Temuduga PTD: Tahniah!

Sesi temuduga PTD untuk ambilan kedua tahun ini sudah pun dijadualkan pada 2-11 September iaitu lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Pertama sekali tahniah untuk yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga kali ini. Difahamkan hanya lebih kurang 1100++ sahaja calon yang dipanggil menduduki temuduga kali ini untuk mengisi kekosongan 600 tempat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik skim kontrak. Pihak Tips PTD sudahpun membincangkan isu kontrak ini dan bagaimana ianya dilaksanakan jadi tak perlu lah dibincangkan lagi kali ini. Untuk yang belum menyemak status panggilan temuduga PTD ini anda boleh semak menggunakan link “Semakan Satus Temuduga PTD September 2009″

Pihak Tips PTD sudah pun mengambil inisiatif dalam mengemukakan tips dan tunjuk cara bagaimana menghadapi temuduga kali ini dengan 3 posting penting dari Saudari Noorahayu Yahya iaitu teman rakan PTD yang sudi berkongsi tips. Harap ianya menjadi rujukan untuk anda lulus dalam sesi temuduga kali ini. InshaAllah, akan ada lagi post dalam masa terdekat untuk pengkhususan persediaan anda, jadi jangan lupa sentiasa lawati blog ini untuk rujukan anda.

Sekali lagi tahniah untuk yang berjaya melepasi halangan PAC yang lalu dan dipanggil untuk temuduga kali ini. Ingat, anda adalah yang terpilih dan selangkah lagi, anda bakal bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik! Buat lah persediaan awal dari sekarang.

Bacaan tambahan:

  1. Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga
  2. Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD
  3. Sesi Temuduga PTD Jun 2009
  4. Soalan Temuduga PTD: Kisah Benar
  5. Persediaan Temuduga..

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

7 Responses to “Temuduga PTD: Tahniah!”

  1. masita Says:

    Salam,

    alhamdulillah sy dh dpt surat pgln temuduga, dan sy jgk telah cek status sy di website SPA..sy keliru coz di website SPA mention pasal PTD lantikan kontrak JPA..setau sy lantikan kontrak JPA adalh utk ambilan khas yg kontrak xkn disambung? ataupn ini adalh kontrak biase yg ikut performance? tlg bantu

  2. Adilla Says:

    Salam utk pihak admin. Saya ada kemusykilan sedikit yang perlukan bantuan dari pihak admin untuk memberi pandangan. Pada masa ini saya menjawat jawatan kump.P&P dalam sektor kerajaan, berstatus tetap, tetapi masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Adakah saya berpeluang utk menjawat jawatan PTD ini, dan saya akan menghadiri temuduga pada 8.9.2009. Sekian.

  3. Joe Says:

    Hi…

    Saya punya temuduga pada 9/9/09 …

    any further tips pls…

    TQ

  4. Nik Says:

    Salam! Saya ada pertanyaan.. jika kita menyemak keputusan di website JPA..jika keputusan berjaya bagaimanakah jawapan yang diberikan dan bagaimana pula jika keputusan tidak berjaya? Adakah bila kita tidak berjaya maka ‘MAAF TIADA REKOD ANDA DALAM ….’ ini yang dapat dipapar pada status tersebut? Thnks.

  5. delissa Says:

    Salam. Saya telah menduduki peperiksaan PTD Gred N41 pada 08.08.2009. Adakah sesi temuduga yg ditetapkan pada 02 sehingga 11 September 2009 meliputi juga calon seperti saya? Jika ya, kenapa bila diperiksa status temuduga dicatatkan sebagai MAAF TIADA REKOD ANDA DALAM………..? Atau mungkin calon yg duduki exam pada Ogos 2009 adalah tertakluk kepada tarikh temuduga yang akan datang?

  6. Lina Chan Says:

    salam..

    masita.. setahu sy, semasa kita pegi PAC assessment bulan julai yang lepas, ada dinyatakan kenapa PTD dilantik secara kontrak.. mungkin awak terlepas pandang pasal hal ni..

    PTD dilantik secara kontrak sebab kita akan menduduki DPA iaitu diploma pengurusan awam di intan.. selama 3 tahun kita akan terikat secara kontrak..

    selepas itu, ia akan menilai kita dari segi performance same as we r doing in PAC.. sebab tu la PAC untuk kali ni sehari saja..

  7. Junaidah Arbain Says:

    good luck wat calon2 interview ptd!
    kejayaan milik kita bersama

Leave a Reply

Sedang Online!
Berbincang di Facebook!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Maklum Balas
Pengunjung Setia