Temuduga PTD: Penulisan Resume
Banyak persoalan tentang resume dan pemakaian untuk sesi temuduga ptd yang bakal berlangsung 2-11 September ini. Untuk pemakaian anda boleh rujuk posting sebelum ini tentang “Penampilan Semasa Temuduga”. Ianya bukanlah satu kemestian untuk anda ikuti, tetapi lebih kepada cadangan pemakaian berdasarkan pengalaman rakan-rakan PTD.
Untuk posting kali ini, tidaklah diterangkan secara details mengenai penulisan resume, sebab panduan penulisan resume mudah didapati di mana-mana sahaja. Cuma kali ini fokus kita ialah penulisan resume khas untukl temuduga ptd. Secara umumnya, untuk resume ada sedikit perbezaannya dengan resume yang anda hantar untuk mencari kerja. Untuk resume permohonan jawatan, anda perlu ada ‘career objective’ atau apa yang anda inginkan dari jawatan tersebut. Tetapi untuk temuduga PTD, anda tak perlu nyatakan perkara tersebut. Cukuplah sekadar maklumat anda dan apakah pencapaian dan pengalaman anda.
Dalam kata lain, ianya ringkas dan padat. Tentang bahasa pula, sepatutnya ianya berbahasa melayu, tetapi berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang berjaya dalam PTD dan yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan yang lain, rata-rata menggunakan resume berbahasa Inggeris. Jadi kami merasakan bahasa bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk di pertimbangkan.
Tentang panjang resume, anda harus faham ianya berbeza dengan CV di mana dalam CV anda pelu nyatakan secara terperinci pencapaian anda. Tapi resume ialah satu tunjuk tara yang menerangkan diri anda sendiri. Jadi ianya mestilah ringkas dalam 2-3 muka surat sahaja.
Anda boleh muat turun Contoh Resume yang digunakan oleh saudari Noorahayu sendiri semasa berjaya dalam sesi temuduga PTD. Terima kasih untuk sumbangan beliau!
Bacaan tambahan:
Entri Berkaitan
Tags: cara menulis resume, contoh resume, Interview PTD, resume temuduga ptd, sample resume, temuduga ptd












September 1st, 2009 at 1:05 am
Temuduga PTD: Penulisan Resume | Tips dan Panduan PTD…
Download contoh resume dan belajar bagaimana menulis resume untuk kerja kerajaan. Tentang panjang resume, anda harus faham ianya berbeza dengan CV di mana dalam CV anda pelu nyatakan secara terperinci pencapaian anda. Tapi resume ialah satu tunjuk tara…
September 1st, 2009 at 2:02 am
terima kasaih untuk saudari noorahayu untuk perkongsian resume beliau. semoga ianya bermanfaat untuk anda semua!
September 1st, 2009 at 8:22 am
salam
terima kasih atas kesudian saudari noorahayu berkongsi pengalaman dan memberi panduan yang sangat berguna khususnya bagi menghadari sesi temuduga. Saya akan menghadiri temuduga pada 4.9.09 bertempat di wisma persekutuan Sandakan, Sabah.
smoga apa yg di beri oleh team tipsptd khususnya akan bermenfaat utk semua.
-terima kasih-
September 1st, 2009 at 8:56 am
nak banding resume ayu dgn aku, punye la jauh beza nye. abis, kalo aku akademik pon dah xcantek, pengalaman xde, nk dapat kje jadi tukang susun barang kat hyperuncit gaji $300 boleh laaa. cmn nk bg cantek mcm profile ayu.. hu3
September 1st, 2009 at 9:04 am
thanks ya saudari noorahayu for your panduan. saya akan menghadiri temuduga pada 3.9.09 di Kuching Sarawak. anyway thanks so much for team tipsptd for the useful information and sharing.
September 1st, 2009 at 9:28 am
Terima kasih kepada saudari noorahayu yang sudi berkongsi resume ini. Terima kasih kepada team tipsptd yang menyediakan website ini.
September 1st, 2009 at 9:46 am
saudari noorahayu..
thanks a lot for the sample resume…really appreciate it…i m so glad to c that..esk saya akan menghadiri interview….
thnks once again.
September 1st, 2009 at 11:03 am
terima kasih team tipsptd untuk perkongsiaan ini..terutama pada saudari noorahayu kerana ikhlasan anda buat kami2 semua…
moga segala kebaikan anda dibalas oleh DIA..amin..
thanks a lot…….
September 1st, 2009 at 11:30 am
terima kasih utk perkongsian resume ni.harap2 ia akn memberi manfaat.
September 1st, 2009 at 11:37 am
terima kasih saudari ayu..semoga berjaya…
September 2nd, 2009 at 1:22 am
thanx a lot sebab berkongsi sample resume dengan kami..
sy akan menghadiri temuduga PTD pada 09/09/09 di kota bharu, kelantan.. wish me luck..!! ^^
September 3rd, 2009 at 8:23 am
Alhamdulillah.. saya dah hadiri temuduga ini semlm di SPA Negeri PErak.. lain panel lain yg ditanya.. semoga yang lain-lain dpt hadapinya dengan baik
September 4th, 2009 at 8:55 am
tq,ayu for the sample resume…so,bulan gerhana story r experience last tuesday….
September 4th, 2009 at 9:17 pm
Salam..saya juga dah hadiri temuduga di SPA Perak (sama dengan bulan_gerhana mungkin?huhu)…alhamdulillah semua lancar, agak menghairankan apabila soalan2 lazim yang seringkali dibincangkan langsung tidak ditanya oleh penemuduga…walaubgaimanapun,thanks so much to team tipsptd for sharing all the infos.
September 4th, 2009 at 9:36 pm
setuju dengan bulan gerhana.. kawan sy ada cite pasal temuduga PTD.. sy ada cite benda ni dalam blog sy..
http://nacmc.blogspot.com
ble kongsi dengan korang.. masa dia cite tu, cuak gak sy dibuatnya.. kawan sy tu interbiu di putrajaya hari rabu 2/9 yg lepas.. sy plak kena 9/9 ni.. wish me luck..
^^
September 12th, 2009 at 3:33 pm
Tips yang saya bagi tuh cuma dari pandangan saya..yang selebihnya terpulang kepada individu masing2x..resume pulak harus buat yang simple,professional..dan memudahkan interviewer utk amik keypoint..”sell yourself” anyway tahniah semua! dan semoga berjaya dlm temuduga!
September 14th, 2009 at 11:59 pm
hari tu time interview, sy bawak resume tak bergambar.. nasib baik ada gambar dalam wallet.. trus lekat kat resume tu..
tips berguna..!!
orang yg jaga kaunter tu kata lagi bagus kalu kita letak gamba yg kita tampal berbanding print trus.. sbb lagi jelas.. panelpun suka tengok.. ^^
September 15th, 2009 at 6:23 am
Saya gembira kerana soalan-soalan yang ditanya bersifat terbuka dan saya menguji kebolehan temuduga yang sebenarnya sehinggakan saya berasa seperti temuduga kerja swasta pula. Saya memang berharap soalan-soalan fakta tidak keluar kerana soalan demikian hanya menguji kemahiran menghafal…
March 30th, 2010 at 4:02 pm
x dpt download tgk la contoh resume ni..dh x ada lagi ker?
May 28th, 2010 at 9:41 pm
~ wawa, dah up semula, terlepas pandang. dah update kat ruangan ‘free download’ lupa nak update kat post ni
July 8th, 2010 at 4:46 pm
perghh.. serabot giler nak wat resume… susahnye nak carik keje bile dah abes blaja… argghHHHH!!!!