTD: Tahniah!

Friday, August 21st, 2009

Sesi temuduga PTD untuk ambilan kedua tahun ini sudah pun dijadualkan pada 2-11 September iaitu lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Pertama sekali tahniah untuk yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga kali ini. Difahamkan hanya lebih kurang 1100++ sahaja calon yang dipanggil menduduki temuduga kali ini untuk mengisi kekosongan 600 tempat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik skim kontrak. Pihak Tips PTD sudahpun membincangkan isu kontrak ini dan bagaimana ianya dilaksanakan jadi tak perlu lah dibincangkan lagi kali ini. Untuk yang belum menyemak status panggilan temuduga PTD ini anda boleh semak menggunakan link “Semakan Satus Temuduga PTD September 2009″

Pihak Tips PTD sudah pun mengambil inisiatif dalam mengemukakan tips dan tunjuk cara bagaimana menghadapi temuduga kali ini dengan 3 posting penting dari Saudari Noorahayu Yahya iaitu teman rakan PTD yang sudi berkongsi tips. Harap ianya menjadi rujukan untuk anda lulus dalam sesi temuduga kali ini. InshaAllah, akan ada lagi post dalam masa terdekat untuk pengkhususan persediaan anda, jadi jangan lupa sentiasa lawati blog ini untuk rujukan anda.

Sekali lagi tahniah untuk yang berjaya melepasi halangan PAC yang lalu dan dipanggil untuk temuduga kali ini. Ingat, anda adalah yang terpilih dan selangkah lagi, anda bakal bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik! Buat lah persediaan awal dari sekarang.

Persediaan Temuduga..

Saturday, August 15th, 2009

Bahagian 3: Perkongsian Noorahayu Yahya

SEBELUM INTERVIEW

a) Intelektual
-Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam dan orang-orang penting kerajaan
-Membaca buku Malaysia kita yang banyak memberi maklumat tentang sistem di negara Malaysia misalnya parlimen negara (dewan rakyat dan dewan negara)
-Membaca buku “kerjaya sebagai PTD” untuk mengetahui Job skop PTD supaya sekiranya ditanya kenapa mahu menjadi PTD, anda akan tahu jawapannya
-tau dasar kerajaan terbarunya contohnya “1 malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”

b) Isu-isu semasa
-kes H1N1=apakah langkah yang terbaik untuk mencegah penularan penyakit ini?
-isu-isu terbaru di Malaysia?? baca suratkhabar dan pastikan anda familiar dengan isu-isu semasa termasuk bola sepak dll..

c) Soalan-soalan berkaitan diri sendiri
-apa matlamat hidup?
-kenapa mahu jadi PTD?
-kene mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding ptd?
-apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

SEMASA INTERVIEW

-cara masuk ke Bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan salutasi -Assalamualaikum
-senyum senyum senyum
-kenal nama interviewer jika boleh
-duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
-tunggu duduk bila diminta oleh interviewer
-jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas

contohnya beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1

-anda harus jawab “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang pertamanya…Yang keduanya,..Yang ketiganya…”

SELEPAS INTERVIEW

-ucap terima kasih dan senyum!!
-berdoalah supaya berjaya

p/s: ini adalah tips ringkas dari saya, harap ia membantu anda semua!

—————————————

Terima kasih untuk Sis Noorahayu Yahya untuk perkongsian ini dari Team Tips PTD!

Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga

Saturday, August 15th, 2009

Bahagian 2: Perkongsian Noorahayu Yahya

PENAMPILAN SEMASA Temuduga PTD

-Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai2x dan janggut, normally kene bercukur
-Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
-Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian
-Blazer untuk tampil meyakinkan
-ada orang pakai nametag tp saya tidak pakai pun

-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
-Kasut tumit tinggi -court shoes berwarna hitam
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan
-blazer sekiranya bersesuaian

-File yang mengandungi maklumat peribadi hendaklah disusun dari PMR-SPM-universiti..susun biar nampak organise dan tidak celaru kerana ia mencerminkan “ketelitian rakan-rakan” dan ini penting untuk temuduga PTD

-Sediakan copies of certificate yang cukup supaya tidak menggelabah semasa hendak menyediakan maklumat yang diminta oleh sekretariat.. Temuduga PTD

Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD

Tuesday, August 11th, 2009

Pihak tipsptd mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi tips temuduga kerja kerajaan terutamanya temuduga PTD selepas keluarnya keputusan PAC baru-baru ini. Tahniah untuk yang berjaya. Sesi posting Khas Temuduga ini akan mencakupi 3 posting utama iaitu;

  • Pemakaian Semasa Interview
  • Sebelum Interview & Mentaliti
  • Semasa temuduga & Selepas temuduga

Semua maklumat ini adalah tulisan Noorahayu Yahya yang merupakan perkongsian umum darinya setelah berjaya bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

————————————————————————————————-

Bahagian 1:

Pertamanya bagi rakan-rakan yang telah berjaya melepasi PAC, tahniah diucapkan..

Untuk perhatian rakan-rakan, bukan mudah untuk melepasi tahap ini, kerana pada tahap ini, rakan-rakan bukan sahaja dinilai dari segi kebolehan intelektual, malahan rakan2x juga telah dinilai dari semua aspek termasuk aspek ketrampilan, personaliti dan kebolehan semula jadi..untuk menjadi diplomat..

Bukan mudah untuk melepasi stage ini, kerana terdapat pelbagai peserta yang masing-masing berebut-rebut menonjolkan personaliti..Harus diingati, PAC bukanlah ruang untuk “bertanding menonjolkan bakat atau diri” tetapi ia merupakan platform untuk memberi peluang kepada bakal diplomat untuk menyuarakan pendapat, melebarkan jaringan persahabatan dan yang utama “memahami apakah maksud tersirat di sebalik setiap ujian yang telah diberikan”

Untuk tujuan tersebut, Tahniah kepada semua rakan yang berjaya melepasi PAC!!

Bagi stage seterusnya, memandangkan saya mendapat beberapa pertanyaan dari rakan-rakan, dan bagi menyelaraskan keadaan supaya semuanya mendapat maklumat yang tepat dan sama rata..beberapa tips interview daripada saya secara peribadinya dan juga daripada rakan-rakan yang memegang jawatan ini..Harapan saya agar tips ini membantu walaupun bukan 100% kerana 99% daripada kami tapi selebihnya 1% adalah datang dari diri dan keperibadian calon2x interview..

nantikan sambungannya..

Temuduga PTD Jun 09 selesai

Monday, June 15th, 2009

Tahniah untuk semua yang berjaya dipanggil dan telah menduduki temuduga PTD ambilan khas yang baru berlangsung sehingga 12 Jun 2009 baru ni. Soalan dan isu kali ini tidak banyak berbeza sebagaimana sesi temuduga kerja kerajaan yang lain. Format masih dikekalkan dan rangka khas iaitu mengenai isu semasa masih menjadi antara yang perlu diambil berat di samping kefahaman tentang kerjaya ptd itu sendiri.

Untuk yang bakal menduduki ujian ptd assessment center (PAC) di harap anda dapat bersedia dengan isu-isu terkini termasuk isu tanah runtuh, bangunan segera yang melibatkan kerobohan stadium, isu Chin Peng termasuklah konsep 1 malaysia dan bagaimana ianya berbeza dengan konsep “Malaysian malaysia”

Sesi Temuduga PTD Jun 2009

Tuesday, May 26th, 2009

Sesi temuduga pegawai tadbir dan diplomatik diumumkan untuk sesi Jun iaitu pada 1 hingga 12 Jun 2009 iaitu pada minggu hadapan. Anda harus fokus kan minda anda yang anda pasti berjaya menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Temuduga PTD merypakan peringkat terakhir dalam usaha menjadi seorang pegawai ptd dan kegagalan pada peringkat ini sudah pasti mengundang perasaan kecewa yang amat sangat. Jadi jangan biarkan diri anda kecewa, berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Tentu anda pernah membaca buku “The Power of Thinking Big” yang antara lainnya menggalakkan kita berimaginasi dalam melipatgandakan fokus dan usaha kita ke arah itu. Cuba bayangkan, apabila selesai temuduga ptd, dan tiba masanya anda semak keputusan, anda diberitakan yang anda berjaya seperti dibawah!

