Ujian Bertulis PTD Ogos 2009
Musim ujian PTD atau peperiksaan bertulis PTD bakal menjelma bulan depan dan ianya ditetapkan secara umumnya pada 8 Ogos 2009. Tahniah untuk yang telah mendapat panggilan dan selamat berusaha!
Secara peribadi saya merasakan yang ujian bertulis PTD ini merupakan peringkat tapisan yang paling besar sekali. Kalau dilihat statistik secara kasar dari apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan Tahunan SPA untuk tahun-tahun kebelakangan, hanya dalam lingkungan 8% sahaja yang lulus peringkat ini. Maknanya kalau bilangan calon adalah 80 000 (anggaran kasar), calon yang berjaya dipanggil ke peringkat PTD Assessment Center (PAC) hanyalah dalam lingkungan 6400 orang. Nisbah 8% jika dinilai amatlah kecil dan sudah pasti ramai yang kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.
Secara keseluruhannya, pada peringkat ujian bertulis PTD ini, tidak ramai yang datang dengan persediaan yang rapi. Kebanyakannya datang sekadar mencuba nasib dan inilah yang menyebabkan ramai yang gagal dalam peperiksaan PTD ini. Ini attitude yang harus diubah sekiranya anda mahu berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD ini. Anda harus hadir peperiksaan untuk berjaya dan bukannya sekadar mencuba nasib. Aspek ini seharusnya tak perlu disentuh lagi kerana ianya terlalu umum dan diketahui ramai, tak ramai yang tak ambil sebarang tindakan dan masih berada pada tahap “Mahu GAGAL”!

Buatlah persediaan yang sewajarnya, sesuai dengan kelayakan akademik kita. Anda harus tahu bahawa anda ada kelayakan yang secukupnya dan berpotensi untuk menjawat jawatan ini dan sebab itulah anda dipanggil untuk menghadiri ujian bertulis PTD ini! Dan anda harus sedar ada puluhan ribu yang bersaing untuk jawatan ini, jadi seharusnyalah anda berusaha sebaik mungkin menjadi kelompok 8% ini!
Bacaan tambahan:
- Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik
- Peperiksaan Bertulis PTD: Panduan Esei
- 27 Sebab GAGAL Ujian PTD: Repot PERCUMA
- Ujian Bertulis PTD: Soalan Peperiksaan Bocor?
- Peperiksaan PTD Oktober 2009
Entri Berkaitan
Tags: berjaya PTD, Exam PTD, fail PTD, gagal PTD, lulus PTD, pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai tadbir diplomatik, peperiksaan bertulis ptd, persediaan exam PTD, ujian bertulis PTD












July 20th, 2009 at 10:46 pm
Adakah panggilan Ujian PTD 8 Ogos sudah bermula? Saya baru sahaja selesai PAC pada 3 Julai, namun tidak pula menerima apa-apa panggilan untuk ujian 8 Ogos. Adakah peluang mengambil semula ujian disekat kerana saya sudah sampai ke peringkat PAC Julai? Setahu saya semua orang layak dipanggil menghadiri ujian berulang-ulang kali selagi belum diterima sebagai PTD. Bukan begitu?
July 21st, 2009 at 8:54 am
halo didy,sy pon slh sorg peserta PAC 3 julai..nasib baik jgk awk ada mention kat ats coz sy pon ada dpt panggilan ujian 8 ogos ni..
August 1st, 2009 at 2:13 pm
well, i did received it but is it bcoz i didn’t make it to next level, interview? thts y they give another chance to try again?
i’m totally in a doubt to take another exam or not, further more the school tht i need to take d exam is quarantine for 1 week until thu nxt week…. is it save? news also said tht exam schedule will not be revised at the moment since it is not tht serious??? 4 already died, thousand infected, n if u notice, malaysian doesn’t into hygine much. anyway, if go need to wear mask…better save than sorry…
August 2nd, 2009 at 4:44 pm
didy and fars, pergi sahaja. tak ada masalah. yane, tQ untuk remainder tuh. bawak mask! tapi for me, even they said there are nothing to worry, personally i think since the cases are growing, we have enough points to worry..
