Tinggal 2 hari sahaja untuk peperiksaan khas 3 Oktober 2009 ini. Harap semua calon peperiksaan bertulis ptd kali ini sudah bersedia dengan sesungguh mungkin. Ini yang anda perlukan sebelum peperiksaan bermula, checklist! Semak persediaan anda!.Jangan masuk dewan peperiksaan sebelum anda semak semua ini!
Kad pengenalan dan slip peperiksaan sudah sedia!
Peralatan tulis dah sedia!
Dah minta cuti untuk yang bertugas hari Sabtu 3/10
Dah survey dan tahu tempat peperiksaan
Dah tahu format soalan untuk semua seksyen
Dah berbincang dan diskusi dengan kawan-kawan yang dah ambil peperiksaan sebelum ini
Dah bersedia dengan isu-isu semasa untuk menjawab soalan esei
Sudah membaca dan berlatih untuk kelima-lima seksyen peperiksaan
Dah cuba soalan-soalan Matematik peperiksaan SPM dan PMR
Tahniah untuk calon-calon yang berjaya PEperiksaan PTD sesi Ogos. Keputusan telah diumumkan lebih awal kali ini dan bukan seperti kebiasaan yang mengambil antara 5-6 minggu. Mungkin kerana jumlah calon yang mengambil peperiksaan agak sedikit berbanding awal tahun dahulu. Apa-apapun kami dari pihak Tipsptd mengucapkan tahniah untuk yang berjaya, dan yang tak berjaya usah berputus asa kerana kalau dah rezeki tu tak ke mana!. Anda boleh semak keputusan di;
Agak terkejut juga bila ada pembaca yang bertanya tentang peperiksaan PTD sesi Oktober 2009 sebab setahunya peperiksaan bertulis hanya 2 kali setahun iaitu di awal tahun dan di hujungnya. Peperiksaan Ogos lalu adalah peperiksaan yang kedua dan sepatutnya yang terakhir tahun ini. Setelah dibuat sedikit inkuiri tentang ini, memang benar ada peperiksaan khas untuk calon yang tidak dapat hadir semasa panggilan Ogos yang lalu.
Rasanya isu ini sudah selesai dan ramai yang sudah mengesahkan kehadiran masing-masing. Cumanya oleh sebab tipsptd tidak dapat diakses sebelum ini, jadi respon ini agak lewat sedikit. Harapnya juga anda sudah mengambil tindakan yang sewajarnay kerana jawapan perlu diberikan sebelum 7 September yang lepas seperti yang tercatat di
Buatlah persediaan yang sewajarnya kerana seperti yang diketahui, skopnya adalah terlalu luas dan mengambil masa sedikit untuk persediaan yang rapi. Ambillah peluang ini sebaik mungkin dan mudah-mudahan kejayaan memihak kepada anda untuk bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik!
Panduan peperiksaan Ogos lalu sudahpun dihentikan pengedarannya, tetapi kalau ada permintaan khas untuk sesi Oktober ini, team tips ptd tidak keberatan untuk membuka kembali pengedarannya.
Bagaimana dengan peperiksaan bertulis PTD anda? Ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe. Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.
Untuk peperiksaan baru-baru ini, ada juga jiran saya yang pergi menduduki peperiksaan tersebut. Tapi yang hairannya, semasa saya beristirahat sebelah petang saya nampak dia lantas saya tanya, macam mana soalan? Esei boleh jawab? Jawabnya simple je, “tak tahu lah esei keluar soalan apa, sebab lepas math session, aku terus balik.. down..” Huh maknanya dia hanya ambil peperiksaan separuh jalan sahaja akibat tidak dapat menjawab soalan seksyen Math&IQ dengan baik. Dan saya rasa ramai juga calon yang ambil peperiksaan separuh sahaja. Jadi hanya tinggal berapa calon yang menghabiskan peperiksaan?
Anda nampak tak peluang anda untuk berjaya semakin luas jika anda menghabiskan peperiksaan bertulis hingga ke akhirnya? Dari 60 000++ calon, berapa ribu yang tidak pergi langsung dan berapa ribu juga yang berputus asa di pertengahan jalan? Jadi sekiranya anda menghabiskan semua soalan dan jawab sehingga sesi yang terakhir, peluang anda masih terbuka dan apa yang ada pada anda sekarang ialah.. DOA
Ramai yang tak senang duduk ni, begitu jugak team tips ptd, banyak sungguh email yang diterima dan untuk diblas. Bagi email yang tidak di balas, jawapan anda sudah ada dalam posting di blog ini, jadi anda harus explore dan maaf kerana kami tak dapat reply ke semuanya. Jadi bagaimana dengan persediaan anda? Ramai yang tanya, apakah soalan peperiksaan bertulis PTD? huuu.. :p Untuk posting yang lepas telah dihuraikan sedikit sebanyak cara mudah untuk menjawab soalan esei dan bagaimana pecahan perenggan yang sempurna yang mencakupi;
Perenggan 1: Pendahuluan
Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh
Perenggan 5: Counter argument
Perenggan 6: Penutup
Untuk soalan esei anda perlu peka kepada isu, itu sahaja. Soalannya tidak terlalu spesifik bahkan ianya cukup umum untuk memudahkan anda. Percayalah. Kami telah kumpulkan beberapa soalan contoh exam ptd yang pernah keluar dari rakan blogger yang lain untuk anda nilai sendiri betapa mudahnya soalan esei ini dan tiada apa sebenarnya yang perlu anda risaukan. Antara soalan yang pernah keluar ialah;
Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yg sewajarnya.
Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.
Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat.
Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan e-mel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.
Ini adalah sebahagian soalan yang telah keluar sebelum ini dan adalah hampir mustahil untuk ianya keluar lagi. Apa yang kami ingin tunjukkan ialah tahap ‘keumuman’ soalan tersebut yang menungkinkan anda menghuraikan isu itu dengan lebih jauh. Semua isu di atas ialah isu-isu yang hangat pada masa itu dan anda pasti boleh mencapah apakah isu-isu yang hangat pada masa sekarang.
Team tips ptd ada menyenaraikan beberapa isu penting pada entri-entri berkaitan persediaan PAC baru-baru ini dan anda boleh rujuk semual di sana untuk mendapat sedikit idea pencerahan tentang isu-isu sekarang. Rujuk semula akhbar untuk bulan ini dan bulan lepas dan kenal pasti isu-isu penting. Hanya pergi ke akhbar online dan cari ‘arkib’ atau ‘archive’ sebulan. Salam kejayaan dari kami team tips ptd untuk semua calon peperiksaan bertulis PTD
Tahniah untuk mereka yang lulus ujian PTD baru2 ini. Dan sekarang anda yang lulus harus fokus untuk berjaya dalam PTD Assessment Centre (PAC) test pula. Yang tak berjaya, jadikan ini pengalaman dan cuba lagi untuk sesi yang akan datang! jangan berputus asa.
Pada entri yang lepas, kita dah bincangkan sedikit sebanyak tentang apa yang dinilai dalam PAC. Ada beberapa criteria lain yang secara umumnya diambil kira semasa PAC ini selain dari kemahiran personal yang telah kita bincangkan sebelum ini.
Kemahiran anda adalah kualiti utama yang perlu anda ketengahkan untuk membuatkan anda lebih tertonjol berbanding yang lain. Antara kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi. Anda harus menyakinkan mereka yang anda berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan lain dan berkesan. Tidak semestinya anda bercakap banyak, tapi setiap kali ada berbahasa, nilaian dan lontaran idea itu menarik dan jelas kepada maknanya.
Dalam sesi pengucapan awam / public speaking anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda. Di sini kuncinya!
Di samping itu juga, semua itu menuntut anda mempunyai pengetahuan dalam isu-isu yang berkaitan. Kematangan idea dinilai melalui keupayaan anda mencetuskan idea itu pada masa yang sesuai dan relevan dengan isu yang diperbincangkan.
Saya rasa entri Part 1 dan Part 2 cukup secara umumnya mencakupi apa yang dinilai dan apa yang perlu anda fokuskan semasa anda menghadapi PAC. Saya simpulkan sekali lagi, apa yang penting dalam PAC ialah, keyakinan anda yang mencakupi kualiti personal, kemahiran dan pengetahuan anda. Bermulalah dari sekarang untuk berjaya!
p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;