Dan selepas itu anda mendapat surat tawaran dan lapor diri sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Alangkah indahnya kerana impian itu sudah tercapai. Anda boleh berimaginasi, tapi jangan hanya berangan! Usaha, kumpul maklumat dan siapkan diri anda!

lantikanptdSumber: Sini

Selamat berjaya untuk mereka yang bakal menduduki temuduga PTD sesi Jun 2009!

Soalan Temuduga PTD: Kisah Benar

Sunday, May 24th, 2009

Kisah ini saya kongsikan dari tulisan saudara Aros dari blognya yang menceritakan pengalaman sebenar beliau menduduki Temuduga PTD. Harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

——————————————————————————————

Assalammualaikum Datuk, Tuan (sambil memberikan senyuman yang paling hensem aku kat dua2 panel interview aku dan merenung anak mata depa sambil menganggukkan kepala sket tatkala bersalaman.) Aku masuk penuh tertib+senyum xabes2 cam kerang busuk pastu terus aku salam kedua2 panel interview kat luar. Aku tanya dulu, Apa khabar Datuk, Tuan? (sambil senyum lagi). Mereka jwb Alhamdulillah sihat (hahaha amek tips from jobs hunting strategies kat UTP! seblm depa interview kita, baik kita interview depa dlu!) dan aku terus memberikan fail2 berisi sijil2, degree holder, resume dan beberapa dokumen penting yg telah disediakan oleh SPA semasa mendaftar pukul 8 td.

Tiba2:

Tuan Ayouf: Sejuk tgn Encik Rahim? (sambil mengurut2 misai putihnya yang tebal! seyes!)
Calon PTD: agak kuat aircond di luar tadi encik (sambil memberikan senyuman yang paling hensemnya)

Aku meminta izin utk duduk dan setelah diberi kebenaran, aku duduk kat kerusi. (suasana dlm bilik interview ada 1 kerusi utk calon dand 2 buah meja+kerusi utk panel dan sebuah laptop. Bilik agak sederhana besar sesuai utk interview session.)

Keadaan berlangsung lagi…

Datuk Ahmad: Encik Rahim pernah hadir temuduga dgn saya ke sblm ni?
Calon PTD: (soalan yang aku dah jangka!) Pernah Datuk, bulan 12 lepas di sini Datuk.
Datuk Ahmad: Jwtan apa tu?
Calon PTD: Penolong Pegawai Pendaftaran Gred s27 Datuk.
Datuk Ahmad: Yg tu pon kamu xlepas ni mcmana pulak nak pg tahap paling tinggi ni huh? (saje psiko kot)
Calon PTD: Betul Datuk, ia agak mengecewakan sy juga kjetika itu, tetapi sy percaya yg rezeki sy belum smpai dan percaya rezeki ada di mana2. Tetapi Datuk juga yg mengatakan agak rugi sy mempunyai ijazah dan diploma yang cemerlang nak pegi kerja buat i/c org awam. (Psiko Datuk tu balik.)
Datuk Ahmad: (pandang calon tu.) Apa persediaan yang kamu dah buat utk hari ni En. Rahim? (sambil Tuan Ayouf disebelah menyelak2 sijil2 aku satu persatu dan ijazah aku.)

So, aku pon senaraikan sume persediaan yang aku dah buat dari A-Z (kacang je soalan tu, dlm BM plak so aku hujah la panjang2.. hehe).

Datuk tu sambung soalan dia (tanpa lihat resume aku+sijil2 aku)..

Datuk Ahmad: (lebey kurang la) Apa yang Encik Rahim faham mengenai….

Soalan2 yang diutarakan kat aku (panduan PENTING utk semua calon yang bakal attend interview PTD plak nanti!)

Datuk Ahmad Said:

1) Berikan perbezaan antara kuasa2 yang ada pada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? (pd aku agak susah sket coz aku tau PBT DBKL je so aku xdpt bg cth lain. Tibe2 otak jadi tepu!)
2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan? (kacang!)
3) Apa yang dimaksudkan dengan ’seperation of powers’? (kacang!)
4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia? (aku mengaku kantoi disini. Sebenarnya aku tau tapi aku terus hurai tugas akhir PTD di parlimen iaitu sbg pegawai pemerhati.)

