Temuduga PTD: Buang gugup..nervous

Bahang temuduga ptd semakin hampir, bagaimana dengan persediaan anda. Saya tak mahu sentuh lagi mengenai isu semasa dan soalan lazim kerana semua itu sudah banyak dibincangkan dalam post dalam kategori temuduga PTD, anda boleh semak di situ. Ada satu lagi masalah penting semasa interview iaitu gemuruh atau gugup yang membawa kepada situasi gagap dan ’speechless’. Jadi bagaimana mahu mengurangkan rasa ‘nervous’ semasa interview atau temuduga PTD nanti? Saya kongsikan tips yang di tulis oleh saudara Jamal kepada anda;

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Semoga tips ini sikit sebanyak membantu anda. Tapi bagi saya, yang terpenting ialah anda cukupkan persediaan anda dan yakin pada diri sendiri. Kenapa perlu gugup kalau anda sudah tau semuanya!!

p/s Contoh resume akan diedarkan dalam masa terdekat hasil sumbangan rakan PTD Noorahayu Yahya

Bacaan tambahan:

  1. Temuduga PTD: Tahniah!
  2. Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga
  3. Persediaan Temuduga..
  4. Sesi Temuduga PTD Jun 2009
  5. Soalan Temuduga PTD: Kisah Benar

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , ,

6 Responses to “Temuduga PTD: Buang gugup..nervous”

  1. chieftain Says:

    those for muslim tu selawat ke rasulullah s.a.w byk2 dlm hati.doa lah kat Allah s.w.t.

  2. Joe Says:

    thank

  3. Joe Says:

    any idea about dress ? perlu tak pakai kot / blazer ?

  4. admin Says:

    ~chieftain
    btul tuh, soritual aspect jgn sesekali di tinggalkan. berhrap hanya kepada Allah

    ~joe
    anda boleh rujuk di posting yang lepas di http://tipsptd.com/blog/interview-ptd-penampilan-semasa-temuduga

  5. chieftain Says:

    betul.yg penting usaha dan tawakkal.serah pd Allah swt.kalau rezeki kita , pasti kita akan dapat.setiap yg berlaku tu ada hikmahnya.so jgn la tension sgt dgn i/view.buat solat hajat dan bagi yang still ada parents tu mintak dia doakan sbb doa ibu ni sangat makbul.doa kita org berpuasa ni makbul terutama sekali waktu nak berbuka puasa tu.

  6. mat Says:

    tq.. tq .. tips yang membantu ..

Leave a Reply

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia