Temuduga Kerajaan 2013 – Januari

Sesi temuduga untuk jawatan kerajaan bagi tahun 2013 sudah bermula. Enam jawatan akan melalui sesi temuduga ini untuk bulan pertama Januari 2013 termasuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

 

temudugaJan2013 Temuduga Kerajaan 2013   Januari

 

Buat persediaan secukupnya. Tip penting untuk temuduga kerajaan adalah;

Cari kementerian/jabatan mana yang bertanggungjawab atas jawatan yang dipohon. Fokus rujukan anda pada kementerian tersebut. Pasti ada soalan berkaitan dengan apa yang ada pada sebaran umum Kementerian/Jabatan itu. Satu bonus untuk anda kan?

Untuk rujukan lebih mendalam dan rapi sebelum hadir mana-mana temuduga tak kira temuduga kerajaan atau swasta, Rujukan BIJAK TEMUDUGA adalah sesuatu yang anda tak patut abaikan.

Salam sukses untuk anda!

This entry was posted in Temuduga and tagged . Bookmark the permalink.

16 Responses to Temuduga Kerajaan 2013 – Januari

  1. Fazli says:

    Askm, sekadar ingin bertanya, adakah calon bagi temuduga PTD tahun 2013 merupakan calon yang lulus PAC tahun 2012 yang lalu sebab rasanya belum ada lagi exam atau PAC PTD yang dijalankan pada tahun 2013 ni.pada tahun 2013 masih adakah pengambilan PTD – exam, PAC dan temuduga selain daripada temuduga bagi calon PTD 2012?

  2. siti zurainah binti abdullah says:

    Macam mana nak tahu kita dipilih?
    dulu bln Oktober 2012 saya ada interview untuk pembantu tadbir ( perkeranian & operasi) tp tidak berjaya..

  3. Syikin says:

    agak mengecewakan update dari Admin Tips PTD kali ini..update sgt lambat..sy dah pon d panggil utk temuduga PTD…surat panggilan SPA sampai pada hari temuduga!! sy terpaksa menunda tarikh temuduga hasil ihsan SPA…tidak sempat utk membuat sebarang persiapan utk temuduga kali pertama ini…juga tiada update utk TIPS TEMUDUGA PEGAWAI PTD M41 dr AdminTipsPTD…harap2 dugaan ini satu laluan & rezeki utk sy..next time, tolong update dgn cepat…bukankah setiap pembeli diberi update percuma selama 5 tahun berturut?? ke update LAMBAT utk 5 tahun berturut2…harap maklum~

  4. pelanggan says:

    @syikin

    selaku pelanggan kpd ebook ni gak, sy xleh nk kata apa la ttd update2 psl ptd ni. ebook yg diterima pn contentnya pn hasil google, komen calon2 kt artikel, dll. not much of analyzed content. untung jgk la owner site ni..calon2 dtg ramai2 dlm blog ni, share tips, share experience, last2 dicedok, susun bg elok2, buat ebook. tp xleh nk kata apa la..bisnes nyer pasal. pepehal, to owner, sekadar pandangan sbg your customer la..

    cik syikin pn..xkn la xterdetik nk check web spa at least 3 hari sekali. nmpk xbersungguh je nk jd ptd. sy check tiap2 hari kot nk tau resultnya..pepehal, sekadar pandangan…

  5. admin says:

    @Fazli: ini untuk calon yang melepasi saringan tahun 2012 yang lalu. Untuk tahun 2013 belum diumumkan lagi

    @Siti Zurainah: Pihak SPA akan menghantar surat panggilan ke alamat anda

    @Syikin: maaf atas kesulitan ini dan kesilapan di pihak kami kerana tidak memberikan maklumat segera. Perbincangan mengenai temuduga dijalankan rancak di http://tipsptd.com/blog/keputusan-peperiksaan-ptd-m41-2012/
    Ya betul, pembelian disertakan update selama 5 tahun untuk rujukan peperiksaan bertulis (yang dijual). Jadi untuk 5 tahun, pembeli tidak perlu lagi beli pakej Asas yang dijual di tipsptd.com. Update adalah setiap kali sesi peperiksaan bertulis diumumkan (khusus peperiksaan bertulis sahaja). Untuk tahun 2013, belum diumumkan lagi sesi peperiksaan

    @pelanggan: terima kasih atas maklum balas ini dan kami menghargainya. Apa yang kami lakukan adalah untuk membantu persediaan calon menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai calon yang kekurangan masa untuk melakukan persediaan, membuat rujukan dan memahami apa yang bakal berlaku semasa peperiksaan dan kami cuba bantu untuk itu. Sejak dari tahun 2009, rujukan ini telah membantu ramai calon lulus peperiksaan bertulis tak kurang juga yang sudah berjaya menjawat jawatan ini. Apa pun semuanya terpulang kepada usaha calon itu sendiri. Terima kasih atas maklumbalas daripada anda :)

  6. RATIYA ETAM says:

    Saya ingin bertanya bilakah sesi peperiksaan untuk PTD akan diadakan pada tahun 2013.
    Bagaimana pula dengan jawatan jawatan lain yang sudah dipohon tetapi tidak menerima sebarang berita mengenai sesi temuduga ataupun peperiksaan yang sepatutnya diadakan ataupun adakah dalam proses untuk pengambilan terbaru kakitangan kerajaan sesi 2013.

    Semoga mendapat maklum balas yang sepatutnya.

    Terima kasih atas perhatian pihak yang membalasnya.

  7. liza says:

    salam…

    saya nak bertanya kenapa sukar mendapat panggilan temuduga walaupun seringkali memohon jawatan yang diiklankan…dan panggilan temuduga melalui emel atau surat…
    terima kasih..

  8. admin says:

    @Ratiya: Jadual untuk tahun 2013 belum diumumkan sepenuhnya lagi. Borang permohonan yang diisi melalui borang online SPA8i hanya sah untuk 1 tahun sahaja. And aperlu update permohonan baru selepas tamat 1 tahun

    @liza: Jumlah calon yang memohon ramai. Panggilan temuduga dikeluarkan melalui surat yang dihantar ke rumah dan melalui semakan online di laman SPA

  9. hazie says:

    Admin…bkn setahun tpi 5 tahun…saya amat berharap agar ape yg dikongsi adalah up-to-date dan tepat…in order for you to update people, you must be updated first…

  10. admin says:

    @hazie: terima kasih atas makluman. Boleh kami dapatkan sumbernya? 1 tahun adalah pernyataan rasmi pihak SPA setakat ini melalui laman rasmi dan boleh disemak di soalan no.13 di http://putra6.spa.gov.my/spa8new/faq.jsp

    13. Adakah permohonan saya sebelum menggunakan MyID masih sah?
    Permohonan anda masih sah dan boleh diterima pakai dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh anda mendaftar permohonan tersebut.

  11. Azli says:

    Askm, yes ptd admin. I do think you need to update your info. Nampaknya blog nie dah banyak yang ketinggalan. Betul kata Hazie, tempoh permohonan dilanjutkan ke 5 tahun bukan 1 tahun. Boleh rujuk laman web spa untuk mendapatkan living proof. Saya hampir ketinggalan untuk membuat permohonan baru dan update info bagi permohonan jawatan ptd. Sedangkan tarikh akhir permohonan adalah hari ini 28/3 sebelum jam 11.59p.m. kerana panggilan exam akan dibuat dalam tempoh masa terdekat yang mana exam ptd akan berlangsung pada 13/4 Selalunya saya hanya mengharapkan latest update daripada team tipsptd tanpa perlu bersusah payah melihat sendiri laman web spa memandangkan time constraints.

  12. Fatima says:

    Admin kena selalu antar email update bukan sekadar update di Facebook. bukan semua buka facebook. saya dapat info ni di fesbook tipsptd tapi tidak di email. kalau nak cepat dapat update kena ke fesbook diaorg juga. (http://www.facebook.com/perkhidmatan.awam.gred41)

  13. admin says:

    @Azli, terima kasih atas teguran dan feedback ini dan kami akan cuba tingkatkan kekerapan hebahan melalui email selepas ini

    @Fatima, terima kasih. Betul, kami lebih banyak update di Facebook kebelakangan ini. Selepas ini akan diselaraskan update di Facebook dan Email.

  14. SYED says:

    saya ada peperiksaan ptd pd 13/4/13 nie…kalo order e-book…berapa lama nak sampai…boleh pergi ambil sendiri?

  15. ADIB says:

    Salam,
    Ingin bertanya, kenapa nota isu semasa dalam pakej untuk 13 April 2013 adalah nota isu semasa 2010/2011? Adakah nota ini masih boleh diguna pakai untuk sesi April 2013? Tidakkah tahun nota sepatutnya “semasa” juga?

  16. sue says:

    memang nota semasa 2013 tu tak memberi manfaat pun.. tp takpe lah… harap dpt update terkini dr team ptd… n harap exam hari tu pn lulus gak.. klu tak lulus.. harap dipanggil lagi untuk tahun dpn n lebih bersedia…

Comments are closed.