Di sini, aku telah ditegur oleh Datuk (aku amek positif), beliau kata mcmni…

Datuk Said: Jwpan yg diberikan En. Rahim td tu kalau esei saya bg 10/100 je. Kalau dlm esei, En.Rahim nak jwb soalan A tp pg cerita utl esei B (smbil memandang calon tu penuh makna.)
Calon PTD: (terkedu!) Memandang wajah Datuk dgn penuh ihsan! Hahaha
Datuk Ahmad: (cuba menolong calon PTD tu) berapa bidang tugas PTD yg En. Rahim tau?
Calon PTD: 8 Datuk (smbil menyenaraikan 1 persatu)
Datuk Ahmad: Hah! Itu yang sepatutnya En. Rahim ckp awal2 tadi, MENGGUBAL dasar. kat Parlimen kerajaan membuat undang2 bukan?
Datuk Ahmad: Bagaimana En.Rahim?
Calon PTD: Maafkan saya Datuk, saya cuba lagi sekali (smbil memberikan hujah barunye…)

Selesai dgn Datuk, Tuan Ayouf pulak menyoal aku…

Antara soalan Tuan Ayouf (in English and his comm skills SUPERB! Excelolent english dia)

(Aku translate in Malay ye haha)

1) Encik Rahim minat apa? Ekonomi? Politik? General issues? (so aku terus la jwb POLITIK sir! aku harap dia tanya pasal politik Perak coz isu tu tgh hot gila skang, tapi…)
2) Senaraikan dasar2 luar Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama (aku terus telan air liur! tapi gorenggggggggggg)
3) Pada pendapat aku, apa setiausaha negara US Hillary Clinton buat kat China skang? (telan air liur lagi! tapi gorengggggggggg dgn englisg tunggang langgang.)
4) Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next month?? (aku gorengggg dgn english aku yang dah mmg *(&(*^*&%^!!!!)

Lepas tu, Datuk Ahmad tgk jam, beliau minta aku buat conclusion..

Datuk Ahmad: Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh En.rahim sekiranya terpilih menjadi seorang PTD? (aku dah prepare so aku terus jwb 5 points. Nampak Datuk puas hati)
Datuk Ahmad: Mengapa saya harus pilih En.Rahim?
Datuk Ahmad: Ada apa2 soalan utk kami?
Calon PTD: Jwb satu persatu dgn tertib tp byk goreng!

Dan…

Datuk Ahmad: Terima Kasih, itu saje…
Calon PTD: Terima Kasih Datuk, Tuan (smbil salam kedua2 panel dan memberikan senyuman yang penuh bermakna!)

Lastly, (aku keluar bilik dan tgk jam lebih kurang pkul 1.05 ptg! xsedar masa berjalan!)

Aku mmg xberapa yakin boleh lepas tahap ni, AKU PERCAYA KALAU ADA REZEKI, AKU JD PTD TAHUN NI, kalo tak aku cuba lagi TAHUN NI! tu pon kalau lepas exam bulan lepas yg aku amek last month!

Kawan2, doakan aku Lepas Interview PTD dan dpt berkhidmat dgn kerajaan as a PTD this year! nanti kalo aku jd PTD, meh aku sain luluskan ape kontrak korg eh, anak2 nak biasiswa ke (ahaks!) tapi yg LEGAL je la! hehe

Sekian, terima kasih.

Salam Ukhwuah,
AROS (post asal disini)

Feedback.. Temuduga PTD

Thursday, May 14th, 2009

Salam tahniah buat mereka yang baru sahaja selesai menjalani temuduga PTD hari ini. Pasti ada yang melangkah keluar dengan senyuman dan pasti juga ada yang kurang berpuas hati dengan prestasi sendiri. Apa pun, pada anda sekarang masih ada senjata terakhir iaitu doa dan harapan. Jangan sesekali memperkecilkan senjata ini, kerana ianya adalah senjata yang paling kukuh dan mapan jika mahu dinilai.