August 3rd, 2009 at 8:39 pm
Saya sudah Lulus PAC 3 Julai, tapi saya tak dipanggil untuk ujian 8 Ogos! Mengapa ya? Saya ingin mengambil ujian berulang-ulang selagi belum menjadi PTD…
August 5th, 2009 at 1:15 am
saya tidak dapat menjawab soalan didy ini. ini adalah satu kelemahan sistem data di pihak spa juga. yang dipanggil harus berasa bertuah kerana ada ‘back-up’ chance untuk anda dan anda harus cuba sedaya upaya
August 5th, 2009 at 4:25 am
like i said, i failed the pac…uhuhuuu…hey didy, did u wear baju kurung or suit during the pac? heard that those wear other than baju kurung (girls la), n wear bajun kurung w/o shoes full cover – color black (court shoe eh?) automatically FAILED. That one reason, another reason why im not passed is due to certificate not certified true copy, no cgpa – basically documentation matter la… thy say everything is look into. So guys n girls, next pac lets ensure everything is perfect…FIGHT! oh, and good luck for the exam, i’m taking it!
August 6th, 2009 at 12:18 pm
sy dh lulus PAC julai.. dpt lg panggilan exam 8 ogos ni.. cmne? patut pegi ke x..? x kisah exam byk kali tp kalau x perlu, byk benda lain leh buat sabtu ni.. Time is gold..!!
August 6th, 2009 at 3:20 pm
yane~ i don’t know about “automatically failed”. if that is true, too bad lah..
ryn~ result pac julai dah keluar? kalau dah lulus rasanya tak perlu lah. yang penting buat persediaan rapi untuk interview. tapi kalau rasa nak buat back-up plan, sila kan utk ambil exam.
September 17th, 2009 at 11:54 am
Alhamdullillah aku lulus ujian PTD Ogos hari tu. Tapi ujian Ogos hari tu mcm pelik sedikit. Sesi pagi ada soalan pengetahuan am. Dia ada tanya pasal 8 nilai dalam One Malaysia. Yang lain tu mcm biasa, tokoh2 yang terkenal dan sebagainya, Senang kata, kena baca la buku Malaysia Kita tu. Kemudian ada soalan matematik. Kali ni soalan matematik dia sangat la susah. Soalan tu tak memerlukan masa yg amat lama utk paham n jawab…memandangkan masa aku tak banyak (sbb dah habiskan masa utk 10 soalan pertama) aku terus jump soalan yang terakhir sbb soalan IQ. Yang lain tu aku pejam mata jek la…
Sbb kan aku dah kecewa dgn 2 paper awal tu, aku buat karangan dgn penuh perasaan. bahasa Melayu and Bahasa Inggeris, kedua2 aku karang sampai 4 mukasurat. Sehari sebelum aku pegi test ni, aku baru jumpa blog ni, jadi dia ada bitau mcm mana nak wat karangan dgn susunan isi penting n apa yg perlu ada dalam setiap perenggan. Sbb aku follow exectly, jadi results nya karangan aku cecah 4 pages.
tajuk nya pasal H1N1 dan lagi satu tak ingat apa aku jawab…So, untuk karangan tu, just follow recomendation yang blog ni kasi…lupakan arahan hanya 300 patah perkataan….utk last 2 exams i follow the paper directions…
lepas tu soalan pemahaman. Text dia sangat confusing. Saya sarankan baca text sekali, then baca soalan2 pemahaman tu apa yg dia nak, kemudian baru pahamkan text semula sbb kalau tak, end of the text and when u look at the question u akan kata “what is this?!”
Honestlty, aku seriously pening n go to my car, n termuntah2 kat situ. luckly ada plastic bag.
Sekarang aku kena prepare utk PAC plak. nervous yang teramat…sbb i gemuk n fizikal test tu amatlah menakutkan.takut jek fail and i have to go through from the start again…..apa2 pun kawan2, doakan ya…
September 17th, 2009 at 11:56 am
p/s: lupa nak kata pelik sbb takde soalan sahsiah….sekian
September 18th, 2009 at 1:55 pm
salam..sy pon lulus exam bertulis PTD aritu..nk tnye, bila jadual utk PAC? if sy xde trnskrip n ijazah asal xpe ke? pihak admin, can u reply at my email? 10x u..:)
October 22nd, 2009 at 9:42 am
yo geng..bilo PAC utk budak2 yg dah lulus exam Ogos 2009 aritu?lamo bona ghaso eh nunggu ni…den x saba2 laie nak poie assestment ni