Bagi pembaca blog ini, anda mungkin tersenyum dengan soalan-soalan yang dinyatakan oleh penemuduga pada hari ini kan? Ye lah, anda dah baca isi kandungan blog ini dan ianya sememangnya membantu. Saya mendapat email pada hari ini oleh Saudari Hanizatul yang menduduki temuduga pada hari ini. Antara soalan yang ditanyakan ialah mengenai dasar baru dan slogan baru Perdana Menteri. Mungkin tiada masalah bagi yang bersedia, dan bagi yang tidak membaca isu ini, satu kerugian buat anda. Dalam kata lain anda dapat soalan temuduga PTD bocor dari blog ini. huhu!

Saya pernah menyarankan pembaca blog ini untuk membaca dan mengambil tahu isu ini dalam Exam PTD..Apa Nak Baca dan bagi yang mengambil tindakan dan mencari maklumat tentang isu ini, syabas saya ucapkan dan itu merupakan satu merit untuk anda. Yang penting sekarang, doa dan berserah pada Allah, mudah-mudahan rezeki anda ada dan anda adalah calon pilihan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik!

Temuduga PTD: Pengalaman Sebenar

Tuesday, May 12th, 2009

Ini adalah perkongsian pengalaman oleh seorang pembaca blog TipsPTD (Kasyaf) yang kini bertugas di kedutaan. Moga perkongsian ini memberi manfaat yang besar kepada pembaca lain.
———————————————————–
Saya merupakan seorang PTD yang sedang berkhidmat di Kedutaan Malaysia di luar negara. Bila terbaca entri ni, teringat ketika saya masuk dalam perkhidmatan ini beberapa tahun yang lalu. Saya nak falsh back balik sesi interview pada waktu tu. Saya orang ke tujuh daripada 10 orang peserta dan saya masuk dalam kamr temuduga tepat jam 11 pagi. Saya hanya keluar satu jam kemudian, iaitu sekitar 11.55 tgh.

Memandang latar belakang saya adalah bidang undang-undang Islam, maka penemuduga tersebut tertarik dengan bidang pengajian ini. Soalan2 yang diberikan adalah berbentuk “ingin tahu” dan “penyelesaian masalah”.

Sebenarnya, dalam interview ini, calon perlu bijak menggabungkan beberapa elemin kendiri seperti jujur, berilmu, berkeyakinan, rendah diri dan berbagai lagi.

Satu konsep PTD adalah “walaupun saya tidak tahu mengenai sesuatu perkara, saya mungkin mengetahui serba sedikit sahaja… bincanglah. Tetapi pada masa akan datang saya akan cuba mencari maklumat mengenainya…” – Never say “i dunno! and stop”. Just keep talking objectively.

Dalam temuduga ptd, biasanya panel adalah orang-orang yang telah lama dalam perkhidmatan awam. Hampir 20-30 tahun. Tidak seperti temuduga jawatan yang lebih rendah seperti kerani dan EO. Soalan2 dalam temudga PTD lebih berbentuk luas dan perbincangan, lebih kepada penyelesaian masalah.

Jika disoal soalan yang yang direct seperti “apakah nama ibu negeri Timur Leste?”, kalau tahu jawab lah. Kalau tidak, jawablah maaf yang saya tidak mengentahuinya. Tapi lepas ini saya akan mencari jawapannya.

Biasanya soalan yang ditanya adalah “bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar nakal di sekolah?”. Justeru, calon perlu banyak dalam fikiran mereka solution daripada problem.

Akhirnya, dalam temuduga ini, berserah lah kepada Allah. Kalau itu rezki kita, ia takkan lari ke mana.

Sepanjang interview terbabit, saya mendapat satu soalan yang amat berat. Panel bersoal tentang satu menifesto pembangkang. Sebagai ptd, kita tidak boleh terikat kepada politik kepartian. Jawablah secara akademik dengan melihat pro dan kontra dari segi perlaksanaannya. Sebab dalam dunia ini, ada perkara itu baik tetapi buruk akibat perlaksanaannya. Hati2 lah.

Effort kita 20% sahaja, selebihnya 80% berserah lah kepada Allah s.w.t

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia